Alhamdulillah saya dan empat orang pelajar Basooir Subang sempat
khatam kitab mustalah hadith "Muqadimah Abd Haq Dehlawi". Kami bermula
pada 11 Oktober 2014 dan pada hari Sabtu tanggal 24hb Jan 2015 ia tamat
dipelajari. Hampir 3 bulan lebih. Ini adalah kitab yang ketiga bagi
pelajar Basooir Subang khatam bermula dengan Taisir Mustalah Hadith Dr
Mahmud Tahhan dan kemudian Matan Manzumah Baiquniah.
Di antara metodologi yang kami gunakan semasa mempelajari kitab ini ialah:
1-Membaca keseluruhan kitab dari mukadimahnya oleh Maulana Salman sehinggalah akhir ayat kitab.
2-Membaca dan menghuraikan hampir kesemua hasyiah kitab yang ditulis oleh Maulana Salman An Nadawi.
3-Setiap pelajar akan membaca teks secara bergilir-gilir untuk
memastikan bacaannya betul. Ini adalah salah satu kaedah untuk
mengaplikasikan kaedah nahu dan saraf yang telah dipelajari.
3.Membandingkan naskah Muqadimah yang pelbagai dengan menjadikan cetakan
baru keluaran Nadwatul Ulama Luknow India sebagai teks pengajian. Kami
dapati cetakan baru ini tersangat banyak kesalahan cetakan. Cetakan
Syria yang lama lebih kemas. Kami berhasrat untuk mengajukan
kesilpan-kesilapan tersebut kepada pihak percetakan Nadwatul Ulama
walaupun kemungkinan mereka sudahpun mengenalpastinya sebagai tanda
penghargaan kepada usaha murni pihak Nadwah dalam mengeluarkan kitab
ini.
4. Lima buah kitab muqadimah Abd Haq dijadikan perbandingan di mana salah satunya adalah syarah ringkas oleh Jafar Alam.
3. Kebiasaanya kelas bermula jam 11 pagi dan berakhir jam1 tengahari
setiap hari Sabtu. Selepas zohor sehingga Asar kami mempelajari kitab
Balaghah "Talkhis Miftah" oleh Khatib Qazwini.
Post ini bukanlah bertujuan untuk mengiklankan berapa banyak kitab
sudah dikhatamkan. Ia bertujuan sebagai galakan kepada kita semua agar
menggunakan waktu dengan betul jika meminati mempelajari ilmu-ilmu
Islam. Ikut disiplin ilmu yang betul juga harus diutamakan. Contohnya
bermula dengan kitab bawah kemudian barulah kitab yang tinggi-tinggi.
Jangan gopoh untuk jadi alim. Bermulalah dgn bahasa Arab. Nahu dan Saraf
biar agak kemas sedikit kalaupun tidak sampai jadi pakar. Sekali
seminggu tidak mengapa asalkan istiqamah. Alhamdulillah 4 orang pelajar
Basooir ini bukan daripada jurusan agama tetapi sekarang mereka sudah
mempunyai kelayakan untuk belajar agama menggunakan kitab Arab itu
sendiri. Kalau mereka rajin tentunya mereka akan lebih alim daripada
Ustaz yang mengajar itu sendiri.
No comments:
Post a Comment