Hampir dua kilometer daripada railway station barulah ada perumahan. Itupun rumah kedai di mana bermulanya bazar Deoband. Deretan kedai yang pertama ditempuhi jika menaiki beca dari railway station ialah deretan rumah kedai orang2 Islam. Deretannya agak panjang juga. Kemudian beransur-ansur memasuki area rumah kedai milik orang Hindu. Deretan kedai orang Hindu ini berterusan sehinggalah ke main bazar. Kemudian terus bersambung sampailah ke sebuah mandir (Hindu Temple) bersebelahan dengan klinik Dr N.C Jain, seorang Dr yang sudah lanjut usianya. Kliniknya juga ditulis klinik berkelulusan MBBS. Berhadapan dengan klinik Dr. N.C Jain ialah kedai gas sikh bhai anak beranak. Mereka semua sihat-sihat dan gemuk-gemuk. Komuniti Sikh tak banyak di Deoband. Kedai mereka keci sahaja tetapi penuh dengan tong-tong gas dan stove. Gas ini bukan digunakan utk memasak tetapi utk letrik di waktu malam. Utk memasak guna dapur stove yg pakai minyak benzen. Kedai gas sikh bhai dan mandir menjadi alamat atau tanda pemisah antara kawasan Islam dan Hindu yang menghala ke Darul Uloom. Tetapi di sebelah barat bazar Deoband majoriti masyarakatnya ialah org Islam juga. Manakala di sebelah timur kepadatannya milik masyarakat Hindu.
Berkenaan dengan bilangan populasi masyarakat Deoband pula mengikut buku Mustanad Tarikh Deoband oleh Salim Ahmad Deobandi tiada sebarang catatan ditemui tentang bilangan penduduk Deoband sebelum tahun 1868. Tahun 1868 bilangan penduduk Deoband ialah 14,721. Tahun 1901 bertambah kepada 20,167 di mana lebih separuhnya adalah penduduk Islam iaitu 11,825 manakala non muslim 8,342. Tahun 1951 bilangan penduduk Deoband semakin bertambah kepada seramai 25,872 orang di mana jumlah org Islam ialah 15,432 dan org Hindu 10,438.
Mengikut catatan oleh Deoband Municipal Board tahun 2003 bilangan penduduk Deoband ialah 86,400. Namun bilangan yang tidak rasmi sudah mencecah seratus sepuluh ribu orang. Mengikut catatan demografik wikipedia tahun 2008 pula bilangan penduduk Deoband mencecah seramai 161,706 orang dgn 65% nya orang Islam dan 35% org bukan Islam.
Faktor utama kepesatan penduduk ini sudah tentulah kerana kewujudan Darul Uloom yang menjadi sebab kenapa ramai orang berkunjung ke Deoband dan akhirnya menjadikannya sebagai tempat tinggal mereka yg tetap. Kerana Darul Uloom juga jadual keretapi berhenti di Deoband menjadi semakin kerap. Kalau dahulu keretapi ekspres seperti Shatabdi expres tidak berhenti di Deoband tetapi lama kelamaan terpaksa berhenti walaupun sekejap. Keretapi ekspress ke Delhi yang biasa berhenti hanyalah Shalimar Ekspress dari Jamu Tawi dan Chatisgarh Ekspres. Sekarang dah ada banyak. Ujjain Eksp, Utaranchal Eksp, DDN Eksp etc. Kalau dahulu untuk ke Lucknow terpaksa naik keretapi ke Meerut dahulu. Di station Meerut itu kita akan berkejar-kejar utk tengok senarai reservation yang dipaparkan oleh pihak keretapi. Reservation itu utk sleeper class kerana mesti bermalam utk sampai ke Lucknow. Senarainya banyak. Perlu cari sendiri dalam lautan manusia yg ramai itu. Yg paling teruk ialah mereka berebut, berasak-asakan dan berterak-terakan utk melihat nama masing2. Itu kira yang dah educated belaka kerana sleeper class mahal hanya org yg berada sj yg mampu naik. Dari Meerut Nauchandi akan membawa kita ke Lucknow. Tetapi lama kelamaan penumpang boleh naik direct dari Deoband. Pendek kata kemajuan Deoband adalah berkat madrasah Darul Uloom.


