Showing posts with label Anekdot Ulama. Show all posts
Showing posts with label Anekdot Ulama. Show all posts

Friday, October 10, 2014

Anekdot Ulama 67: Maulana Taqi dan Dr Yusuf Qardawi

Malam tadi selepas isyak brother Hamizi datang ke rumah untuk memungut file video Basooir untuk diedit. Kebetulan kelasnya tiada. Walaupun masih bercuti di kampung beliau datang juga hari khamis semata-mata untuk mengajar di cyberjaya.

Banyak benda juga dibuat dan disembangkan oleh brother Hamizi malam tadi. Berbual pasal kitab-kitab yang dilihatnya di Pustaka Darussalam Kedah ketika cuti hari raya. Scan kitab yang hendak digunakan dalam pengajian basooir spt Qisasun Nabiyyin jilid 2 dan kitab balaghah Talkhis Miftah untuk esok. Menyediakan pdf Muqadimah Abd Haq Dehlawi utk pengajian esok. Membeli kamera second hand satu lagi secara online untuk Basooir kerana ada orang yang hendak menjual dengan harga murah. Membaik pulih kemudahan pengajian online secara live dengan meletakkan dua monitor untuk mereka yang datang mengaji di rumah.
Entah macam mana saya menceritakan kepada Hamizi tentang kisah penyair urdu Mirza Ghalib rentetan daripada tulisan saya dalam fb. Saya juga menvceritakan tentang hubungan Maulana Taqi Usmani dengan Dr Yusuf Qardawi. Maulana Taqi sebenarnya adalah peminat Dr Yusuf Qardawi semenjak zaman belajar lagi. Beliau berhasrat untuk berjumpa dengannya suatu hari nanti. Mungkin kerana Maulana juga meminati fekah semasa.

Maulana Taqi menceritakan suatu hari beliau mengiringi ayahandanya Maulana Mufti Syafie ke seminar antarabangsa Fekah di Arab Saudi. Beliau menginap di sebuah hotel. Pada suatu hari dia menaiki lif seorang diri. Dalam lif tersebut dia menemui seorang Pak Arab. Lelaki Arab itu bersaiz besar. Beliau menegur Maulana Taqi bertanyakan dia datang ke sini untuk tujuan apa. Setelah memberitahu dia mengiringi ayahnya Maualana mufti Syafie lantas Dr Yusuf Qardawi memberitahu Maulana bahawa dia mengenali ayahnadanya itu, seorang yang alim. Dia memuji-muji beliau. Maulana bertanya nama Pak Sheikh Arab itu. Pak Sheikh Arab menjawab nama saya Yusuf Qardawi!!!. Apa lagi macam nak terbanglah kegembiraan maulana. Maulana memuji akhlak Qardawi. Katanya jarang orang Arab melayan orang ajam sepertinya sebegitu.
Kemuncak hubungan Qardawi dengan Maulana Taqi ialah apabila maulana menjemput Qardawi menulis prakata kepada kitab syarah hadith Muslimya iaitu 'Takmilah Fath Mulhim" (Tesis Ustazah Zunaidah).

Saya juga memberitahu Hamizi tentang suatu kepelikan. Iaitu Pelik bin ajaib. Qardawi adalah pemuja Maulana Maududi sehinggakan ketika Maulana Maududi meninggal dunia Qardawi datang ke Pakistan untuk mengimamkan solat jenazahnya. manakala Maulana Taqi dan ulama Deoband mengkritik Maulana Maududi. Ulama Deoband bukan setakat kritik tetapi memasukkannya ke dalam firqah batilah.

Banyak pendapat fekah Maududi dikritik oleh Maulana Taqi. Malah bukunya tentang Mua`wiyah ra adalah sebagai jawapan kepada buku 'Khilfat wa Mulukiyyat" tulisan Maulana Maududi. Pelik bin ajaib itulah namanya ilmu. Jika kita berilmu tahulah kita bagaimana hendak berta`amul dengan perselisihan sebegini.


Hamizi pulang dalam pukul 2 pagi. Paginya beliau menghantar message bertanyakan umur Maulana ketika bertemu Qardawi dan sumbernya. Saya tidak ingat buku mana yang saya baca. Tanda seorang yang ingatannya tidak kuat. kalau siapa-siapa mengetahuinya bolehlah beritahu saya.

Tuesday, October 7, 2014

Anekdot Ulama 66: Maulana Othman Omar Zuhdi

Maulana Othman bin Omar Zuhdi, anak Tuan Guru Omar Zuhdi Pondok Lanai, Baling, lahir pada 10/12/1955 pernah belajar di Darul Uloom Deoband sekitar tahun 1974.

Beliau pernah tinggal di Hafiz Manzil Deoband yang merupakan salah sebuah rumah sewa pelajar Malaysia waktu itu. Ketika saya menuntut di sana tahun1989-2004 rumah sewa Hafiz Manzil sudah tiada. Namun saya sempat bertemu dengan pemiliknya yang waktu itu sudahpun tua.

Alamat di Malaysia yang digunakan oleh Maulana ketika menuntut di India ialah Kg Banggol Berangan, Kuala Pengang. Baling Kedah.

Menurut catatan di India beliau tinggal di Deoband selama 5 tahun. Beliau boleh diziarahi di Baling

Anekdot Ulama 65: Maulana Wan Izuddin Wan Ibrahim

Maulana Wan Mohd Izuddin B. Wan Ibrahim, Kg Gajah Mati Pendang adalah ulama Kedah yang pernah menuntut di Darul Uloom Deoband. Beliau tamat mengaji di Darul Uloom pada tahun 1970 bersama-sama dengan 22 orang pelajar Malaysia yang lain. Antaranya Prof Selamat Hashim dari Muar Johor. Maulana tak putus-putus dikunjugi oleh para pelajar dan asatizah sampai sekarang dengan pelbagai tujuan. Semoga Allah SWT memanjangkan usia beliau dengan kesihatan yang baik.

Anekdot Ulama 64: Buku Maulana Taqi Usmani

Saya memberitahu isteri saya yang juga seorang pensyarah bahawa kalaulah saya seorang pensyarah universiti banyak dah kertas kerja saya boleh tulis tentang Maulana Taqi Usmani seperti orang putih yang banyak tulis tentang pelbagai aspek tokoh tertentu seperti mengenai Shah Waliyullah Dehlawi dsb. 

Ini kerana kami mempunyai hampir kesemua buku tulisannya yang sebahagian besarnya dalam bahasa Urdu. Hampir kesemuanya saya telah membacanya samada keseluruhan kitab atau secara sepintas lalu. Kitab beliau menyentuh pelbagai aspek. termasuklah bab Hadth, Fekah, Fatwa, Ulum Quran, Ekonomi, Tasawuf,, Biografi, Politik, Sejarah dsb...


 Sebagai Koleksi Buku Maulana Taqi Milik Kami


Budaya ilmu di Pakistan antara punca mengandakan penerbitan buku-buku Maulana Taqi walaupun kadang-kadang tulisan beliau hanyalah salinan daripada pidato, ceramah atau catatan perjalanan beliau. Ertinya ada orang yang menyalin. Ada yang sudi menerbitkan. Ada pula yang menunggu-nunggu untuk membaca.
Bukunya seperti "Jahan Didah", "Duniye mere aage" dan beberapa buah lagi yang seumpamanya agaknya seperti "Kembara Deoband" saya dari segi catatan pengalama peribadi.

Bukunya seperti "Nuqus Raftgan" seperti "Anekdot Ulama" saya. Manakala buku "Tabsirae" seperti catatan "Kitab" saya dalam blog ibnnawi. Hal ini berlaku secara kebetulan kerana saya bukan meniru beliau.

Kalaulah saya orang India atau Pakistan agaknya catatan saya akan disalin semula, diedit, diterbitkan dan dibaca oleh mereka jika mereka merasai ada sesuatu yang berharga di dalamnya.
Inilah agaknyai antara dilema penulis di tempat kita. Mahu tulis apa dan untuk siapa?
gambar: sebahagian rak buku beliau di bilik saya

Anekdot Ulama 63: Nasihat Maulana Taqi Usmani

Dalam satu tulisannya Maulana Taqi Usmani mengambarkan bahawa para maulana dan madrasah di India-Pakistan boleh dikatakan berjaya mewujudkan sistem pendidikan agama yang mantap tetapi agak gagal mendidik masyarakat ke arah muamalat yang sahih dan akhlak yang terpuji. Saya "like" lah keluhannya itu kerana ada sedikit pengalaman dulu dan sekarang.

Malam tadi saya mendendangkan kepada isteri satu kisah yang diceritakan oleh Maulana Taqi Usmani tentang ketajuban beliau dengan akhlak masyarakat Barat yang tiada pada masyarakat Pakistan secara khususnya dan masyarakat Islam secara amnya.

Ringkas cerita, beliau di sebuah airport di London. Dia memasuki sebuah kedai "Encyclopaedia Britannica" di airport tersebut. Matanya terpandang sebuah buku yang agung bertajuk "Great Books". Sekian lama buku ini dicari untuk perpustakaan madrasahnya. Buku koleksi penulis-penulis agung barat daripada "Aristotle" hinggalah kepada "Bertrand Russel" yang telah diterjemahkan kesemuanya dalam bahasa Inggeris berjumlah 65 jilid.


 Great Books

                                                                                                         Ensklopedia Britainika


Maulana berhasrat untuk membelinya. Berkata tuan kedai jika kamu telah memilki buku Encyclopaedia Britannica kami akan beri 50% diskaun. Maulana menjawab saya memilkinya tetapi tidak dapat datangkan bukti. Penjual berkata tidak mengapa kata-kata kamu "ada" itu sudah cukup sebagai bukti. Harga diskaun dalam 40 ribu rupee.

Tidak semena-mena Maulana ragu-ragu jika buku ini boleh didapati di Pakistan dengan harga yang lebih murah setelah dia mengisi borang dan menandatangani pembayaran melalui kad kredit untuk dihantar melalui pos. Maulana memberitahu penjual buku banyak kali dia dapati buku yang telah dibeli di London harganya lebih murah di Pakistan. Penjual menyakinkan Maulana jika ia benar-benar berlaku maka beliau sudi mengembalikan wang Maulana. Pekedai berjanji akan menghubungi Maulana di Pakistan dalam 4, 5 hari nanti untuk memastikan harga buku itu lebih murah di sana.


Dalam perjalanan Maulana begitu bimbang apa yang akan berlaku kepada duit yang telah ditandatangani itu. Bagaimana jika kitab itu tidak dihantar. Sebaik sahaja pulang ke Pakistan beliau terus sahaja menghubungi "American Express' agar tidak melakukan pembayaran sehingga diberitahu. Begitu juga dia menghantar seseorang untuk mencari buku tersebut. Akhirnya buku itu ditemui dengan harga 30 ribu rupee.

Setelah tiba masanya pekedai London itu menelipon Maulana untuk bertanya. Setelah diberitahu harga yang murah itu beliau membatalkan pembelian Maulana dan mengucapkan tahniah kerana dapat membeli dgn harga yang murah. Selang beberapa hari surat pekedai itu sampai yang menzahirkan kegembiraan beliau kerana Maulana dapat memperolehi buku itu dengan harga yang murah dan kekecewaan beliau kerana tidak dapat peluang untuk berkhidmat kepada Maulana. Beliau mengharapkan agar hubungan mereka tidak putus.
Kata Maulana satu sen pun pekedai itu tidak dapat apa-apa keuntungan malah telah menggunakan duitnya sendiri untuk menelipon daripada London. Surat juga dikirimkan. Kita macam-macam kata kat orang putih padahal mereka menunjukkan akhlak Islam yang telah kita tinggalkan. Kerananya Allah telah memberi kemajuan kepada mereka.

Keluhan Maulana ini bukanlah sesuatu yang baru. Semua orang mengetahuinya. Cuma bila orang yang ada nama menyebut mudah terpahat di hati.

Cerita Maulana ini mengingatkan saya kepada perkara yang lebih kurang sama berlaku antara saya dengan pekedai di Pakistan baru-baru ini.

Ringkas ceritanya buku yang saya pesan melalui pos sampai, tetapi tidak lengkap jilidnya. Bukan tercicir tetapi tidak dihantar. Duit telah dibayar cukup. Bila diminta penjelasan melalui wasap dan teligram, saluran yang kami selalu gunakan untuk berkomunikasi, di mana baki lagi kitab itu, beliau diam membisu. Bila ditanya untuk pembelian kitab lain beliau rancak menjawab!!.

Janggut, pakaian dan keturunan baik-baik tu kalau ikut zahirnya sudah lulus. Tapi bab muamalat susah sikit seperti keluhan Maulana.
(Rujukan Buku Urdu Maulana Taqi bertajuk "Islam dan Masalah Kehidupan Moden"

Anekdot Ulama 62: Nasihat Maulana Taqi Uthmani

Di antara kelemahan atau kealpaan sistem pengajian madrasah menurut Maulana Mufti Muhammad Taqi Usmani مفتی محمد تقی عثمانی ialah tiadanya kawalan dalam metod pengajaran. Oleh yang demikian terjadilah penekanan yang keterlaluan dalam bab-bab ibadat dan akidah dalam pengajian mereka tetapi terlalu dhaif dalam bab muamalat dan akhlak. 

Oleh itu bab-bab dalam kitab fekah dan hadith tidak diajar secara seimbang. Kitab yang mencangkupi keseluruhan bab, yang seharusnya khatam dalam masa 10 bulan secara saksama kerapkali berakhir dengan satu pertiga sahaja kitab dihuraikan secara terperinci sehingga memakan masa selama 8 bulan. Kebanyakannya menyentuh bab-bab taharah, solat, puasa dan haji. Paling jauh huraian yang dapat dihidangkan hingga bab munakahat atau nikah kawin. Bab-bab seperti jual beli , mua`asyarah dan akhlak yang terletak di separuh akhir kitab selalunya menjadi mangsa.Hanya 2 bulan masa yang ada untuknya. Bahkan hanya ditilawahkan untuk mencari keberkatan khatam kitab tanpa huraian yang mencukupi. 

Natijahnya pelajar madrasah tidak memilki ilmu yang cukup dalam bab jual beli atau ekonomi, politik dan ilmu kemasyrakatan sedangkan ilmu ini yang paling challenging di zaman ini. Kejahilan orang alim akan menatijahkan kejahilan orang awam. Ini akan menjuruskan mereka ke lembah syubahah dah haram.
Maualana juga kesal dengan penglibatan yang sedikit alim ulama aliran madrasah dalam bab ekonomi dan politik Islam. Walaupun ada di merata-rata tempat fatwa mereka dalam bab ini namun ia tidak mencukupi kerana perubahan zaman yang amat kencang. Seharusnya perlu ada dirasah yang serius. Beliau memuji usaha ulama-ulama Arab dewasa kini yang telah memperkayakan perpustakaan Islam dengan tulisan-tulisan ekonomi Islam secara serius. Bab berasingan dalam buyu` atau jual beli telah menjadi unit yang besar untuk dibincangkan. Wakaf, hibah, mudharabah dsb telah menjadi pengajian yang berasingan dengan tatbiq yang sesuai dengan zaman.

Maualana mengakui beliau telah membeli semua buku-buku itu untuk diletakkan dalam perpustakaan madarasahnya untuk bacaan dan rujukan pelajar dan asatizah. Beliau juga menubuhkan pengajian ekonomi modern di madrasahnya itu.

Bagus sekali Maulana Taqi kerana peka dengan realiti. Itulah seharusnya sikap seorang muslim apatah lagi seorang alim. Beliau memuji madrasah di tempat yang harus dipuji dan memberi peringatan di tempat yang harus diberi peringatan supaya seseorang itu tidak leka dengan sistem di mana dia berada.
(petikan daripada buku Urdu Maulana Taqi: Islam dan Masalah Kehidupan Moden)

Tuesday, September 23, 2014

Anekdot Ulama 61: Ilmu dan Kemiskinan Imam Syafie

Diceritakan bahawa Imam Syafie seorang yang yatim dan miskin ketika kecil. Emaknya tidak memilki apa-apa untuk diberi hadiah atau upah kepada guru untuk mengajar anaknya. Namun dia dihantar juga untuk belajar di maktab atau madrasah untuk kanak-kanak.

Diceritakan juga bahawa Imam Syafie terlalu miskin sampaikan tidak dapat membeli kertas untuk menulis. Apabila beliau sudah menghafal Al-Quran beliau mula menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid. Beliau hanya mampu mendengar sahaja kuliah tanpa dapat menulisnya kerana tidak memilki kertas. 

Apabila beliau menemui tulang di mana-mana jua beliau akan mengutipnya untuk menulis apa yang beliau ingati. Apabila tulang itu penuh ditulis beliau akan menyimpannya dalam bekas seperti tempayan sehingga kata Imam Syafie akhirnya aku memilki dua tempayan besar penuh berisi tulisan.
Bagaimana pula dengan kita di zaman yang serba ada kemudahan. Adakah kita menggunakan kemudahan tersebut untuk menambat ilmu???

Tuesday, September 9, 2014

Anekdot Ulama 60: Dr Muhammad Abd Hayie Arifi


Membaca sebuah buku tentang riwayat hidup seorang murabbi ulama Deobandi Dr Abd Hayie Arifi dan singgah pada cerita bahawa beliau meninggal kerana sakit perut. Maka diceritakan pula bahawa beberapa orang di kalangan ulama Deoband yang lain juga meninggal dunia kerana masalah sakit perut. Antaranya Haji Imdadullah, Maulana Ashraf Ali Thanawi dan Maulana Rashid Gangohi. Kesemua mereka sheikh tasawuf ulama Deoband. Penulis mengemukakan sebuah hadith riwayat Bukhari tentang kelebihan orang yang meninggal dunia disebabkan masalah perut seumpama orang yang mati syahid.
المَبْطُونُ شَهِيدٌ "Orang yang meninggal kerana sakit perut adalah seperti orang yang mati syahid" ertinya ada ganjaran yang mereka perolehi termasuk dalam ganjaran orang yang benar-benar mati syahid walaupun tidak semua.
(Al-Balagh, Bayan Arif Billah Hazrat Maulana Dr Muhammad Abd Hayie Arifi, m/s 22-23).

Friday, August 29, 2014

Anekdot Ulama 58: Hamzah Yusuf



Dalam tahun 90an Yusuf Abdullah, seorang rakan kami keturunan India-Yaman yang merupakan warganegara US telah membawa pulang ke Deoband kaset-kaset Hamzah Yusuf yang sedang popular di sana ketika bercuti pada bulan Ramadhan. Saya tumpang mendengarnya. Kuliahnya pada waktu itu lebih berbentuk turath jika dibandingkan 'falsafah". Kuliahnya begitu bersemangat persis cara Arab berpidato. Mungkin kesan lama di tanah Arab. Pakaiannya pun lebih condong kepada pakaian timur Tengah dan afrika Utara dgn berserban daripada berkot. Dalam satu kaset ketika menghuraikan hadith Muwata` beliau mengatakan misdaq dajjal itu ialah komputer, kapal laut.....dan sebagainya yang digambarkan oleh penguasaan teknoloji moden yang dikatakan New World Order.

Lama kelamaan kuliahnya beralih kepada "falsafah" umum tentang Islam. Mengutamakan nilai-nilai universal kemanusiaan yang boleh menjadi titik tolak kepada pendekatan dakwah untuk masyarakat Barat di US. Akhirnya beliau menjadi lebih terkenal. Wawasannya ingin didengari di dewan-dewan kuliah para cediakawan. Maka lahirlah Zaituna yang seperti Istac di Malaysia sebagai wadah beliau mendidik generasi Amerika yang beliau impikan.

Kini beliau di Malaysia. Ramai yang hadir dalam majlis beliau daripada pelbagai latarbelakang minda. Semua mempunyai andaian tersendiri tentang pemikiran dan hala tuju Hamzah Yusuf.

Seperti di India, saya mendengar kasetnya tanpa menemuinya, hari ini juga ketika dia di Malaysia saya mendengar berita tentangnya tanpa menghadiri majlisnya. Saya tidak dukacita kerana tidak menghadiri majlisnya apatah lagi menemuinya kerana saya tahu Hamzah Yusuf tidak kecewa jika seseorang tidak menghadiri majlisnya tetapi berbuat sesuatu untuk thaqafah ilmu dan agamanya.

Wednesday, August 27, 2014

Anekdot Ulama 57: Ustaz Hashim Yahya

Ketika awal tahun 80an masjid Muhammadi Kota Bharu memiliki ramai tenaga pengajar "kuliah maghrib" yang hebat-hebat samada daripada kalangan tok-tok guru pondok maupun di kalangan pensyarah-pensyarah Akedemi Islam Nilam Puri. Saya masih ingat antara yang popular waktu itu adalah Ustaz Hashim Yahya. Kuliah tafsir malam jumaatnya dihadiri oleh ramai jemaah. Rumah saya berdekatan dengan masjid. Saya masih dapat bayangkan Ustaz keluar dari kereta dengan berserban putih,berbaju Melayu dan bersarong pelikat. Beliau menuju ke tangga masjid sambil mengilik kitab di tangan dan berjalan seperti orang yang kakinya bermasalah. Beliau mengajar dalam loghat Utara. Selepas itu tiba-tiba sahaja kuliah malam jumaat menjadi sepi. Rupa-rupanya Ustaz telah berpindah ke Kuala Lumpur kerana Akedemi Islam Nilam Puri berpindah ke sana.

Kemasyuran Ustaz pada waktu itu sedikit sebanyak mempengaruhi diri saya. Sesungguhnya saya terlewat untuk menziarahi beliau. Saya sememangnya berhasrat untuk menziarahi ustaz. selepas pulang dari belajar agama. Oleh kerana terlalu sibuk dengan aktivi harian maka saya menangguh-nanguhkannya samapailah hari ini tanggal 27 Ogos 2014 saya dikejutkan dengan berita sedih ini.

Semoga Allah mengampuni beliau dan meletakkan beliau di tempat yang selayaknya untuk mereka yang berkhidmat untuk agamanya.Ameen.

Saturday, January 18, 2014

Anekdot Ulama 56: Pesanan Sheikul Hadith Maulana Yunus Jaunpuri


Dalam satu kuliah hadith Bukhari Sheikhul Hadith Mazahir Uloom Maulana Yunus Jaunpuri mengadu tentang kelemahannya. iaitu lupa dengan catatan peribadinya. Kerana itu beliau berpesan kpd pelajar agar mengambil berat ttg catatan. 


Beliau seterusnya bercerita sebelum ini beliau telah diziarahii oleh tetamu dari Malaysia. Datang untuk meminta nasihat tentang perkara-perkara yang perlu diberi perahatian oleh guru untuk pengajian Daurah Hadith yang akan dibuka di Malaysia. Kalau tak silap orang Malaysia itu adalah Maulana Hamid Seri Petaling yang pernah bertandang ke bilik saya waktu saya masih di Deoband. Antara nasihat Sheikh ialah:

1-Menjadikan Fathul Bari sebagai rujukan utama.
2-Tidak bergantung kepada sebuah syarah sahaja. Malah perbanyakan rujukan.
3-Membuat catatan hasil daripada pembacaan yang luas. 
Yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh Maulana ttg kelemahannya itu.

Alhamdulillah, sehingga kini saya sudahpun membuat catatan sebanyak 4 buah buku nota hasil daripada bacaan syuruh Bukhari sehingga hadith yang ke-476 Kitab Solat.

Tuesday, December 31, 2013

Anekdot Ulama 55: Maulana Saad Muhammad

Setelah menulis artikel tentang Maulana Lambok, saya menerima message dalam fb oleh seseorang yang dikenali dalam fb sebagai Suadi Saad yang juga seorang ustaz mengatakan bahawa ayahnya juga pernah belajar di Deoband. Dia meminta nombor talipon Maulana Lambok untuk diberikan kepada ayahnya yang dikatakan sezaman dengan beliau. Dia mengatakan ayahnya bernama Saad Muhammad, orang Pahang. Saya perasan nama itu sememangnay ada dalam buku daftar pelajar-pelajar Malaysia India yang diambil dari arkib negara tempohari. Menurut daftar itu beliau berasal dari kampung Lebak, Temerloh. Saya bertanya adakah boleh saya menziarahinya. Beliau sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan saya. Maulana atau Ustaz Saad sekarang tinggal di Kg Batu Sawar Temerloh berdekatan dengan Gunung Senyum, rumah yang dibina di atas tanah isterinya di tebing sungai Pahang.

Saya berazam untuk menemui Maulana Saad. Saya belum mengenali siapa beliau. Saya memberitahu sahabat-sahabat Basooir untuk pergi ke Temerloh. Mereka bersetuju tetapi menunggu masa yang sesuai untuk pergi. Kebetulan Nik Farid salah seorang pelajar basooir sudahpun biasa dengan Temerloh. Beliau pernah bekerja di Temerloh suatu masa dahulu. Sekarang ditakdirkan dia berulang-alik ke sana kerana kerja pemasangan kabel Telekom perlu disiapkan di sana. Maklumat sudah dikumpulkan di mana letaknya Gunung Senyum. Ia agak jauh dari bandar Temerloh kira-kira 45 minit perjalanan menaiki kereta.

Dua bulan kemudian setelah banjir agak reda saya bertanyakan Ustaz Suadi jika Maulana berkelapangan untuk diziarahi. Beliau memberitahu bahawa banjir tidak sampai di kawasan tempat ayahnya tinggal. Saya kemudiannya menelepon Maulana untuk membuat temu janji. Kami bercandang berangkat pada pagi Ahad 29 Dec 2013. Kebetulan hari Ahad itu hari terakhir kelas Basooir kami bercuti. Ada peluang untuk pergi kerana jaraknya tidaklah jauh dari KL. Temerloh hanya 2 jam sahaja dari KL. 

Sahabat-sahabat Basooir ada yang pakar tentang selok belok makanan. Selain menziarahi maulana mereka juga menyiasat tentang tempat makanan yang istemewa di Temerloh. Berbagai-bagai cerita saya dengar tentang kelazatan masakan tempoyak ikan patin Temerloh. Saya tidaklah teruja dengan cerita-cerita tersebut kerana saya bukan pengemar ikan sungai lebih-lebih lagi jika dimasak dengan cili. Saya menjauhi makanan yang ada cili kerana perut saya masih dalam pantang dengan masakan bercili.

Kami seramai 5 orang bertolak pada jam 9.30 pagi dari rumah saya. Dalam perjalanan kami bersarapan di lebuhraya Karak menikmati `nasi berlauk` yang dibawa oleh peminat setianya. Kira-kira jam 11.00 lebih kami sampai di Temerloh. Sepanjang perjalanan banyak iklan tentang jualan ikan patin mengambarkan bahawa Temrloh memang kaya dengan perniagaan ikan patin sampai ramai juga yang tertipu dengan harga masakan ikan patin di bandar Temerloh. Kami terus mencari kedai masakan ikan patin yang dikatakan mewarisi kepakarannya daripada keturunannya yang dikatakan bekas tukang masak diraja. Kedai itu menjadi tempat persinggahan orang-orang kenamaan termasuklah kerabat di raja. Kedainya amat simple, kekal dengan imej kedai kampung. Malangnya kedai itu ditutup pada hari Ahad.

Di Masjid berdekatan dengan gerai makanan ikan patin. Berbaju biru itu orang lama Telekom yang bekerja di Temerloh

Oleh kerana itu kami terpaksa guna plan B. Berangkat ke kedai yang kedua dari segi rating keenakan masakan ikan patin. Katanya kedai ini murah dan sedap. Kedai pertama pula lebih mahal dan lebih sedap. Dalam pukul 12 tengahari kami sampai ke kedai itu. Alhamdulillah kedai buka dan gulai baru sahaja masak. Kami berjanji akan pergi ke rumah Maulana selepas zohor selepas makan tengahari. Sahabat Basooir yang pakar dalam menghidu bau masakan sudahpun menghidangkan masakan tempoyak ikan patin di atas meja. Saya melihat dengar debaran kerana tidak tahu bagaimana hendak makan gulai yang ada tompok-tompok merah yang menandakan ia penuh dengan cili. Oleh kerana cerita tentang keenakannya diapi-apikan sepanjang perjalanan terasa juga di hati untuk mencubanya barang sedikit. Saya mengutis isi ikan patin yang terendam dalam kuahnya yang berapi itu. Saya menyuapkan ke mulut. Saya memandang ke kiri dan ke kanan. Terpinga-pinga. Tak tahu apa nak dikata. Memang sah. Memang sah. Memang sahlah ia sedap!!! Bukan sekadar cerita yang digembar gemburkan. Kalau yang inipun sedap bagaimana dengan kedai yang satu lagi. Tentu kena datang lagi untuk mencubanya!!!.Tengahari itu adalah sejarah bagi saya makan masakan tempoyak ikan patin Temerloh. Namun iman saya masih kuat, saya tidak menjamah kuahnya kerana bimbang kepada cili walaupun ada yang sampai menghirupnya. Selepas solat zohor saya teringin untuk membelinya untuk dibawa pulang. Bila pergi semula ikan patin sudah licin...hajat tak kesampaian. Kami diberitahu supaya berhati-hati makan ikan patin di bandar Temerloh. Jangan sampai ditipu. Kami hanya habis dalam RM30 utk lima orang makan. Kalau silap kedai ia mungkin sampai RM300.


Perjalanan ke Kg Batu Sawar dimulakan sebaik sahaja selepas solat zohor. Jalan ke sana jalan lama yang sempit. Jalan itu boleh sampai ke Jengka. Kiri kanan dipenuhi dengan pokok kayu. Ada pokok tualang yang besar di sepanjang perjalanan. Ada dikalangan kami yang hanya tahu madu tualang tetapi tidak pernah melihat pokok tualang yang tinggi melangit itu. Sudah tentu orang berjaya naik mencari madu seorang yang pakar dalam `mengukah`. Monyetpun sukar nak naik. Di samping pokok tualang pokok `beka` yang buahnya berjuntai seperti petai tetapi agak besar saiznya banyak kelihatan di tepi-tepi jalan. Rumah-rumah agak jauh antara satu sama lain. Mungkin mereka bina rumah atas tapak tanah masing-masing yang luas.

                                                                                  Surau Di Depan Rumah Maulana


Maulana sudah menanti. Rumah beliau hanya di tepi jalan. Ada surau yang belum siap di tepi jalan. Maulana menamakannya sebagai Surau Munzirin untuk mengingatkan orang kepada Allah. Di belakang surau itulah rumah Maulana. Kawasannya agak nyaman sesuai dengan suasana kampung yang aman damai. Kami diajak masuk. Tak sempat duduk Maulana terus bercerita tentang Deoband. Beliau nampaknya tak sabar-sabar untuk bercerita. Kamera belum lagi dipasang. Microphone belum lagi disangkut. Hamizi cepat-cepat memasangnya supaya tidak terlepas apa yang diluahkan oleh Maulana.

                                                                                                  


Rumah Maulana Saad Yang Humble

Tidak seperti pelajar lain yang pergi ke India setelah mendapat maklumat daripada ustaz-ustaz atau kawan-kawan yang pernah belajar di sana tetapi Maulana Saad pergi ke India hasil daripada sembang-sembang di kedai kopi sahaja di Pulau Pinang ketika melanjutkan pelajaran di sana. Kemungkinan besar kerana Maulana tidak belajar di pondok  atau institusi agama di Kelantan menyebabkan beliau tidk ada maklumat tentang Deoband. Maulana pergi ke India tanpa mengatahui adanya orang Malaysia di sana. Pergi seorang diri dengan menaiki kapal laut. Singgah di Madras. Kemudian dibawa dengan keretapi oleh seseorang ke Madrasah Jamiah Baqiyatus Salihat yang terletak di Vellore kira-kira 83 km dari Madras mengikut Maulana. Di sana barulah Maulana mengetahui kewujudan beberapa pelajar Malaysia yang sedang belajar di situ. Maulana hanya setahun di Tamil Nadu kerana tidak berapa suka dengan medium pengajaran dalam bahasa Tamil. Namun di situ beliau juga diajar mempelajari bahasa Urdu. Selepas itu Maulana berlepas ke Deoband bersama dengan Ustz Ahmad yang juga pelajar di Baqiyatus Solihat. Mereka berpisah di New Delhi kerana Ustaz Ahmad ingin belajar di Lucknow. Maulana Saad berseorangan ke Deoband dari New Delhi. Menurut daftar pelajar Malaysia Maulana Saad sampai ke India pada tahu  1960 dan menjadi anggota persatuan di Deoband pada tahun 1962 bererti Maulana memasuki Darul Uloom sekitar tahun tersebut.


Daftar Pelajar Malaysia yang Tersimpan di Arkib Negara tertera nama Maulana

Maulana Saad belajar dari bawah. Mungkin dalam tahun 3 atau tahun 4. Senior beliau pada waktu itu ialah Maulana Lambak dan TGH Nik Abd Aziz. Kedua-dua mereka di ambang untuk meninggalkan Darul Uloom. Beliau sempat dengan Maulana Lambak selama dua tahun dsn sempat menadah kitab dengan beliau. Kemungkinan Maulana Lambak ketika itu mempelajari kitab-kitab takhassus. Sempat dengan TGH Nik Abd Aziz hanya beberapa bulan sebelum beliau berangkat ke Mesir. Beliau juga sezaman dengan bekas Mufti Selangor Ishak Baharom. Walaupun Mufti lebih tua tetapi maulana lebih senior daripada beliau di Deoband. Kata Maulana TGH Nik Abd Aziz, Ustz Lambak, Ustaz Isgaq Bahrom dan Ustaz Ramli antara pelajar Malaysia yang alim pada ketika itu di Deoband.


Sahabat-sahabat Basooir Bergambar Dengan Maulana Saad

Maulana Saad juga menceritakan tentang kelebihan maulana-maulana di Deoband. Mereka kuat beribadat, kuat beramal, kuat mentelaah kitab dan serius dalam melakukan sesuatu. Tidak banyak menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah. Berjalan dengan cepat-cepat seolah-olah ada kerja yang perlu dibereskan. Jika sibuk dengan ilmu mereka akan lupa kepada dunia.

Beliau menceritakan tentang Maulana Wahiduzaman Kiranawi yang saban hari mentelaah kitab. Beliau terkenal dengan orang yang hebat dalam bahasa Arab. Kitab Qiraat Wadhihah beliau telah menjadi buku teks Darul Uloom untuk bacaan Arab peringkat permulaan. Beliau telah menghasilkan beberapa kamus Arab-Urdu dan Urdu-Arab. Beliau telah menubuhkan Nadi Arabi, majallah Ad Daie dsb. Ramai pelajar menjadi mahir bahasa Arab jika berdampingan dengan beliau. Suatu hari ketika peperiksaan yang diadakan di biliknya Maulana Saad bertanya tentang khabar anak isteri Maulana. Pada kala itulah baru beliau teringat sudah dua minggu tidak balik menjeguk anak isteri. Kemungkinan waktu itu Maulana belum lagi membawa anak isteri menetap di Deoband seperi kebiasaan maulana-maualana yang bukan anak tempatan Deoband.

Maulana Saad juga sempat menghadiri majlis khatam Bukhari dengan Sheikhul Hadith Maulana Zakaria Kandahlawi di Saharanpur. Malah beliau sempat menjadi tetamu beliau. Makan bersama tengahari di rumah beliau dan tidur di situ. Beliau melihat bagaimana Maulana Zakariya menjaga makan dan beribadat membaca Al-Quran di malam hari. Maulana-maulana lain yang disebut oleh beliau ketika perbualan kami itu termasuklah guru beliau seperti Maualan Akhtar Husein yang mengajar kitab Hidayah, Maulana Fakhrudin Ahmad  Sheikul Hadith, Maulana Naem, Maulana Hamid Mian (guru saya), Maulana Nasir Ahmad Khan dan Qari Tayyib.

Maulana Saad juga meluahkan persaannya tentang sukarnya menyebarkan ilmu di Malaysia. Orang kita hidup mewah. Akibatnya tidak mewah maknawi. Tidak mewah ilmu. Kalau belajarpun hanya untuk dapat kerja dan hidup senang. Sememangnya apa yang diluahkan oleh Maulana Saad dirasai oleh semua pencita ilmu. Amat sukar membudayakan ilmu walaupun di kalangan pencinta Islam. Walaupun di kalangan ilmuan sendiri. Bak kata pekedai yang menasihati Maulana agar pergi belajar di India: "Baja ilmu di India first class". Ertinya baja di tempat kita tidak berapa elok. Pokok akan cepat mati. Sesiapa sahaja yang pulang dengan membawa ilmu yang sarat lama-lama akan kering. Lama-lama mati ilmunya.


Maulana juga merasai pentingnya generasi anak-anak didedahkan terlebih dahulu dengan hafalan al-Quran sepertimana pelajar-pelajar Darul Uloom di zaman beliau. Tradisi ini tidak seharus berakhir di peringkat tadika dan sekolah rendah sahaja. Malah sepatutnya sampai ke peringkat sekolah menengah barulah ada kesenambungan dalam beramal dengan Al-Quran.


Kami agak terkejut kerana Maulana menceritakan bahawa antara gurunya ketika belajar di Pahang Ustaz Muhammad Fadhullah Suhaimi yang merupakan guru kepada pengasas Arqam, Ustaz Ashaari. Beliau mengakui Ustaz Fadhullah Suhaimi seorang yang hebat termasuklah hebat dalam bahasa Arab juga pandai bersilat dengan cara ilmu batin. Beliau pernah mempelajarinya tetapi tidak mengamalkannya sebagaimana Ustaz Ashaari yang menggunakannya sehingga menjadikan murid-muridnya merasai ttg kehebatannya.

Sebenarnya kami tidak mengetahui bahawa Maulana Saad pernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Pahang suatu ketika dahulu.


Di sebalik keceriaan Maulana kami tidak mengetahui bahawa Maulana diuji dengan perkara yang agak besar juga. Anak lelaki beliau yang merupakan seorang guru tiba-tiba diserang penyakit yang tidak dapat dikesan oleh pihak hospital. Sudah beribu duit dihabiskan. Akhirnya beliau terlantar di rumah Maulana. Beliau tiba-tiba tidak boleh berjalan. Orangnya agak besar. Oleh itu sukar untuk dibawa berubat di luar. Jika ke hospital terpaksa menyewa ambulan dengan bayaran pergi balik dalam seribu ringgit. Sesiapa yang ingin menghulur sebarang bantuan dari segi pengubatan maupun keewangan bolehlah menghubungi Ustaz Saad sendiri h/phone 013-9090496.

Kami meninggalkan Kg Batu Sawar dengan penuh kenangan. Berjumpa dengan seorang yang agak biasa tetapi luarbiasa kerana menyimpan memori yang indah untuk kita generasi yang akan menempuh hari-hari yang mendatang. Semoga dengan pertemuan ini menaikkan lagi semangat dan stamina kami untuk berkhidmat untuk agama dengan mengutamakan amalan diri sendiri terlebih dahulu sebelum segala-galanya.



Surau yang belum siap memerlukan sumbangan 



Video temuramah dengan Maulana Saad boleh diakses di laman basooir.
http://basooir.com/lesson/ustaz-saad-mohamad/












Monday, September 16, 2013

Anekdot Ulama 54: Gambar-Gambar Pelajar Malaysia Lepasan India






Muhamad Maadah bin Layang (1895-1947) atau Maulana Lebai Maadah, Kuala Pilah 
dikatakan pernah belajar di Darul Uloom Deoband. Lihat: Klik di sini untuk biodata




TGH Abbas (1910an-1997) pernah belajar di Dabhel 
Gujerat dan Deoband. Klik di sini utk biodata


Maulana Abdullah Noh (1905-1947) pernah berguru dengan
 Maulana Ubaidillah Sindi (foto dr facebook Mohd Rosli Ibrahim)




Mantan Menteri Besar Kelantan, TGH Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
Memasuki Darul  Uloom Deoband pada tahun 1952



Maulana Lambak  belajar di Darul Uloom Deoband 
pada tahun 1955  selama hampir 10 tahun.Klik di sini



Mantan Mufti Selangor Dato` Ishak Baharom (1928-2008). 
Memasuki Darul Uloom Deoband pada tahun 1957 selama 5 tahun



Dr Abdul Hayie Abd Syukor lahir 1947.
Menuntut di Darul Uloom Deoband tahun 1967.


Professor Selamat Hashim lahir tahun 1948. 
Belajar di Darul Uloom Deoband  1967.

Selamat bin Hashim berkelulusan Al–Fadil (1971) dari Darul Ulum, Deoband, India; B.A. Perundangan Islam (1972), Diploma Pendidikan (1973) dan M.A. Perundangan Islam (1975) dari Universiti Al–Azhar, Mesir serta Diploma Falsafah Sains (1996) dari Institut Pengajian Ilmu–ilmu Islam, Kuala Lumpur. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Agama Johor (1977), Pendakwa Mahkamah Syariah Negeri Johor (1978). Tugas ini disandang bersama dengan tugas sebagai Penolong Kadi Besar di Pejabat Kadi Besar Johor, Pegawai Penyelidik di Jabatan Agama Johor dan Kadi di Pejabat Kadi Daerah Pontian (1982).

Beliau mula bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Kemanusiaan, UTM Kuala Lumpur pada tahun 1982 dan dilantik menjadi Pengarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM Skudai pada 1 Mei 2002 hingga 31 Mei 2006. Sepanjang bertugas sebagai pensyarah di UTM, beliau terlibat mengajar mata pelajaran Falsafah Sains Islam, Pendidikan Islam, Cabaran Pemikiran Islam Semasa, Qawaeid Fiqhiyah, Usul Fiqh, Tafsir dan Ayat Ahkam, Fiqh Waqaf, Fiqh Ibadat, Fiqh Muamalat dan Hukum Pembahagian Pusaka. Beliau juga aktif dalam khidmat perundingan. Antara penglibatan beliau ialah sebagai pakar runding yang menyediakan kertas kerja penubuhan Kolej Islam YPJ, rundingan dengan pihak Universiti al–Azhar dan Kedutaan Malaysia di Cairo bagi mendapatkan pengiktirafan ke atas Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), menyertai rombongan penyelidikan anjuran kerajaan Johor ke enam negara Timur Tengah untuk mengkaji pelaksanaan undang–undang Islam, menganggotai Jawatankuasa Panel Penilai Buku Teks Kurikulum Baru Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor dan Ahli Panel Syariah Uqud Barakah Sdn. Bhd., Syarikat Guaman Ikbal Salam & Associates, Taman Molek Johor Bahru.




Datuk Aziz Jamaludin lahir pada tahun 1954. Belajar di 
Nadawatul Ulama Lucknow India pada tahun 1966. Deoband tahun 1977-1979

Anak kelahiran Kampung Baru di sini, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris Kuala Lumpur sebelum menyertai kursus tahfiz al-Quran di Nadwa Kolej Lucknow, India dari 1966 hingga 1970.

Beliau meneruskan pengajian peringkat menengah di tiga sekolah agama di Pulau Pinang dari tahun 1971 hingga 1976, sebelum ke India bagi mendapatkan sarjana dalam bidang hadis di Universiti Deoband dari tahun 1977 hingga 1979 dan menuntut di Universiti Al-Azhar dari tahun 1979 hingga 1983 dalam bidang syariah dan undang-undang.

Aziz Jamaludin pernah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan iaitu sebagai Hakim Wilayah Persekutuan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dari November 1984 hingga Mac 1987, Konsul di Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dari Julai 1991 hingga Julai 1995, setiausaha sulit kanan kepada Menteri Pendidikan dari Ogos 1995 hingga April 1998 dan ditauliahkan sebagai peguam syarie bagi Negeri Sembilan dan Perak pada tahun 1998. Beliau juga pernah menjadi Yang DiPertua YADIM.


Datuk Dr. Aziz Jamaludin Bin Hj Mhd Tahir serves as Independent Non-Executive Director of Datasonic Group Berhad since June 27, 2011. He graduated from Deoband University, India, in 1979 with a degree in Islamic Studies and later obtained Bachelor of Arts in Syariah Law from the Al Azhar University, Egypt, in 1983. He obtained a PhD from Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Indonesia, in 2012. He started his career in 1984 as a Federal Court Judge in the Syariah Court. In 1987, he joined the Prime Minister’s Department as an Administration and Diplomatic Officer. He was the Consulate of the Malaysian Embassy in Saudi Arabia from 1991 to 1995 and Confidential Secretary to the Education Minister from 1995 to 1998. In 2008, he represented UMNO as a candidate for the national election for the Parliamentary seat for Titiwangsa district. In the same year, he was appointed as Treasurer for The Scouts Association of Malaysia. In 2009, he was appointed as the Chairman of Koperasi JASA (KOJASA). In 2010, he was appointed as the Deputy Chief of The Scouts Associations of Malaysia.

Sunday, September 15, 2013

Anekdot Ulama 53: Tok Guru Haji Abbas (1910an-1997)

Daerah Besut tidak pernah ketandusan melahirkan ulama-ulama berkaliber. Salah seorang darinya ialah Tuan Guru Haji Abbas Ahmad. Beliaulah yang telah mengasaskan pondok Tok Jiring sehingga menjadi sekolah agama yang terkenal di peringkat tanahair pada masa ini. Beliau dilahirkan pada awal tahun 1910-an di Kampung Bukit Puteri, Kuala Besut. Kealimannya diakui khususnya dalam bidang ilmu feqah yang merangkumi 4 mazhab iaitu Shafie, Maliki, Hanafi dan Hambali menerusi gerakan pendidikan pondok.


Tuan Guru Haji Abbas mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Mohd bin Haji Hussein, Kuala Besut. Selepas itu sepertimana yang menjadi kelaziman ulama-ulama besar satu masa dahulu, beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Makkah selama 8 tahun ketika usianya baru menjejak 14 tahun. Setelah menyelesaikan pengajian di Makkah, beliau kemudiannya berangkat ke India untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Jamiah Al- Islamiah, Gujerat. Pada ketika itu, beliau berusia 22 tahun. Selepas pulang ke tanah air, empat tahun kemudian beliau pergi semula ke India untuk meneruskan pengajiannya di Universiti Darul Ulum Deoband selama setahun iaitu pada tahun 1938. [Nota: Universiti yg dimaksudkan ialah Madrasah kerana sistem yg digunakan bukan sistem universiti moden tetapi ala madrasah, pondok atau pasenteren dgn lebih bersistem seperti adanya peperiksaan dan graduation- ibnnawi]

Setelah menyelesaikan pengajiannya, beliau pulang semula ke tanahair. Matlamat utamanya ialah beramal, berbakti dan berkorban demi mencapai keredaan Allah. Untuk mencapai matlamatnya itu, ilmu wajib dikembangkan demi kesejahteraan umat seluruhnya. Langkah pertama ialah dengan mengasaskan sebuah pondok di kampung kelahirannya sendiri yang diberi nama Jamiah Diniah. Bersama-sama dengan beberapa ulama lain, beliau membuka sebuah lagi pondok di Kampung Raja, Besut iaitu Madrasah Nurul Ittifaq dan seterusnya membuka satu lagi pusat pengajian yang diberi nama Darul Adib Al-Khursani di Kuala Besut. 


Gerakan pendidikan dan dakwah Tuan Guru Haji Abbas ini melewati Besut hingga ke sempadan Bukit Yong di Kelantan dengan membuka beberapa buah pondok mulai 1945. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Terengganu dan mengasaskan pondok Tok Jiring hingga sekolah itu menjadi terkenal di Terengganu dan seluruh negara amnya.[1] Pondok ini diasaskan pada tahun 1953. Ia berkembang menjadi sebuah Sekolah Menengah Agama sehingga kerajaan negeri mengambil alih pentadbirannya pada tahun 1962. Pada tahun 1976, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih pentadbirannya dan dinaikkan taraf menjadi sebuah sekolah menengah agama yang termoden di Terengganu.[2]


Atas sumbangan dan jasanya yang tidak ternilai kepada anak bangsa itu, kerajaan Negeri Terengganu mengisytiharkannya sebagai Tokoh Ulama dalam Majlis Sambutan Ma'al Hijrah pada Tahun Hijrah 1409. Pada 17 April 1989, Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negeri Terengganu, Datuk Paduka Mahkota Terengganu, (DPMT) yang membawa gelaran Datuk kepadanya. Tuan Guru Haji Abbas juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Terengganu tahun 1990. Pada 16 Mei 1991, beliau sekali lagi dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Nasional. Dalam pentadbiran kerajaan negeri, beliau pernah dilantik sebagai senator selama 6 tahun oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada awal tahun 60-an.[3]

Tuan Guru Haji Abbas dikurniakan 15 orang anak. Antara anaknya yang meneruskan aktiviti dakwah menerusi sistem pondok ialah Abdul Aziz.


Salah seorang anak muridnya yang menjadi ulama besar pada masa ini ialah Menteri Besar Kelantan pada ketika ini iaitu Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat[4]. Tuan Guru Haji Nik Aziz menimba ilmu kepada Tuan Guru Haji Abbas di Madrasah Nurul Ittifaq di Besut. [5]


Salah seorang lagi pelajar tok guru Haji Abbas yang masih lagi aktif meneruskan segala perjuangan tok guru ialah Haji Lambak bin Ibrahim, yang juga merupakan menantu kepada Tok guru . Beliau telah menuntut ilmu dengan tok guru sejak remaja dan telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Deoband. Sekembali ke Malaysia beliau meneruskan pembelajaran dengan Tok guru sehingga Tok guru menghembuskan nafas terakhir. Hingga kini, beliau masih lagi aktif menghidupkan surau yang di bina oleh Tok guru sendiri, iaitu Surau Haji Abas di Tok Jiring dengan mengadakan kuliah tetap hampir setiap hari. Contohnya, kuliah subuh dan pengajian kitab.


Tuan Guru Haji Abbas berpulang kembali ke rahmatullah pada 1 Julai 1997. 


[1] Rujuk http://smkatj2010.blogspot.com/2008/04/pengasas-smka-tok-jiring-seorang-ulama.html. Dicapai pada 27 Jun 2009

[2]Rujuk http://rasmi.smkatokjiring.com/index.php?option=com_content&task=view&id=55&Itemid=57. Dicapai pada 27 Jun 2009
[3] Rujuk http://rasmi.smkatokjiring.com/index.php?option=com_content&task=view&id=55&Itemid=57. Dicapai pada 27 Jun 2009
[4] Lahir pada tahun 1931 di Pulau Melaka, Kelantan. Dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan pada 22 Oktober 1990.


[5] Rujuk biodata Menteri Besar di http://mbkelantan.disanasini.com/biodata/


Friday, June 28, 2013

Anekdot Ulama 52: Ustaz Abdul Qadir dan Kitabnya

Banyak perkara yang saya tidak mengetahui tentang orang yang saya mengenalinya. Al Marhum Ustaz Abdul Qadir Hasan antara individu yang saya kenali tetapi tidak banyak maklumat peribadinya saya tahu. Berasal dari Kelantan. Tinggal di Segambut. Beliau pernah belajar di Deoband. Dia adalah abang angkat Maulana Mohd Asri Darul Kauthar. Ustaz Abdul Qadirlah yang menjaga maulana ketika maulana dikirimkan oleh keluarganya untuk menghafal Al-Quran di Deoband. Waktu itu maulana masih kecil. 

Saya mengenali Ustaz Abdul Qadir setelah diperkenalkan oleh sahabat untuk proses mendapatkan visa ke India. Ustzlah yang menjadi perantara antara kami dengan kedutaan India di Kuala Lumpur. Yang saya tahu ustaz pernah bekerja dengan Pusat Islam sewaktu awal-awal penubuhannya. Selepas itu ustaz berhenti dan menjadi pendakwah bebas. Hampir semua pejabat mengenali ustaz kerana ustaz  mengajar di suaru-surau pejabat pada waktu tengahari. 

Saya tidak tahu bahawa Ustaz mempunyai kebolehan mengarang sehinggalah saya dihadiahkan oleh seorang pelajar Basooir, Nik Mohd Farid sebuah buku hadith karangan Ustaz. Nik antara orang yang banyak mengetahui tentang Ustaz kerana sempat berguru dengannya. Buku itu berkenaan ilmu Mustalah Hadith sebanyak 2 jilid. Buku bersaiz kecil. Jilid pertama 156 mukasurat manakala jilid kedua 160 mukasurat.  Dicetak dalam tulisan jawi oleh Pustaka Aman Press. Tidak diketahu bilakah ustaz menulis buku ini. Mungkin awal-awal tahun 70an kerana cetakan jilid pertamanya pada tahun 1975. Manakala cetakan pertama jilid kedua pada tahun 1985. Kemungkinan Ustaz menulis kitab ini sebelum ustaz sibuk dengan aktiviti mengajar di surau-surau dan di masjid-masjid. Seperti kitab-kitab mustalah yang lain ia hampir mencangkupi kesemua tajuk-tajuk asas yang penting dalam ilmu hadith iaitu tentang hadith Sahih, Hasan dan Dhaif.

Ustaz sudah tiada. Hanya kitabnya lah dapat berbicara. Semoga suatu hari nanti kitab ini diulang cetak agar ia tidak luput daripada pengetahui pembaca tentang khazanah-khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh mereka yang terdahulu dan mendatangkan pahala yang berterusan buat Ustaz.

 Kitab Ilmu Hadith Ustaz Abdul Qadir Jilid 1

 Kitab Ilmu Hadith Ustaz Abdul Qadir Jilid 2


Monday, March 25, 2013

Anekdot Ulama 51: Ustaz Dr Muhammad Uthman El Muhammadi


Saya mengkagumi Ustaz Uthman El Muhammadi semenjak kecil lagi. Iaitu ketika saya dalam tingkatan 1,2 dan 3. Saya mengkaguminya kerana mendengar tentang kehebatannya dalam bidang ilmu. Orang kata Ustaz banyak membaca. Ustaz  mahir berbahasa Inggeris. Ustaz rajin menuntut ilmu agama. Ustaz seorang yang humble. Hidup zuhud. Ustaz seorang pengarang. Banyak menulis buku. Ustaz seorang yang berpendirian. Tidak makan gaji kerajaan. Pada waktu itu saya suka berjubah. Malah pakaian saya selepas waktu sekolah ialah jubah. Bila saya melihat ustaz juga berjubah saya bertambah minat dengan insan yang bernama Ustaz Uthman El Muhammadi. Saya mengetahui ustaz tinggal di Tar Tujuh. Tempat itu tempat perkampungan tasawwuf. Yang herannya saya tidak pernah pergi ke Tar Tujuh sampai sekarang. Ustaz juga pernah mengajar di sekolah swasta Kadir Adabi. Kebetulan Kakak saya pernah belajar di situ. Kakak saya bilang Ustaz selalu dengan buku. Kalau tak silap waktu itu Ustaz sudahpun mula menaip terjemahan al Quran drp terjemahan Inggeris Yusuf Ali. Orang kata bahasa inggeris Yusuf Ali sungguh archaic hanya orang yang suka baca Shakespeare sahaja faham linguk bahasanya

Ustaz Muhammad Uthman El Muhammadi

Saya selalu melihat Ustaz di masjid Muhammadi Kota Bharu. Waktu solat berjemaah. Selepas solat saya melihat Ustaz duduk bersendirian. Mulut ustaz kumat kamit berzikir. Pakaian ustaz tidak berubah daripada dulu sampai sekarang. Berjubah jenis yang tebal dan berserban putih. Saya dengar ustaz suka baca magazine orang putih. Terpegun saya mendengarnya kerana saya tak tahu apa itu “magazine” yang berjenama spt Newsweek etc. Pegang suratkhabar Inggeris pun tak pernah mana nak baca majalah orang putih. Orang kata orang hebat saja yg baca magazine macam itu terutama di Kota Bharu sapalah yang nak baca majalah orang putih. Apa yang didengari memang nyata. Banyak kali saya tersempak dengan Ustaz di kedai majalah di bandar Kota Bharu. Dia membelek-belek dari satu majalah ke satu majalah. Saya hanya memandang. Hati kecil berkata kenapalah aku bodoh sangat tak reti “orang putih”.  Saya juga mendengar berita bahawa Ustaz tak suka budaya barat. Oleh itu anak-anak Ustaz tak pergi sekolah kerajaan. Saya tak tahu detail tentang persekolahan anak-anak ustaz. Cuma itu yang didengari pada waktu itu.

Kalau tak silap ketika Mufti Kelantan Haji Muhammad Nor meninggal dunia pada tahun 1987 saya menghadiri pengkebumiannya. Masatu saya terpandang lelaki berjubah yang turut sama hadir. Kalau tak silap dia adalah Ustaz Uthman El Muhammadi.

Bila saya meninggalkan Malaysia selama 15 tahun saya betul-betul tidak mengetahui apa yang sudah berlaku di tanah air.

Bila saya pulang  saya mendaftarkan diri di Universiti Islam Antarabnagsa untuk program Master dalam bidang Hadith. Kebetulan saya ada kawan di situ yang dahulunya pernah belajar di India. Kawan saya memberitahu anak Ustaz Uthman Muhammadi ada di UIA. Dulu anak ustaz itu belajar di Derang Kedah tempat ustaz Nikmat. Kawan saya itupun bekas pelajar di situ. Sebab itulah dia mengenalinya. Saya terperanjat juga bila mendengar anak ustaz masuk universiti, lebih-lebih lagi bila mendengar ustaz sudah kembali semula ke dunia akademi, dunia universiti.

Niat saya memang hendak menziarahi ustaz. Sayapun heran kenapa saya menangguh-nangguhkannya sedangkan anak Ustaz telah menjadi kawan isteri saya. Mereka berdua staff UIA dan sedang menyiapkan tesis PHD. Lepastu pulak kami duduk satu taman. Menziarahi satu sama lain. Anak ustaz tidak mengetahui saya sememangnya orang yang sentiasa mengikuti perkembangan ayahnya.

Suatu hari saya ke ISTAC lama di bukit Damansara. Ketika saya turun dari kereta saya melihat kelibat ustaz yang kebetulan hendak menaiki keretanya. Saya mengambil kesempatan untuk bersalam dengan Ustaz. Saya memberitahu Ustaz saya sedang buat tesis dalam bidang hadith. Ustaz memberi galakan. Usataz menaiki keretanya yang humble. Ustaz masih sama walaupun sudah bergelar Dr terhormat tetapi penampilan Ustaz masih sama, seolah-olah gelaran itu mereka yang bagi bukan Ustaz yang nak. Itulah kali pertama dan terakhir saya bercakap dengan Ustaz pada tahun 2007 atau 2008.

Ustaz menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 25/3/2013. Semalam saya menziarahi Ustaz dalam keadaan Ustaz terbujur tidak bergerak. Mata saya memandang di sekeliling rumah. Saya dapati ianya penuh dengar rak-rak buku. Ustaz pergi dengan mengabadikan diri kepada ilmu sehingga di saat terakhir. Malah walaupun sibuk, di saat akhir Ustaz dikatakan dalam rangka untuk menyemak tesis PHD anaknya yang telahpun dihantar kepadanya sebanyak dua chapter untuk disemak. Tesis di bawah seliaan Prof Kamal Hasan.

Bagi saya Ustaz  adalah guru saya. Banyak perkara yang saya pelajari dari peribadi insan yang bernama Ustaz Uthman El Muhammadi terutama kecintaannya kepada ilmu dan budaya Islam. Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada Ustaz dan memberikan ganjaran yang tidak terhingga kepada jasanya. (Biodata ringkas http://traditionalislam.freeservers.com/BiodataRingkas_UstazUthman.htm)

Tuesday, March 19, 2013

Anekdot Ulama 50: Maulana Abdul Hayie Luknowi

Maulana Abdul Hayie Luknowi (1848-1886) atau Mahalli Faranghi seorang ulama hebat yang pernah dilahirkan oleh India suatu masa dahulu. Beliau mempunyai kekuatan ingatan yg luarbiasa. Beliau mengakui beliau byk mengingati peristiwa yg berlaku seawal usia beliau 5 tahun lagi. Malah beliau pernah mengingati satu pukulan yg ditimpa ke atas beliau ketika berusia 3 tahun. Maka tidak hairanlah beliau mampu menulis kitab-kitab yg muhaqqaq dalam pelbagai disiplin ilmu Islam spt akidah, hadith, usul fekah, fekah, faraid, raqaiq, tarikh, tarajim, sirah, mawalid, wafayat, mantik, hikmah, munadharah, nahu dan saraf dalam usia yang masih muda.  Karier penulisan beliau bermula pada usia 12 tahun. Khazanah tulisan beliau mencecah hingga 120 buah buku yang kesemuanya berkualiti ilmiyah yg tinggi. Beliau hidup di zaman lahirnya ulama-ulama yang hebat di India yang membantu menajamkan minda beliau dan mengaktifkan beliau menulis, membuat kajian dan tahkik terhadap sesuatu perkara. Antara tokoh ulama sezaman yang bertentangan dengan beliau dalam isu-isu agama ialah Maulana Siddik Hasan Qanuji (1831-1890), seorang ulama aliran ahli hadith, Muhadth Bashirudin Sahsawani, Abdul Haq Khairabadi,  Ahmad Ali Ahrari dan Muhammad Husein Bathlawi.
Muwatta Imam Malik riwayat Imam Muhammad Syaibani 
dgn Hashiyah oleh Allamah Abdul Hayy Lucknowi

Beliau  ditimpa penyakit cirit beret dan masalah penghazaman yang serius. Doktor hampir berputus asa untuk merawat penyakit beliau itu. Kali pertama ia berjaya disembuhkan oleh seorang doktor bermazhab syiah. Penyakit ini menimpa beliau sebanyak 3 kali. Kali yang ketiga ialah yang membawa kepada kematiannya.

Bacaan lanjut:
http://zakariyya.wordpress.com/2009/07/24/allamah-anwar-shah-kashmiri-on-allamah-abd-al-hayy-lucknowi-may-allah-shower-his-mercy-upon-them/

http://ulamadeoband.wordpress.com/2013/03/01/allamah-abd-al-hayy-al-lakhnawi/

Saturday, January 19, 2013

Anekdot Ulama 49: Gambar-Gambar Maulana





Maulana Anwar Shah Kashmiri, taqrir syarah Bukhari Fadhl al Bari, muhadith kebanggaan Darul Uloom Deoband. Tak tahu sejauh mana kebenaran photo ini.


Maulana Ashraf Ali Thanawi, ulama paling masyhur di benua kecil India. 
Inilah gambar yg melata di kedai2 gambar Deoband.


Maulana Ghulamullah Khan, mufasir Quran Pakistan. Silsilah mereka yang belajar daurah Tafsir spt maulana abdul hadi dlm basooir





Maulana Hamidudin Farahi (1863–1930 , pengasas Darul Musannifin Shibli Academy, seorang yang masyhur dalam bidang tafsir terutama menyentuh bab coherence. Peminat setia ilmunya ialah Prof. Israr UIA. 

Maulana Anzar Shah Kashmiri, anak Maulana Anwar Shah Kasmiri, orang yang pernah saya pertemukan Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan Dr Sayuthi dengannya semasa melawat Darul uloom Deoband semasa zaman pelajar mereka sebagai calon PHD di uia.




Maulana Husen Ahmad Madani sezaman dengan Maulana Anwar Shah Kashmiri, muhadith yang agak lama mengajar di Darul Uloom Deoband. kebanyakan pelajar Malaysia zaman dahulu sempat belajar dengannya termasuklah TGNA Menteri besar Kelantan.

Maulana Asad Madani  anak kpd maulana Husein Ahmad Madani. Seorg politikus yg banyak menghabiskan masa mempertahankan kebajikan umat Islam di India. Semasa hayatnya  dan sepanjang pengajian saya di sana  beliau menjadi penaung kpd Darul Uloom deoband dan Jamiat Ulama Hind. Meninggal dunia  6 Feb 2006 dalam usia 78 tahun. 


Maulana Marghuburahman, guru besar Darul Uloom daripada awal pengajian saya sehinggalah saya tamat belajar 15 tahun. Meninggal 8 Dec 2010 dalam usia 96 tahun.


Maulana Nasir Ahmad Khan, guru Bukhari saya, orang yang pernah saya pertemukan Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan Dr Sayuthi dengannya semasa melawat Darul Uloom Deoband semasa zaman pelajar mereka sebagai calon PHD di uia. Meninggal pd 4 Feb 2010 pada usia 92 tahun.


Mufti Zafirudin Miftahi, salah seorang mufti Darul Uloom semasa saya berada di sana. Beliau bertangungjawab mengumpulkan fatwa Darul Uloom Deoband dalam bentuk kitab fatwa. Beliau meninggal pada 31 march 2011.

Maulana Nikmatullah Azami, guru Abu Daud dan tafsir Baidhawi saya


Maulana Qari Usman Mansupuri, guru saya mengajar kitab Muwatta Malik


Maulana Muhammad Salim Qasimi anak guru besar Darul Uloom yg paling lama dan terkenal Maulana Qari Tayyib, juga orang yang pernah saya pertemukan Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan Dr Sayuthi dengannya semasa melawat Darul uloom Deoband semasa zaman pelajar mereka sebagai calon PHD di uia.



Maulana Khurshid Alam Sheikhul Hadith Darul uloom Deoband wakaf. Meninggal pada 7/2/2012 dlm usia antara 78-80. Saya saban hari melihatnya berulang aling mengajar di Darul Uloom Waqaf drp zaman di masjid Jamek hinggalah bangunan baru di Eid Gah. Beliau adalah rakan seangkatan dengan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa belajar di deoband dahulu dan guru kepada Ustz Nik Muhammad Abduh.

Maulana Salman An Nadwi seorang yang fasih bertutur dan berpidato dalam bahasa Arab, guru di Darul Uloom Nadwatul Ulama. Emaknya adalah sepupu kepada Maulana Abul hasan Ali An Nadawi, tokoh pemikir Islam yang tidak asing



Maulana Syabbir Ahmad Usmani, pengarang kitab syarah hadith Muslim, Fath Al Mulhim




Maulana Taqi Usmani pengarang kitab syarah hadith Muslim, Takmilah Fath Al Mulhim, tesis yang sedang ditulis oleh isteri saya Zunaidah Marzuki. Kami pernah bertemu di Kuala Lumpur disebuah  apartmen milik orang Pakistan ketika Sheikh dtg menghadiri seminar keewangan Islam.



Maulana Muhammad Yunus Jaunpuri Mazahiri Saharanpuri, muhadith India terkini, orang yang pernah saya pertemukan Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan Dr Sayuthi dengannya semasa melawat Mazahir uloom Saharanpur semasa zaman pelajar mereka sebagai calon PHD di uia.

maulana Zakariya Kandahlawi yang banyak mengarang kitab hadith



Maulana Mufti Syafi` pengarang tafsir Maariful Quran ayahanda Maulana Taqi Usmani pengarang syarah hadith Takmilah Fath Al Mulhim, syarah Muslim.


Maulana Abdul Khaliq Madrasi guru kitab Syamail Tirmizi atau Shamail Muhammadiah saya




Maulana Riyasat Ali Bijnori duduk, tiga dari kiri adalah guru kitab Ibnu Majah saya.

Maulana Umbaidillah Sindhi, pejuang kemerdekaan India, guru kepada pelajar Malaysia yang dikatakan membawa aliran Shah Waliyullah Dehlawi di Kelantan suatu ketika dahulu (kaum muda).http://basooir.com/


Maulana Shibli Nu`mani


Maulana Syed Sulaiman Nadwi (tengah)
Maulana Syed Sulaiman Nadwi



Mufti Hilalurahman berkopiah putih duduk pertama dalam gambar adalah
cucu kpd Mufti Azizurahman, mufti pertama Darul uloom. Beliau menjadi mufti di Punjab India. Saya kerap berjumpa dengannya kerana rumah sewa saya duduk kepunyaan keluarganya.

Pertama dari kiri Maulana Mufti  Abul Qasim Nu`mani ahli lembaga syura Darul uloom ketika saya berada di sana. Kini menjadi rektor Darul Uloom. Hujung sekali berkaca mata Maulana Mufti Salman cucu kepada Maulana Husein Ahmad Madani. Pernah mengajar di Darul Uloom ketika saya belajar di sana. Kemudian mengajar di madrasah Sahi Muradabad.

Maulana Naem, bekas Sheikhul Hadith Darul Uloom Waqf. Guru yang sangat baik 
hubungannya dengan pelajar Malaysia. Meninggal di Chicago 23 Ogos 2007 dlm usia 92 tahun.
 Almarhum disemadikan di Chicago.