Sunday, November 20, 2011

Kembara Deoband 42: Dr.Alexander Takacs

Saya dan Roselan (kini menjadi guru di sekolah Al Amin Kertih, Tg) sedang menunggu keretapi untuk pulang ke Deoband. Kami datang ke New Delhi atas urusan yg tertentu. Tiba-tiba kami dihampiri oleh seorang tua, berumur dalam lingkungan 50an. Dia bertanya saya kamu hendak ke mana. Saya menjawab "ke Deoband". Dia bertanya lagi adakah Deoband berdekatan dengan Muzaffar Nagar kerana dia mahu pergi ke sana. Saya memberitahunya Deoband dekat sahaja dengan Muzaffar Nagar. Hanya setengah jam. Selepas stesen Muzaffar Nagar keretapi akan berhenti terus di stesen Deoband. "Kalau begitu boleh tak aku tumpang kamu", katanya. "Aku seorang diri sahaja. Elok kiranya kalau ada teman", dia menambah. Saya dengan senang hati bersetuju dengan cadangan beliau itu.

Bila keretapi datang saya naik dahulu berebut-rebut dgn org ramai untuk mencari tempat duduk. Kalau tak berbuat begitu kami akan berdiri sahaja selama empat jam perjalanan. Hanya ada gerabak utk second class utk ke Deoband. Itupun tiada seat tetap. Nasiblah kalau dapat tempat duduk. Sementara menunggu Roselan dan teman seperjalanan itu tiba saya memberitahu passenger lain bahawa dua tempat ini sudahpun ada org yang punya. Orang tua itu sebenarnya seorang Amerika yg mempunyai ijazah PHD dlm bidang Fizik. Dia mempunyai sebuah syarikat iaitu P-X Engineering yg menawarkan khidmat sebagai electoronic consultants, suppliers & designers. Syarikatnya beribu pejabat di California. Dia mengucapkan terima kasih kpd kami kerana berusaha mendapatkan tempat duduk utknya.

Keretapi mula bergerak. Penumpang penuh sesak. Ada yg mendpt tempat duduk ada yg berdiri. Cuaca pula panas membahang. Kipas dlm keretapi tidak membawa apa-apa makna kecuali meniupkan udara panas ke tubuh kami. Dr Alexander Taxacs mula bersuara menyatakan tentang tidak senangnya dia dgn gelagat penumpang keretapi yg tidak berdisplin, tamak dan pentingkan diri. "They are like monkeys" keluar dari mulutnya kata-kata mengambarkan betapa marahnya dia dengan sikap penumpang2.

Dr Alexander memperkenalkan dirinya. Dia selalu dtg ke India kerana urusan bisines dan akedemik. Antaranya menyampaikan syarahan akademik di kolej di Muzaffar Nagar. Kami duduk berdekatan dgn tingkap. Pemandangan di luar jelas kelihatan. Tiang-tiang elektrik pencakar langit kelihatan megah berdiri di sepanjang perjalanan kami. Dr Alexander mula berceramah menunjukkan keahliannya dlm bidang yg diceburinya:"kamu tahu tak berapa kuasa elektrik yg dibekalkan oleh tiang2 elektrik yg besar-besar itu?". Kemudian kami melompat dari satu cerita kpd satu cerita yg lain. Kebetulan Dr orangnya byk cakap.

Saya bertanya ttg keluarganya. Dahinya mengerut. Bahu diangkat sebagai isyarat bahawa tidak ada berita yg menarik ttg keluarganya. Dia bercerai dgn isterinya. Kata beliau lebih baik hidup seorang diri. Kawin tak penting. Kalau kita suka dgn perempuan itu dan dia sukakan kita, kita boleh sj tinggal dgn dia seberapa lama yg kita suka. Tak perlu ada sebarang ikatan formal. Dari penjelasannya itu tahulah kami bahawa Dr seorang ahli sains yg ateis. Kami mula berbincang pasal agama. Adakah agama penting atau tidak. Apa yg menarik ttg Dr Alexander ialah ttg cara dia berhujah. Dia tidak menunjukkan bahawa dia mahu menang dlm berdebat. Dia meninggalkan noktah-noktah penting supaya kita berfikir. Dia selalu senyum dan sentiasa menyatakan kata-kata positif seperti your opinion is good, you are right but for me.... Dia tidak mencelah ketika kita berbicara. Dia membiarkan kita mengemukakan pandangan kita sampai habis barulah dia bercakap. Sampai di Muzaffar Nagar Dr meminta izin dari kami untuk berpisah. Dia melambaikan tangannya tanda selamat tinggal. Keretapi meninggalkan stesen Muzaffar Nagar . dan sekali gus meninggalkan Dr Alexander tetapi ingatan saya kepada lagat dan akhlak beliau ketika berbicara semacam sudah kuat terpahat dalam sanubari. Sampai di deoband saya masih memperkatakan ttgnya dengan Roselan. Sampai hari ini ingatan saya kpd Dr Alexander tidak padam-padam. Saya mendoakan bahawa suatu hari dia menemui jalan yang benar...tetapi adakah Dr masih hayat... Walaupun saya selalu mengingati beliau tetapi saya belum menunaikan wasiat beliau agar membaca dua buah buku penting mengikut pandangannya iaitu Language, Truth and Logic by Jules Ayer dan Perfect Symmetry yg dia tak berapa ingat ttg nama penulisnya...kalau tak silap katanya Henz Page. Apakah selepas ini saya akan mula mencari buku tersebut... [Saya menjeguk OPAC UIA, saya dapati kedua-dua buku tersebut ada di rak UIA, yg Jules Ayer itu betul tajuknya. Yang satu lagi itu tajuk penuhnya ialah: Perfect Symmetry: the search for the beginning of time by Pagels, Henz R. Tapi tak tahu bila nak pinjam dan baca]

Saturday, November 5, 2011

Tidak Sangka Korban Dia Punya

Kerana tidak menjadi imam setelah solat isyak di surau saya berundur ke belakang untuk mengerjakan solat sunat dan juga witir. Setelah memberi salam kedengaran bunyi bising di luar. Bunyi lori. Ramai jemaah keluar melihat. Kebetulan mereka juga hendak pulang ke rumah. Lori itu datang penuh dengan kambing Saya ingat ada peruntukan dari wakil rakyat mana atau dari kerajaan negeri atau orang kaya mana. Dalam banyak-banyak kambing itu hanya satu sahaja yang diturunkan. Hanya AJK surau yang mengendalikan korban sahaja yang mengetahui kambing itu dari siapa dan untuk tujuan apa. Yang lain cuba meneka.

Kebetulan di sebelah saya Man Soya, salah seorang ajk surau yang mengendalikan majlis korban di surau. Saya bertanya beliau kambing untuk siapa. Jawab beliau, "Ustaz kenal tak ada seorang lelaki yang pagi-pagi menyorong kereta tolak untuk mengutip sampah di tepi-tepi jalan dan di kawasan perumahan". "Ya Ustaz kenal", sampuk saya. Sambung Man Soya, "Dialah yang mintak saya belikan untuknya seekor kambing untuk korban". Mengikut Man Soya tahun lepaspun dia berkorban seekor kambing juga di surau apartment Julia, yangb berdekatan dengan surau kami.

Ada sahabat yang mendengar perbualan kami meluahkan perasaan malu tidak terhingga kepada sikap orang yang tidak dipandang oleh masyarakat itu mengingati syiar agama yang maha penting. Berapa ramai orang yang mampu dari segi keewangan tetapi amat berkira untuk berkorban. Atau tidak pernah merancang untuk berkoraban. Barangkali hampir tiada alasan utk kita tidak melakukan ibadat korban kalaulah tak cukup budget dijadikan alasan. Andaikan kita mengumpulkan seringgit sehari. Maka satu tahun kita mampu mengumpulkan 360 ringgit. Ini bermakna paling kurang kita dah dapat peluang utk berkorban satu bahagian.

Friday, October 14, 2011

Kembara Deoband 41: Sebuah Masjid Di Stesen Keretapi N. Delhi

Stesen keretapi New Delhi mempunyai dua pintu masu yang besar. Satu dari arah Ajmeri Gate. Satu lagi dari Arah Kashmiri Gate. Bahagian Ajmeri Gate untuk mereka yang dtg dari kawasan Masjid Jamek. Manakala Kashmiri Gate pula menghampiri kawasan Cannought Place, kawasan membeli belah golongan kelas atasan. Keretapi ke Deoband biasanya berada di Platform no 2 dan 3. Biasanya kami datang lebih awal kerana terpaksa berbaris panjang untuk membeli tiket pulang ke Deoband. Sementara menunggu keretapi kami berehat di platform sahaja. Jika waktu solat sudah masuk sebelum keretapi bertolak kami akan bersolat di sebuah masjid yang terletak betul-betul di atas platform no 2. Ia berada betul-betul di bawah jejantas yg menghubungkan antara platform2. Selepas kedudukan masjid tiada lagi binaan paltform, hanya landasan keretapi memanjang meninggalkan New Delhi. Manakala di kiri kanan masjid ialah landasan keretapi yg dikongsi oleh platform 1, 2 dan 3. Jika kita bersolat dan waktu itu kebetulan keretapi sedang bergerak melalui platform maka masjid akan bergegar, begitu juga dengan jemaah kerana terlalu hampirnya masjid dgn landasan. Masjidnya kecil sahaja. Kalau kebetulan hari itu jemaahnya ramai, kita terpaksa menunggu giliran. Saya tidak pernah bertanya ttg sejarah masjid itu. Bagaimana ia boleh berada di tengah-tengah lautan manusia yg ramai itu. Ada berbelas2 platform. Tiada satupun mandir atau kuil Hindu. Tetapi sebaliknya masjid org Islam mendapat penghormatan.

Masjid itu dipenuhi oleh jemaah berbaju merah pd waktu solat. Kebanyakan mereka yg berbaju merah dgn uniformnya yg khusus di railway station adalah org Islam. Mereka bekerja sebagai pengangkut barang2 penumpang dari keretapi atau ke dlm keretapi. Mereka memiliki lesen dari pihak pengurusan Railway. Badan mereka kuat walaupun ada yg tubuhnya kecil. Mereka boleh membawa berkilo-kilo barang seorang diri. Tangan kanan dan tangan kiri memegang beg. Kepala mereka juga diisi dengan beg2 yang besar. Mereka menjunjungnya dgn cara mengimbang melalui arus manusia yang dtg dr berbagai arah. Kepala mereka bagaikan ada spring.

Masjid itu tempat mereka berehat dan berbincang2. Dan yg paling penting tempat mereka bersolat dan beribadat. Ada seorang tua yg disegani dikalangan mereka. Dia berjanggut putih. Dialah yg menjadi Imam solat waktu. Dialah yg menjadi Imam solat Jumaat. Di akhir-akhir pengajian saya di sana pakcik itu tidak lagi bekerja mengangkut barang2. Mungkin rakan-rakannya mengesyorkan dia berehat dan menjaga masjid sepenuh masa. Saya sangat2 terkilan kerana tidak pernah mengambil kesempatan utk berbual pjg dengan pakcik itu. Sudah tentu dia memiliki khazanah pengalaman yg begitu banyak mengenai masjid itu. Sudah tentu mereka berputih mata mempertahankan kewujudan masjid itu dari tangan2 yg cuba merampas atau mengalihkannya ke kawasan lain. Saya percaya masjid itu sudah lama berada di situ Iaitu sebelum perluasan stesen keretapi New Delhi. Masjid itu sudah tentu di bawah kuasa peruntukan status quo monumen ibadah. Tetapi jika diabaikan kerajaan boleh sj meruntuhkannya kerana terletak di kawasan yg boleh dijadikan alasan kukuh samada diruntuhkan atau dipindahkan.

Saya begitu terharu dengan dedikasi pekerja-pekerja yang dipanggil sebagai coolie itu menghidupkan masjid yg serba kekurangan itu. Walaupun mereka sentiasa bermandikan peluh tetapi mereka tetap mengingati Tuhan mereka.

Coolie sdg mengangkut brg2 di platform no 2

Monday, October 10, 2011

Allah Pemudahkan Kesempitan Syarif

Sebelum saya ke Langkawi saya melihat banyak missed call pada skrin telepon bimbit saya dtg daripada Syarif Bhai. Sebelum saya berangkat sekali lagi saya menerima panggilan daripada Syarif. Kata Syarif dia telah menghubungi seorang sahabat menceritakan tentang dinding rumahnya runtuh kerana hujan lebat. Selepas itu dia cuba menghubungi saya pula. Saya tidak sempat sembang lama dengan Syarif kerana terpaksa bergegas utk ke Langkawi. Saya tidak bertanya panjang tentang keseriusan runtuhan itu. Kebetulan Syarif tidak memberitahu bahawa dia perlukan bantuan. Di Langkawi saya menerima sms dr seorg sahabat bertanya samada saya menerima panggilan drp Syarif. Saya berkata ada, tetapi saya tidak mengetahui cerita sebenar tentangnya secara detail. Sekembali ke KL saya menelepon Syarif mohon penjelasan drp dia ttg apa yg sudah berlaku. Dia berkata bangunan rumahnya roboh teruk terutama bahagian dinding yg diperbuat drp tanah liat. Pada waktu malam banyak binatang masuk dan anak2pun tidak boleh tidur.

Saya bertanya adakah sudah dibaiki atau belum. Kata Syarif belum kerana tidak ada duit. Saya bertanya lagi apakah dia menghubungi kawan-kawan bekas pelajar Deoband yg tinggal di luar negara. Jawab Syarif ada. Berapa kos untuk membaiki kerosakan itu, tanya saya. Jawab Syarif lebih kurang dua puluh ribu rupee mengikut andaian tukang. Mulai dari saat itu saya sentiasa berfikir macam mana hendak membantu Syarif. Ustaz macam saya yg tidak makan gaji dgn mana2 institusi ini sudah tentu tidak mampu untuk menghulurkan wang sebanyak itu sekelip mata. Seminggu selepas itu saya menelepon Syarif bertanya khabar ttg rumahnya. Menurut beliau belum ada bantuan drp mana2 pihak. Sementara itu saya baru memperolehi 50 ringgit hasil sumbangan kawan-kawan di tempat saya mengajar. Syarif menelepon saya semula bertanya ttg bantuan. Saya memberitahu Syarif saya akan menghantar duit kpdnya seberapa yg dpt saya kumpulkan pada hari Isnin 10/10/2011. Pada hari Sabtu, duit yg terkumpul tiga ratus ringgit. Pada hari Ahad saya menelepon Syarif lagi utk bertanya kalau-kalau dia sudah menerima sumbangan drp sesiapa. Katanya ada, drp Afzal Afrika yg pernah belajar di Deoband. Dia tinggal di South Afrika. Dia mengirimkan sepuluh ribu rupee kpd Syarif. Hati saya terasa lega. Alhamdulillah. Pada hari Isnin saya mengira bantuan yg diberikan oleh sahabat2 untuk Syarif. Saya macam tidak percaya kerana ia mencecah sepuluh ribu rupee lebih (Rm 700). Bermakna keperluan utk membaiki rumah Syarif mencapai angka minima yg beliau perlukan.

Saya masih ingat Afzal Afriki. Sememangnya dia seorg yg lembut hati dan pemurah. Ketika saya setahun dua di Deoband waktu itu Afzal sudahpun mahu pulang ke South Afrika kerana tamat belajar. Setelah sekian lama pulang, Afzal pernah dtg menziarahi Deoband. Dia juga sempat melawat rumah Syarif. Melihat keadaan tandas rumah Syarif yg teruk Afzal meninggalkan sejumlah wang kpd Syarif utk membina tandas baru.

Saya amat-amat berterima kasih kepada sahabat2 yg telah memberikan sumbangan kpd Syarif walaupun tidak pernah mengenali Syarif.
1-Hadi Alor Setar-rakan blog ini.
2-Rijal- rakan blog ini.
3- Staff Pejabat Exim.
4- Yusri Mohd Marzuki - abg isteri saya
5-Hamizah Taib-rakan fb isteri saya
6-Zunaidah Mohd Marzuki- isteri saya

Semoga Allah menjadikannya amalan soleh dan memberkati rezeki anda semua. Saya bagi pihak Syarif Bhai mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kpd anda semua. Di bawah ini ialah resit pengiriman wang kepada Syarif melalui Western Union.



Friday, September 30, 2011

Bahasa Arab Mudah atau Susah

Salah seorang pembentang kertas kerja di seminar antarabangsa di Langkawi minggu sudah menyatakan bahasa Arab ialah bahasa yang susah walaupun dia sendiri org Arab. Buktinya banyak....kata beliau. Salah satunya ialah hampir tiada negara Arab yg bercakap bahasa fusahah atau bahasa standard. Oleh itu jika org asing ingin belajar bahasa Arab mereka tidak tahu negara mana yg boleh menyediakan suasana utk mempercepatkan proses pembelajaran bahasa. Antara lain, bahasa Arab terlalu banyak kaedah. Kaedah ini tidak dikuasai oleh kebanyakan org Arab. Oleh itu mereka tidak mampu menguasai bahasa Arab dgn betul samada penulisan atau percakapan. Bila mereka tidak mengusainya sudah tentu org lain bertambah sukar utk mempelajarinya. Kurangnya rancangan2 tv dan filem Arab yg menggunakan bahasa Arab Fusahah menyebabkan kesukaran mempelajari bahasa Arab melalui media-media tersebut.

Seorg pembentang Arab yg lain mengatakan bahasa Arab mudah. Melalui pengalaman beliau sebagai pensyarah bahagian bahasa Arab beliau percaya bahasa Arab mudah bukan payah. Yang payahnya bahasa Melayu kerana kaedahnya tidak mantap.

Dalam sesi soal jawab pembentang pertama menyoal pembentang kedua. Kamu kata bahasa Arab mudah dan kamu adalah pakar bahasa Arab tapi malangnya aku mencatat banyak kesalahan grammar yg simple2 ketika kamu bercakap, begitu juga dengan apa yg kamu tulis dalam power point kamu!!!

Selepas selesai sesi pembentangan mereka terus menyambung perdebatan mereka di anjung hotel. Selepas itu mereka bersepakat utk pindah ke tempat jamuan petang. Saya tidak lagi bersama mereka. Saya tidak tahu apakah kesudahan perbincangan mereka.

Itulah hakikat kedudukan bahasa Arab. Apabila tiada kesungguhan utk memertabatkannya maka akan banyaklah berlaku kepincangan dari segi perlaksanaan sehingga ada yang tidak yakin ttg mudahnya bahasa Arab dan ada yang terlalu yakin mudahnya bahasa Arab sehingga mereka terus seronok melakukan kesilapan demi kesilapan yg tidak sepatutnya dilakukan oleh pendokong bahasa Arab.

Thursday, September 29, 2011

Syarif Bhai Kesempitan

Dalam post Kembara Deoband Ke 33 saya menceritakan perihal seorang hamba Allah di Deoband bernama Syarif yang banyak membantu pelajar Malaysia di sana. Minggu lalu saya menerima panggilan talipon daripadanya. Dia menceritakan tentang hujan lebat di Deoband. Wilayah Uttar Pradesh mengalami hujan lebat bulan Sept. dan banyak tempat termasuk Delhi mengalami banjir. Hujan jarang turun di Uttar Pradesh. Kalau turun berterusan ia mudah banjar kerana limpahan sungai Yamuna dan sistem perparitan yang lemah. Akibat hujan yang lebat itu dinding rumah Syarif runtuh. Ini kerana dinding rumahnya masih kaccha. Kaccha ialah satu istilah yg menunjukkan dinding dibina daripada lumpur bagi kebanyakan masyarakat miskin. Kalau semua dikonkrit dinamakan pakka. Dia meminta sedikit bantuan keewangan utk membinanya semula. Syarif bukan jenis org yang suka meminta walaupun berada dlm kesusahan. Kepada pembaca blog ini yang ingin menderma boelhlah menghantar duit terus kpd Syarif menggunakan Western Union. Maklumat lanjut ttgnya boleh diperolehi drp saya dgn menghantar sms di talian 012-6595790. Allah berfirman: Dan terhadap org yg meminta-minta janganlah engkau menegahinya (Al Dhuha 10).

Tuesday, September 27, 2011

Budaya Membaca

Dua hari saya di Pulau Langkawi kerana mengikuti Seminar Antarabangsa di hotel Awana Porto Malai. Walaupun seminar antarabangsa tetapi yg ramainya ialah pensyarah universiti tempatan. Seperti biasa kalau bermusafir saya akan membawa buku dan bahan-bahan bacaan yang lain. Saya akan menbaca buku dalam airport sementara menunggu panggilan utk menaiki kapalterbang; dlm kapalterbang sementara hendak sampai; dlm teksi sementara sampai ke destinasi yg ditujui. Saya dan isteri menginap di Sunset Beach Resort. Ramai orang putih yang memilih untuk tinggal di resort itu kerana ia menghadap ke pantai. Kami dihidangkan dengan sarapan pagi di anjung sarapan di tepi pantai. Di depan anjung diletakkan kerusi-kerusi untuk lepak-lepak menghirup udara nyaman pantai. Bila matahari sudah naik agak tinggi mat salleh mula memenuhi kerusi-kerusi itu dengan gelagat kebiasaan mereka kalau berjemur di tepi pantai. Tapi mereka tidak lupa membawa buku. Kebanyaknn buku bacaan itu ialah novel. Mereka membaca. Tidak berbual. Tidak ada sepatah perkataanpun mereka bicarakan. Semua khyusuk membaca, lelaki dan perempuan.

Kami ke Kuah bila selesai seminar hari pertama. Kata org coklet murah di sana. Begitu juga kain batik dan pinggang mangkuk. Kedai Haji Osman menjadi tumpuan. Agaknya org yang berseminar merancang awal2 lagi ke situ. Sebelum kami sampai ramai yang dah tiba lebih awal daripada kami. Melihat kepada brg2 yg dibeli saya terfikir "org dtg nak berseminar sambil membeli belah ke" atau "membeli belah sambil berseminar".

Kami sampai awal sedikit di airport Langkawi semasa hendak pulang. Sambil menunggu saya membaca bahan-bahan bacaan yang saya bawa. Beberapa artikel mengenai masalah politik, ekonomi, budaya dan etnik di Pakistan yang saya print out dari internet. Di depan saya ada seorg org putih yang sudahpun tua. Di tangannya ada novel. Dia tekun membaca. Dia tidak menghiraukan apa yg berlaku di sekelilingnya. Bila tiba masanya dia berlalu menuju ke balai berlepas. Ramai juga peserta seminar yang mengambil penerbangan di waktu petang untuk pulang ke KL. Saya memerhatikan mereka. Tiada yang meriba buku. Saya membandingkan mereka dengan orang tua tadi. Orang tua tadi kemungkinan besar dtg bercuti tetapi tidak lupa utk membaca. Mereka yang berseminar pula dtg kerana ilmu tetapi lupa membaca.