Saya agak bertuah kerana dihadiahkan sebuah
kitab hadith bertajuk `Al Abwab Al Muntakhabat min Mishkat Al Masabih`
oleh seorang sahabat. Ia mengandungi banyak bab daripada kitab-kitab
pilihan daripada kitab hadith Mishkat Al Masabih. Ia mencangkupi
8 kitab iaitu Kitab Iman, Ilmu, Fadhilat Quran, Doa, Jihad, Adab, Raqaq
dan Fitan. Kitab ini diberi kata-kata aluan oleh Maulana Abul Hasan Ali
An Nadwi, pendakwah, pemikir, dan saterawan Arab yang tidak asing di
kalangan kita rakyat Malaysia.
Bab-bab ini adalah kumpulan
hadith-hadith yang dipilih oleh Maulana Ilyas Kandahlawi, pengasas
Jemaah Tabligh untuk tujuan dakwah. Ia dibaca kepada para pendakwah yang
mengetahui teks Arab dalam jemaahnya. Tujuannya supaya pendakwah tidak
lekang dengan sunnah. Selalu muhasabah diri ttg setakat mana mereka
telah mengikuti pesanan-pesanan Nabi saw.
Kitab-kitab pilihan
daripada Mishkat ini akhirnya dibukukan secara berasingan oleh Maulana
Inamul Hasan, murid Maulana Ilyas yang merangkap Amir dalam jemaah
tabligh juga suatu ketika dahulu. Beliau mula mentahkik hadith-hadithnya
bersama dengan nota kakinya. Oleh kerana kesibukannya dalam program
jemaah, tugas itu akhirnya diserahkan kepada Maulana Ilyas Barahbakwi
yang pernah mentahkik kitab Hayatusahabah oleh Maulana Yusuf Kandahlawi
(anak kepada Maulana Ilyas pengasas Jemaah tabligh sendiri).
Kitab ini sebenarnya boleh dikatakan silibus manhaj ta`lim Jemaah
Tabligh di samping kitab Hayatusahabat, Adabul Mufrad dan Riyadhusalihin
untuk mereka yang mengetahui bahasa Arab.
Saya bersyukur
kerana saya sempat dengan Maulana Inamulhasan ketika di India dahulu.
Walaupun saya tidak pernah mengikuti dakwah tabligh tetapi markaz
Nizamudin merupakan tempat saya berlabuh jika saya ke Delhi. Saya akan
mendengar bayan yang disampaikan oleh Maulana Inamulhasan dan Maulana
Umar Palanpuri. Mereka adalah orang yang telah mewakaf seluruh kehidupan
mereka untuk agama.
Berhati-hatilah daripada mengkritik Jemaah
Tabligh kerana mereka dinaungi oleh para alim ulama yang tidak
memisahkan diri daripada ilmu. Jika ada khilaf dalam manhaj dakwah cuma
khilaf taqdim dan ta`khir. Matlamat sama. Ingin membawa manusia kepada
`sa`adah daraini` yakni kebahagian dunia akhirat.
3 comments:
Ustadz, apakah kitab ini berbeza dengan kitab Muntakhab Ahadith
http://pustakaiman.blogspot.com/2011/11/muntakhab-ahadith.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Muntakhab_Ahadith
Mohon share laman blog ni ye (: terima kasih
mohon share laman blog ustaz ye.. terima kasih
Post a Comment