Thursday, February 9, 2012

Anekdot Ulama 40: Maulana Khurshid Meninggal Dunia

Maulana Khurshid meninggal pada 7hb Febuari 2012 kerana serangan jantung. Mulanya beliau mengadu sakit dada. Lalu dibawa ke klinik Dr D.K Jain (Dr yg selalu saya temui utk mendapat rawatan ketika berada di India). Setelah dimasukkan ke wad akhirnya maulana menghembuskan nafas yg terakhir. Jawatan terakhir maulana di D.Uloom Waqaf ialah sebagai sheikul hadith Darul Uloom Waqaf dan juga pengelola Darul Ifta. Dilahirkan pada tahun 1936. Pada tahun 1956 seusia 20 tahun beliau telahpun tamat belajar di Darul Uloom Deoband. Kemudian beliau mengajar di Darul Uloom Karachi, tempat Mufti Syafie (ada hubungan kerabat), selama 5 tahun. Pada tahun 1963 beliau mula mengajar di Darul Uloom Deoband sehinggalah berlakunya perpecahan Darul Uloom pada awal tahun 80an beliau berpindah mengajar di Darul Uloom waqaf. Maulana Khurshid dilahirkan dalam keluarga ilmuan. Datuknya adalah murid kepada muhadith Maulana Anwar Shah Kashmiri. Datuk dan ayahnya juga menjadi tenaga pengajar Darul Uloom Deoband. Maulana Khursid adalah seangkatan dengan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan ketika beliau belajar di Darul Uloom Deoband dan dikatakan sekelas dgn beliau. Malah Nik Mohd Abduh pula selepas itu menjadi murid kepada Maulana Khursid.

Maulana Khurshid mempunyai pertalian keluarga dengan Maulana Taqi Usmani. Sebab itu tidak heranlah jika gaya penyampaian pengajarannya mudah difahami oleh pelajar. Keluarga Taqi Usmani juga begitu. Semasa saya di Deoband, Maulan Khurshid pada waktu itu mengajar kitab Muslim. Hampir setiap hari saya melihat Maulana. Ini kerana para asatizah akan berkumpul di depan rumah Maulana Anzar Shah untuk menaiki van madrasah ke madrasah Darul Uloom waqaf yg terletak agak jauh daripada kawasan perumahan. Rumah Maulana Anzar Shah pula terletak berdekatan dengan kedai runcit tempat saya selalu bertandan.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh beliau. Semoga kita mencontohi beliau yang istiqamah dalam menyampaikan message Islam melalui pengorbanan mendidik generasi baru mengenal ilmu dan ruh ilmu.