Sunday, December 6, 2009

Anekdot Ulama 8: Maulana Maududi Dan Fatwa

Maulana Maududi lebih dikenali sebagai reformis di abad ini. Di antara bukunya yang terkenal ialah tafsir Tafhimul Quran (The Understanding Of The Quran). Apa-apa buku yang ditulis oleh Maulana Maududi, dengan apa jua tajuknya, tidak sunyi daripada sentuhan-sentuhan untuk membangkitkan umat Islam supaya bangkit mempertahankan Islam dan mengembalikan kekuasaan Islam sebagai khalifah di atas muka bumi. Justeru kerana terlalu fokus kepada misi ini maka kadang-kadang pandangannya terlalu tertumpu untuk menampakkan sisi misi itu yang kadang-kadang ia kelihatan agak mubalaghah. Begitulah kritikan yang dilakukan oleh sesetengah ulama terhadap tulisan Maulana Maududi. Oleh kerana itu ada pandangannya tidak diterima oleh ulama dan dianggap kontravesi terutama di kalangan ulama madrasah seperti ulama Deoband. Namun begitu jarang dikalangan pendakwah maupun ilmuan mengetahui bahawa Maulana Maududi mempunyai kitab fatwa di mana beliau menjawab berbagai-bagai soalan yang dikemukakan dari permasalahan fekah, tafsir, hadis, tasawwuf, aqidah hingga kepada persoalan-persoalan fikrah semasa. Kitab itu dinamakan sebagai Rasail -o- Masail. Ia terdiri daripada tujuh buah buku bersaiz lkecil ebih kurang 17 x 12 cm. Walaubagaimanapun, buku fatwa yang keenam dan ketujuh ditulis oleh anak muridnya di bawah pengawasan Maulana sendiri. Fatwa ditulis di dalam bahasa Urdu. Jika ia diterjemahkan ke dalam bahasa masyarakat dunia yang lain kemungkinan sahaja fatwanya akan mendapat tempat seperti fatwa-fatwa semasa Dr Yusuf Qardawi kerana mereka berdua seakan-akan menggunakan manhaj atau method yang sama dalam memberi fatwa.

Rasail -o- Masail

Maulana Maududi


9 comments:

Anonymous said...

kenapa maulana zakariya keluarkan buku fitnah maududi?

Zaharudin Nawi/Aji said...

Di India, Pakistan dan Bangladesh fikrah Maududi tidak di terima oleh ulama-ulama madrasah aliran Deoband. Oleh kerana Maulana Zakariya juga aliran Deoband maka dia juga menolak Maududi. Kalau di Darul Uloom Deoband mereka menubuhkan satu unit dakwah untuk menentang ajaran sesat. Antaranya ajaran sesat itu ialah Syiah, Qadyani, Ghair Muqallidin dan Maududiyat, iaitu aliran pemikiran Maududi. Biasalah setiap aliran pemikiran itu ada manhaj masing2 dalam pembawaan mereka. Aliran Deoband yang dipegangi oleh Maulana Zakariya sendiri tidak menolak Ibn Taimiyyah secara total berbanding dengan aliran pondok Nusantara yg menolak Ibn Taimiyyah secara total. Fikrah Maududi samalah dgn fikrah Hasan AlBanna. Mereka lebih fikirkan maslahah ummah secara am. So kadang2 pendapat mereka agak longgar jika dibandingkan dengan pendapat ulama-ulama di madrasah yg medannya lebih kepada ta`lim dan ta`llum. Kalau dipikirkan secara halus tak ada ikhtilaf sangat. Nanti di post-post yg akan dtg akan disentuh hal ini dgn lebih detail insyaallah.

Ibn Hussain said...

Janab Maududi bukanlah seorang ulama walaupun dia seorang yg cerdik kerana dia tidak pernah belajar di mana2 madrasah atau darul ulum baik peringkat rendah atau atas. Dia tidak boleh bercakap dan menulis di dalam bahasa Arab. Buku dlm bahasa Arab ditulis oleh Maulana Masud Alam tetapi diletakkan nama Maududi sebagai pengarang. Fikrah Maududi tidak sama dengan Ustaz Hasan Albanna kerana Ikhwan juga menekankan Tazkiyah Annafs manakala Maududi mementingkan politik dan negara utk org Islam. Idea ini tidak dipersetujui oleh majoriti ulama di benua India tetapi disukai oleh British, maka terpecahlah umat Islam kpd 3 negara Pakistan Timur, Pakistan Barat dan India. Inilah kejayaan kedua British selepas kemenangan dlm peristiwa penentangan 1857 bila berakhirnya empayar mughal.

Zaharudin Nawi/Aji said...

1- Pengajian Maududi harus diteliti daripada buku-buku, makalah, journal, thesis yg menyentuh ttg biografinya secara sepenuh bukan dengar2 org atau drp dua tiga biji buku pihak yg tidak sealiran dgnnya. Ringkasnya Maududi memang belajar dengan banyak masyaikh waktu itu walaupun tidak secara formal berdaftar di madrasah. Ketika kami tahun akhir Daurah ada Maulana kami juga sebut bahawa tidak semesti mereka yg berdaftar benar2 mengusai ilmu Deoband. Kerana pada waktu itu ramai juga students yg mustami` tumpang belajar, tak berdaftar. Kata Maulana ada yg mustami` itu lebih mehnat/rajin dan ikhlas daripada yg berdaftar. Ada beberapa org pelajar Law UIA dtg menadah kitab turath India dengan saya. Berkat usaha mereka rajin menadah kitab ke sana ke mari dgn byk guru kemampuan membaca kitab arab mereka masyaalah tidak kurang baiknya daripada pelajar madrasah Deoband dn peljar pure aliran agama. Maududipun jenis tulah belajar informal. Malah byk ulama Deoband pada awalnya belajar secara informal kemudian masuk berdaftar di Darul Uloom.
2- Al Banna tidak banyak menulis kitab. Tetapi dia mencetak banyak kader2 samada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah org spt Qardawi, Muhmd Ghazali, Sayyid Qutb etc yang fikrah mereka tentang tazkiah nafs sama sahaja dengan Maududi. Itulah penjelamaan fikrah Al Banna kalaupun tak seratus peratus. Banyak tulisan mereka memuji dan memetik buah fikiran Maududi. Malah Qardawi yg solatkan jenazah Maududi.
3-Tentang politik India Pakistan Ulama Deoband juga berselisih pendapat tentang penubuhan Pakistan. Satu pihak menyokong parti Congress pimpinan Gandi dan mereka kekal tinggal di India. Antara tokohnya Maulana Husain Ahmad Madani. Satu pihak menyokong Muslim League pimpinan Ali Jinnah dan Iqbal mereka berpindah ke Pakistan. Antaranya Mufti Syafie bekas Mufti Darul Uloom Deoband. Penubuhan Pakistan bukan idea dan juhud Maududi semata-mata tapi peranan banyak pihak yg tidak sealiran tetapi sependapat tentang perlu wujudnya Pakistan negara berasingan utk umat Islam. Ulama yg bilang penubuhan Pakistan ialah kejayaan British ialah satu pandangan politik krn mereka percaya British ingin pecah belahkan umat Islam supaya tidak bersepadu. Ulama yg melihat perlu kpd sebuah negara berasingan utk umat Islam India berpandangan jika mereka kekal mereka akan dilanyak oleh Hindu selepas merdeka kerana British akan beri kuasa memerintah kepada golongan majoriti. Umat Islam hanya minoriti iaitu lebih kurang 10% sj walaupun pernah memerintah India 800 tahun.
3. Ulama tidak ulama bukan diukur dari sudut boleh ckp atau tulis Arab. Ramai guru-guru saya di Darul Uloom Deoband tak boleh bercakap Arab walaupun mereka bergelar Muhadis dan Mufti. Hanya segelintir dr mereka menulis dlm bahasa Arab dn kalau boleh berckppun simple Arabic sj. Rata-rata menulis dlm b. Urdu. Kalau itulah ukurannya mereka sama saja dgn Maududi, bukan ulama. Malah tak sampai satu persen pelajar Darul Uloom menjawab soalan periksa guna bahasa Arab. Majoriti tulis dlm b. Urdu tetapi mereka masih dipanggil Maulana.
4. Buku-buku Urdu yg berkualiti di India byk diterjemahkan ke dlm b. Arab dan Inggeris. Termasuklah buku2 dan kitab2 ulama, ahli akedemi, penyair, pendakwah dsb. Tidak semestinya buku dlm b. Arab semuanya bagus2. Apa2 bukupn kalau sudah ma`ruf hanya ditulis nama pengarang asal bukan penterjemah. Kdg2 penterjemah merasa kerdil utk menyebut namanya. Tafsir Ma`ariful Quran terjemahan Ingeris dicovernya ditulis by Mufti Syafie padahal dia mengarang dlm b. Urdu. So hal ini bukan keaiban atau satu penipuan oleh pihak Maududi. Adat org yg berselisih kalau dah tak suka mereka akan korek2 supaya boleh namapak keaiban pihak lawan samada sengaja atau tidak.
5. Bagi saya Maududi insan biasa. Tentu ada salah dan silapnya. Tentu ada kecenderungannya yg agak ketara. Tetapi sumbangannya terhadap Islam tidak harus dinafikan. Dia termasuk ulama tetapi bukan `ulama` sebagaimana yg Ulama Deoband nak. Perbezaan pendapat ulama itu bukankah lumrah di setiap zaman.

Anonymous said...

saya setuju hujah-hujah ustaz zaharudin nawi.

ulama bukan sahaja dilahirkan daripada madrasah.

paling penting bagi seseorang ulama ialah kefahaman yang benar, amal yang istiqamah, pengajar yang berani dan mengutamakan fakta sahih.

10 rukun baiah baik boleh dijadi garisan bagi melahirkan ulama yang berwibawa.

apapun kritikan tentang maududi, beliau adalah seorang ulama. Beliau pernah mengkritik Abul Hassan an Nadwi dan begitulah sebaliknya. mereka mengkritik dalam suasana ilmiah. malang kita selalu memandang rendah ulama yang tidak kena pada selera kita.

ridhwan

Zaharudin Nawi/Aji said...

Coretan Ringkas Pengajian Maududi
1-Talaqqi di rumah. Ayahnya mengambil berat ttg pendidikannya semasa kecil. Dia tidak mahu anaknya bercampur dgn budak2 nakal. Oleh itu pendidikan asasnya diatur di rumah. Bertalaqqi kitab nahu, saraf, fekah dsb dgn ustaz2 yg dtg ke rumah. Maududi sudah menghafal Muwatta Imam Malik ketika masih kecil. Umur tak sampai 13 tahun sudah menterjemahkan kitab Arab الإسلام والإصلاح oleh Sheikh Abdul Aziz Jawish.
2-Mengasah bertutur Urdu lughat fasih di rumah. Oleh itu tulisan Urdu Maududi dianggap oleh lawan dan kawan bagaikan sihir. Diakui oleh Maulana Abul Hasan Ali An Nadawi dan Maulana Manzur Nu`mani.
3-Memasuki Madarasah Fauqaniyah Aurangabad. Mempelajari kitab2 bahasa Arab, Feqah, Hadis dan Mantik. Kitab mantik spt Mirqat, fekah spt Quduri, hadis spt Tirmizi etc.
4-Berpindah ke Madrasah Darul Uloom Hyderabad kerana mengikuti ayahnya berpindah. Waktu itu Maulana Hamiduddin Farahi juga mengajar di situ. Beliau seorg mufassir yg masyhur.
5-Berpindah ke Delhi. Berkesempatan bertalaqqi dgn beberapa org guru. Antaranya Maulana Abd Salam Niyazi guru besar madarasah Aminiyah Delhi. Menadah setiap sebelum solat subuh kitab2 Balaghah, Adabul Arabi, Mantik, Falasafah dan Ilmu Kalam. Hadis Tirmizi, Muwatta dsb dgn Maulana Ishfaqur Rahman Kandahlawi. Tafsir dgn Maulana Syarifullah Khan.

Ini sudah cukup utk menjadikannya Maulana atau dinamakan ulama. Sila baca sejarah Shah Waliyullah Dahlawi mengaji kitab. Tak banyak guru, tak banyak kitab, tak banyak khatam kitab. Hadis yg diambil drp Sheikh Abu Tahir Kurdi pun setelah dah alim.

Anonymous said...

bagi saya, kefahaman yang sahih dan amal istiqamah adalah kunci agama Islam.

al Banna meletak rukun faham itu rukun yang pertama.

Lama belajar atau ramai guru bukan jaminan kualiti amal. Seingat saya ada seorang ustazah berPhD di Universiti Kaherah, satu universiti yang sukar untuk lulus tetapi gagal memahami Islam secara sahih apa yang dipelajari kerana belitan kepentingan.

orang faham akan menjernihkan jalan perjuangannya.

Maududi antara manusia diberi anugerah kefahaman yang sahih. Idea-idea beliau bersifat mengIslamkan sistem politik, ekonomi dan sosial. Beliau menyediakan alternatif kepada kita.

ulama merupakan orang yang faham secara sahih, beramal secara istiqamah dan berani menyampaikan

ridhwan

AL-MISKIN FAKIRULLAH said...

knapa maulana asyraf ali thanawi berpaling dari beliau?

Zaharudin Nawi/Aji said...

Fitnah Maududi menurut Maulana Ashraf ali Thanawi, Maulana Zakariya dan Ulama Deoband kerana beberapa perkara:
1-Maududi membawa fikrah "kenegaraan" iaitu "mencapai negara Islam" sebagai misi jemaahnya.
2-Maududi menerima budaya pakaian barat spt baju kot, seluar pant, T shirt dsb.
3-Maududi tidak menetapkan kadar janggut sebagaimana kadar janggut yang ditetapkan oleh Ulama Mazahir dan ulama Deoband yang wajib disimpan oleh individu muslim.
4-Maududi tidak berfatwa mengikut satu mazhab spt hanya Hanafi, hanya Syafie malah memilih mana yang rajih di sisinya.
5-Maududi dikatakan mengkritik sahabat iaitu Sayyidina Muawiyah dalam bukunya "Khilafat va Mulukiyyat".
6.Maududi menolak tasawwuf pasca salaf spt Hasan Basri, Ibrahim Adham etc
4-Banyak lagi disekitar pandangan peribadi Maududi terhadap sesuatu isu.