Tuesday, June 16, 2009

Anak Kedua Pra Matang

Anak saya yang kedua Zuhair dilahirkan awal daripada yang dijangkakan. Pada tanggal 18/5/2009, dua bulan daripada tarikh yang sebenar, Zuhair melihat dunia dengan serba kekurangan. Dia dilahirkan secara pembedahan. Selepas itu Zuhair ditahan bersama bayi-bayi lain kerana beratnya hanya 1.23kg. Setiap hari saya perlu menjenguk Zuhair, melihat prestasi kesihatannya, juga menghantar susu perahan ibunya. Alhamdulillah berat Zuhair semakin bertambah walaupun kadang-kadang dia dipuasakan kerana gangguan usus. Kelahiran Zuhair secara tiba-tiba begitu banyak mengingatkan saya kepada Allah SWT. Banyak hikmah yang saya rasai ingin Allah SWT mengajar saya dengan kelahiran ini. Yang pasti kesabaran kita akan bertambah kerana terpaksa berulang-alik ke hospital.


Zuhair Di NICU Hosp.Selayang

Sunday, February 1, 2009

Kembara Deoband 1 - Balik Kampung

Hampir empat tahun saya meninggalkan India. Hati sentiasa merindui untuk kembali semula ke madrasah. Madrasah telah banyak menyumbang dalam mengubahi kehidupan saya. Hati sentiasa terkenang untuk menjengok Darul Uloom. Rasanya tidak mungkin lagi boleh ke sana kerana tidak banyak alasan yg menyokong utk membolehkannya Tiba-tiba Allah memakbulkan doa. Pada 24 Jan 2009 baru-baruni saya diberi peluang oleh Allah memijak sekali lagi madrasah tempat saya menimba ilmu agama selama kurang - lebih 15 tahun.

Syarif, Bayya Tauhid dan Syakir Di Rumah Tetamu

Sesampainya di Deoband saya amat terkejut kerana diraikan seolah-olah saya anak penghulu di situ...berkelana dan pulang bercuti agaknya.."Ada yg menegur bila bertemu....Bila sampai?"...."Lama tak nampak, ke mana?....."Datanglah kerumah?.....itulah antara suara yang didengari sampai ke telinga sesampainya saya di kampung Deoband. "Anta macam balik kampunglah ustaz!, ana pun tumpang bangga bersama anta" sampuk Dr Faisal. Sebenarnya misi kami ke sana ialah untuk menjejak maklumat tentang anak-anak Melayu yang pernah belajar ilmu hadis di madrasah-madrasah di utara India.

Monday, October 1, 2007

Pengajian Tirmizi 9

بَاب ما جاء في فَضْلِ الطُّهُورِ
حدثنا إسحاق بن مُوسَى الْأَنْصَارِيُّ حدثنا مَعْنُ بن عِيسَى الْقَزَّازُ حدثنا مَالِكُ بن أَنَسٍ ح وحدثنا قُتَيْبَةُ عن مَالِكٍ عن سُهَيْلِ بن أبي صَالِحٍ عن
أبيه عن أبي هُرَيْرَةَ قال قال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إذا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ أو الْمُؤْمِنُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ خَرَجَتْ من وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ نَظَرَ إِلَيْهَا بِعَيْنَيْهِ مع الْمَاءِ أو مع آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ أو نحو هذا وإذا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَتْ من يَدَيْهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مع الْمَاءِ أو مع آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ حتى يَخْرُجَ نَقِيًّا من الذُّنُوبِ قال أبو عِيسَى هذا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وهو حَدِيثُ مَالِكٍ عن سُهَيْلٍ عن أبيه عن أبي هُرَيْرَةَ وأبو صَالِحٍ وَالِدُ سُهَيْلٍ هو أبو صَالِحٍ السَّمَّانُ وَاسْمُهُ ذَكْوَانُ وأبو هُرَيْرَةَ اخْتُلِفَ في اسْمِهِ فَقَالُوا عبد شَمْسٍ وَقَالُوا عبد اللَّهِ بن عَمْرٍو وَهَكَذَا قال محمد بن إسماعيل وهو الْأَصَحُّ قال أبو عِيسَى وفي الْبَاب عن عُثْمَانَ بن عَفَّانَ وَثَوْبَانَ وَالصُّنَابِحِيِّ وَعَمْرِو بن عَبَسَةَ وَسَلْمَانَ وَعَبْدِ اللَّهِ بن عَمْرٍو

Pengajian Tirmizi 8

Di akhir hadis ini juga Imam Tirmizi menyebut [وفي الباب ]. Perlu diingatkan bahawa di antara metodologi Imam Tirmizi di dalam penulisan kitab Jami` Tirmizi beliau ini adalah beliau hanya mengemukakan satu hadis sahaja bagi satu bab hadis yang hendak dibincangkan. Misalnya dalam bab "Solat tidak akan diterima tanpa tuhur" ini beliau hanya mendatangkan hanya riwayat dari Ibn Umar sahaja. Manakala hadis-hadis lain daripada sahabat yang lain, yang menyentuh persoalan yang sama, tidak disebut oleh beliau malah beliau hanya menulis
[وفي الباب ] sebagai tanda kepada wujudnya hadis-hadis lain selain dari hadis ini.
Menurut Hafiz Zainuddin Iraqi matan hadis daripada riwayat sahabat-sahabat yang disebut oleh Imam Tirmizi tidak semestinya sama dengan matan yang disebut oleh Imam Tirmizi. Malah, matan mungkin berbeza akan tetapi konteks dan kandungannya adalah sama. Dengan kata lain lafaznya tidak sama tetapi isinya masih sama.

Pengajian Tirmizi 7

Di akhir hadis ini Imam Tirmizi menyebut [ هذا الحديث أصح شيء في هذا الباب ] yang bermaksud "Hadis ini adalah yang paling sahih di dalam bab menyentuh permasalah solat tidak diterima tanpa tuhur". Biasanya Imam Tirmizi menggunakan lafaz ini untuk hadis-hadis yang mempunyai banyak periwayatan. Maksudnya, di dalam banyak-banyak periwayatan sanad inilah sanad yang paling bagus kedudukannya. Tetapi ia tidak bermakna hadis itu adalah hadis sahih atau hasan. Malah kadang-kadang hadis itu daif kedudukannya tetapi sanadnya paling terbaik di kalangan hadis-hadis daif di dalam bab yang dibincangkan. Oleh kerana tidak ada sanad yang lebih baik daripada sanad hadis ini maka ia dikatakan [أصح ] atau [أحسن]. Walaubagaimanapun, hadis yang dikemukakan oleh Imam Tirmizi ini sememangnya hadis sahih.

Tuesday, September 25, 2007

Pengajian Tirmizi 6

ولا صدقة من غلول (ghulul) adlah masdar yang bermakna pengkhianatan terhadap harta rampasan perang. Kemudian digunakan untuk semua jenis pengkhinatan. Setengah ulama mengatakan makna ghulul dalam hadis ini ialah setiap pendapatan yang diperolehi dengan jalan yang haram. Oleh itu hadis akan bermakna "Sedekah tidak akan diterima dengan hasil pendapatan yang haram".

Saturday, September 1, 2007

Pengajian Tirmizi 5

Hadis menyebut [لا تقبل ] yang bermaksud "tidak akan diterima". Soalnya apakah maksud "terima" atau "qabul [قبول ]" disini. Ia mungkin bermakna [قبول الإصابة ] dan mungkin juga bermakna [قبول الإجابة ]. Qabul Isabah sinonim dengan makna "sah". "Tidak diterima" ertinya "tidak sah". Manakala Qabul Ijabah bererti "tidak diterima pahala" walaupun perbuatan tetap sah.
Ulama berselisih pendapat untuk menentukan manakah qabul yang hakiki dan manakah qabul yang majazi di antara kedua-dua qabul tersebut. Ibnu hajar Asqalani berpendapat qabul Ijabah adalah hakiki manakala Isabah adalah majazi. Sebaliknya, Maulana Shabbir Ahmad Usmani pengarang kitab syarah Muslim yang berjodol "Fathul Mulhim" berpendapat Qabul Isabah adalah hakiki manakala yang majazinya adalah Qabul Ijabah. Soalnya apakah makna qabul yang sesuai dipakai untuk hadis riwayat Tirmizi in?