12-Husain b. Muhsin Khazraji Ansari (d.1328H/1910). Beliau dikatakan menghafal kitab Fathul Bari walaupun tidak sepenuhnya.
13-Fariduddin Kakurawi (d.1335H/1916). Beliau hampir menghafal Sahih Bukhari sepenuhnya.
14-Qadir Bakhs Sahsarami (d.1337H/1918). Beliau banyak menaqalkan hadith-hadith Sihah Sittah secara lisan dan menyebut hadith-hadith Sahih Bukhari berserta sanadnya melalui hafalannya. Beliau juga mengingati banyak potongan syarah Fathul Bari, Umdatul Qari dan syuruh yang lain.
15-Abdul Wahab Dharir (d.1338H/1920). Beliau seorang hafiz Al Quran dan banyak menghafal hadith. Berasal daripada Sahawar Aligarh.
16-Badaruddin b. Sharifuddin Pulwarawi (d.1343H/1924). Keturunan Ja`far b. Abi Talib. Disifatkan sebagai "hafizul hadith".
17-Dr Barakatullah Bhopali (d.1346H/1927). Beliau seorang hafiz Al Quran dan Sunnan Sittah. Meninggal di California.
18-Sayyid Muhammad Amin Hasani Nasirabadi (d.1349/1930). Beliau menghafal Sahih Bukhari dan Muslim dan Asma Rijal.
19- Sayyid Anwar Shah Kashmiri (d.1351H/1932). Beliau mengingati beribu-ribu karya hadis termasuklah makhtutat (manuskript) samada matan, sanad berserta jarah wa ta`dil. Diceritakan berlaku perdebatan antara Deobandi dan Ahli Hadith di India. Anwar Shah mencabar rakannya daripada Ahli Hadith agar membaca helaian hadith2 Bukhari secara hafalan kepadanya jika benar dia mendakwa bahawa dia Ahli Hadith. Rakannya daripada Ahli Hadith menjawab kalau kamu mampu lakukanlah. Lantas beliau membacanya melalui hafalannya bermula dengan hadis pertama tanpa henti-henti sehinggalah terpaksa diberhentikan apabila dia telah membaca sampai 30 helai hadith Bukhari cetakan India yang besar itu.
20-Sayyid Badru Ali Shah (d.1354H/1935). Beliau menghafal Sahih Bukhari dan hadith-hadith yang lain.Murid Muhadith Fadhlu Rahman Ganj Muradabadi.
21-Abdul Tawwab b. Abdul Wahhab Ghaznawi. Masih hidup dalam tahun 1356H/1937. Hidup sezaman dengan penguasa Bhopal yg juga seorang muhadith, Siddik Hasan Qanuji Bhopali. Beliau banyak menghafal hadith. Malah cuba menghafal Sahih Bukhari bila diadakan pertandingan oleh Siddik Hasan Qanuji Bhopali yang menjanjikan hadiah lumayan bagi siapa yg berjaya menghafalnya. Namun Siddik Hasan meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Sheikh menyelesaikan hafalannya.
22-Muhammad Muhiyuddin Qadiri Pulwarawi (d.1366H/1946). Beliau banyak menghafal hadith dan mahir mentaufikkan hadith-hadith yang kelihatan bercanggah.
23- Sayyid Abul Khair Barq Hasani (d.1390H/1970) Beliau menghafal kesemua Muwatta` berserta sanadnya dan sebahagian besar Sahih Muslim.
24-Ma`mar Abdullah Khanpuri Lahori (d.1415H/1994). Beliau menghafal beribu-ribu hadith berserta sanadnya.
25-Dr Sayyid Mahmud Qadiri. Masih hayat ketika pengarang (Ustaz Faisal Ahmad Batkali) menulis artikel ini. Beliau pernah menemuinya di Selatan India di mana ketika itu umur Dr dalam lingkungan 50an. Beliau seorang doktor perubatan. Beliau menghafal kitab Mishkat Masabih dan mengajar kitab tersebut bergantung kepada hafalannya semata-mata.
Thursday, May 31, 2012
Wednesday, May 30, 2012
Huffaz Hadith India -1
Berikut ialah 25 orang tokoh ulama India yang dicatatkan dalam kitab-kitab ulama India bahawa mereka menghafal berbagai-bagai kitab-kitab hadith.
1- Nizamuddin Aulia Dehlawi (d.725H/1324). Beliau menghafal kitab Mashariq Anwar yg mengandungi sebanyak 2,024 hadith. Kitab ini merupakan kitab hadith yg masyhur digunakan di zaman beliau. Beliau juga menghafal 40 maqamat drp kitab Maqamat Hariri, sebuah kitab Adabul Arabi/Sastera Arab.
2-Fakhrudin Razi (d.748H/1347). Beliau adalah anak murid Nizamuddin Aulia. Beliau menghafal banyak hadith-hadith Bukhari dan Muslim. Dikatakan apabila berbicara secara spontan dapat mengeluarkan dalil-dalil hadith Bukhari dan Muslim.
3-Ahmad Hasan Balkhi (d.891/1486) terkenal dgn gelaran Lankar Darya. Beliau menghafal kitab hadith Masabih oleh Baghawi dalam masa 6 bulan.
4-Abdul Malik Abbasi Ahamdabadi (d.970an/1562). Beliau menghafal Sahih Bukhari dan mengajarnya tanpa menggunakan kitab Begitu juga dengan Al Quran.
5-Daud Mishkati Kashmiri (d.1097H/1685). Beliau menghafal kitab Mishkat Masabih. Oleh yg demikian beliau terkenal dengan gelaran Mishkati.
6-Muhammad Farkh (d.1122H/1710) b. Muhammad Said b. Mujaddid Alf Sani Ahmad b. Ahad Faruqi (1034H/1624). Beliau menghafal 70 ribu hadith berserta dgn sanad dan jarah wa ta`dil.
7-Sayyid Abdul Jalil Husaini Balghrami (d1138/1725). Beliau menghafal kamus Muhith Fairuzabadi keseluruhannya. Banyak menghafal hadith, tarikh, syair dan rijal.
8-Sayyid Murtadha Zabidi (1205H/1790). Beliau mengimla`kan hadith berdasarkan kpd ingatannya dan mengajar hadith juga berdasarkan ingatannya.Ketika beliau berrhijrah ke Mesir ramai ulama datang mengambil hadith daripada beliau. Mereka mengkagumi kekuatan ingatan beliau.
9-Zuhurul Haq Fulwarawi Bihari (d1234H/1818). Beliau menghafal kitab Buhari Muslim dan Hisnul Hasin.
10-Muhammad b. Ismail b. Abd Ghani b. Shah Waliyullah (d.1246H/1830). Beliau menghafal 30 ribu hadith.
11. Rahmatullah Ilahabadi (d.1293H/1876). Beliau seorang buta dan menghafal kesemua Sunan Sittah.
.
Bersambung....
(Tarikh kematian masihi adalah secara anggaran kerana hari dan bulan hijrah tidak diberikan)
(Dipetik drp. majalah Ba`th Islami (البعث الإسلامي) simpanan peribadi, cetakan Nadwatul Ulama Lucknow India, April 1999, m/s53 dgn pindaan. Artikel oleh Ustaz Faisal Ahmad Batkali Nadwi)

Thursday, May 24, 2012
Wasiat Shah Waliyullah ttg Quran dan Hadith
Berikut adalah pesanan Shah Waliyullah berkenaan dgn Quran dan Hadith:
1-Hendaklah kamu berpegang kpd Kitab dan Sunnah (Quran dan Hadith) dgn kuat sekuat-kuatnya dalam bab akidah dan ibadat.
2-Hendaklah kamu sentiasa mentadabburi Quran dan Hadith.
3.Hendaklah kamu membaca satu hissah drp keduanya setiap hari.
4. Jika kamu tidak ada kekuatan membacanya carilah seseorang yang akan membacakan terjemahannya untuk kamu walaupun satu helai.
( Dipetik drp kitab Tafhimat Ilahiyyah ( التفهيمات الإهية ) yg ditulis oleh Shah Waliyullah dlm bahasa Arab bercampur Parsi, p.240. Wasiat ini ditulis dlm b. Parsi).

Mazhab Shah Waliyullah
Sebuah manuskrip Sahih Bukhari kepunyaan anak murid Shah Waliyullah (d.1176/1763) yang bernama Muhammad b. Pir Muhammad b. Sheikh Abi Al Fath ditemui di perpustakaan Khuda Bakhs di negeri Bihar, India. Di bahagian akhir Sahih Bukhari tersebut terdapat kenyataan ijazah hadith yang ditulis sendiri oleh Shah Waliyullah yang dimulakan dengan catatan sanadnya sehingga Imam Bukhari. Muridnya itu juga menyatakan bahawa beliau tamat mempelajari Sahih Bukhari dengan gurunya itu pada tanggal 6 Syawwal 1159H (21 October 1746) berdekatan dengan sungai Jamna di Masjid Jami` Fairuzi. Kalimah akhir yang dilakarkan oleh Shah Waliyullah itu memaparkan mazhabnya dari sudut akidah, fekah dan tasawwuf.
العمري نسبا، الدهلوي وطنا، الأشعري عقيدة، الصوفي طريقة، الحنفي عملا، والحنفي
الشافعي تدريسا، خادم التفسير والحديث والفقه والعربية والكلام.....23 شوال 1159هـ
Umari- dari segi nasab (keturunan Umar ra)
Dehlawi - dari segi watan (tinggal di Delhi)
Ashari - dari segi akidah (bermazhab Ashariah)
Sufi - dari segi tarikat kerohanian
Hanafi- dari segi mazhab (mazhab yg diamalkan)
Hanafi Shafie- dari segi pengajaran (tidak terikat kpd mazhab ketika mengajar dan menulis. Merajihkan apa yang rajih tetapi hanya berpegang kpd Hanafi dari segi amalan. Hal ini juga diwarisi oleh sesetengan ulama Deoband)
Khadim kpd ilmu tafsir, Hadith, Fekah, B. Arab dan Ilmu Kalam.
Di bawah tulisan ini terdapat pengesahan oleh anak Shah Waliyullah iaitu Shah Rafiuddin (d.1233/1817) dgn katanya "Tidak dpt diragukan lagi tulisan di atas adalah tulisan ayahandaku".
(Dipetik drp: Muqadimah kitab Rahmatullah Al Wasiah (رحمة الله الواسعة) Syarah Urdu Hujatullah Balighah (حجة الله البالغة) oleh Muhadith Maulana Said Ahmad Palanpuri, p.51)
Monday, May 14, 2012
Anekdot Ulama 42: Ahmad b. Mani` dan Quran
Ahmad b. Mani`(160-244H) (أحمد بن منيع) mengatakan bahawa dia membaca Al-Quran setiap hari dan mengkhatamkannya setiap tiga hari selama 40 tahun. Beliau adalah murid Abu Yusuf (fuqaha hanafi dan murid Imam Abu Hanifah). Semua kutub sittah meriwayatkan hadis beliau dgn tahap periwayatan masing-masing. Ilmunya setanding dengan Imam Ahmad b. Hanbal. Mempunyai kitab hadith iaitu Musnad Ahmad b. Mani`. Mengikut Ibn Hajar banyak juzuk Musnadnya telah hilang.
(Tahzib Al Tahzib, Nawadir Imam Kashmiri, p24)
Thursday, May 10, 2012
Anekdot Ulama 41: Umur 18 tahun Sudah Menulis Buku Ekonomi
Maulana Taqi Usmani dikelilingi oleh kehidupan alim ulama semenjak kecil lagi. Apabila ayahandanya berpindah ke Pakistan setelah penubuhan Pakistan turut bersama beliau berhijrah adalah ulama-ulama yang masyhur seperti Maulana Yusuf Binori (pengarang Maarif Al Sunan) dan Maulana Zafar Ahmad Usmani (pengarang `Ila` Al Sunan). Daipada semenjak awal penubuhan Pakistan alim ulama negara ini mula memikirkan tentang perlunya mengislahkan sistem perbankan riba yang sedia ada kepada bersih daripada riba. Antara mereka yang mengusulkan cadangan ini ialah ayahdanya sendiri Maulana Mufti Syafi`, Maulana Zafar Ahmad Usmani, Maulana Yusuf Binori, Maulana Mufti Rashid Ahmad, Maulana Abdul Shakur Tirmizi, Maulana Mufti Wali Hassan dan Maulana Shamsul Haq Afghani.
Berbagai-bagai cara mereka perjuangkan. Daripada serendah-rendah usaha kepada setinggi-tingginya. Daripada menulis artikel hinggalah melibatkan diri dalam mengatur struktur birokrasi kerajaan agar menjadi Islamik. Ayahanda Maulana Taqi sendiri telah menulis sebuah buku yang mengumpulkan dalil-dalil daripada Quran dan Hadith ttg haramnya riba yang diberi judul "Masalai Sud" (Masalah Riba) sebagai jawaban kpd golongan yg menghalalkan riba perbankan. Beliau kemudiannya mengarahkan Maulana Taqi menyambung tulisannya itu dengan buku yang lain yg diberi tajuk "Tijarati Sud" (Perniagaan Riba). Waktu itu Maulana Taqi hanya berumur 18 tahun.
Daripada buku inilah bermulanya bibit-bibit ketokohan Maulana dalam bidang ekonomi Islam sehingga menjadikan beliau antara tokoh yang dijadikan rujukan di peringkat nasional maupun antarabangsa.
(Ghair Sudi Bankari, p3, Mufti Taqi Usmani)
Wednesday, May 9, 2012
Buku: Nawadirat Imam Kashmiri
Muhadith Maulana Anwar Shah Kashmiri (1875-1933) merupakan tokoh ulama Deoband yang tekenal dengan jolokan sebagai "perpustakaan bergerak" kerana mempunyai daya ingatan yang kuat dan menguasai berbagai cabang ilmu yang diibaratkan sebagai sebuah perpustakaan tempat alim ulama membuat rujukan di kala hayatnya. Nokhtah-nokhtah penting pengajaran hadithnya dalam kelas dicatatkan oleh anak-anak murid beliau. Maka lahirlah kitab-kitab seumpama Faidhul Bari, Anwarul Bari, Urfu Shazi, Anwarul Mahmud, Maariful Sunan, Nutq Anwar, dan Malfuzat Muhaddith Kashmiri yang dianggap sebagai hanya secebis daripada ilmu Allamah Kashmiri.
Antara kitab terbaru yang mengumpulkan tahqiq, aqwal, tafarrudat dan ifadat Allamah Kashmiri itu ialah kitab "Nawadirat Imam Kashmiri" yang ditulis oleh anak beliau sendiri Almarhum Maulana Anzar Shah Kashmiri (1927-2008, 81 tahun) yang juga penulis buku Nuqush Dawami, sebuah buku biography ttg Allamah Kashmiri. Semasa hayatnya Maulana Anzar Shah mengajar kitab Bukhari jilid pertama (Bukhari cetakan India dibahagikan kepada 2 jilid). Fokus pengajarannya ialah menjelaskan dan menghuraikan buah fikiran ayahandannya. Kitab Nawadirat ini ialah hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat tersebut. Ia merakamkan lebih daripada 200 pendapat Anwar Shah yang ganjil diselitkan dicelah-celah pengajaran hadith-hadith Bukhari daripada bab muqadimah ttg Bukhari hinggalah Kitab Ilmu. Buku ini setebal 376 mukasurat dan dicetak oleh Jamiah Imam Anwar, Deoband, dibawah kelolaan Sayyid Ahmad Khidir Shah, anak Maulana Anzar Shah iaitu cucu Allamah Anwar Shah.
Subscribe to:
Posts (Atom)