Monday, May 18, 2015
Kitab 36: Fiqh Buyu` Maulana Taqi Usmani
Kitab terbaru Maulana Taqi Uthmani berkenaan dengan "Fiqh Buyu". Kitab
ini hanyalah susunan kembali dengan sedikit tokok tambah dalam bentuk
moden yang kemas daripada artikel-artikel beliau tentang masalah
keewangan samada yang ditulis dalam bentuk buku ataupun maqalah yang
dibentangkan di persidangan Fekah Sedunia di sepanjang penglibatannya
dalam dunia keewangan. Kitab ini terbit dalam dua jilid dan boleh dimuat
turun daripada laman maya. Alhamdulillah rata-rata artikel yang ditulis
dalam buku ini telahpun saya baca sebelum ia disusun dalam bentuk
seumpama ini. Kepada peminat-peminat ulama benua India luangkanl lah
masa membaca kitab-kitab seumpama ini kalaupun tidak mampu untuk menulis
sepertinya.
Kitab 35: Tamat Syarah Miatu Amil
Hampir setahun pengajian Syarah Miatu Amil diadakan di kelas Basooir
Subang Perdana. Ia bermula pada tanggal 8 Jun 2014 dan tamat semalam
tanggal 17 Mei 2015. Saya tidak menyedari ia memakan masa setahun kerana
pengajian diadakan secara bergilir-gilir dengan kitab Irab Quran dan
Fauzul kabir. Dalam sebulan mungkin kekerapannya hanya sekali. Saya juga
gembira kerana dapat mengajar kitab yang kecil-kecil. Ramai alim ulamak
walaupun sudah bergelar muhadith dan sebagainya tetapi melazimi
mengajar kitab kecil. Muhammad bin Sulaiman guru kepada Imam Syayuti
walaupun seorang allamah, muhadith dan berbagai-bagailah gelaran
kealiman tetapi lebih dikenali dengan gelaran Kafiiji (الكافيجي) kerana
tidak mahu berpisah dengan kitab nahu Kafiah (الكافية) Ibnu Hajib.
Kalau mereka seumpama itu maka orang seperti saya lebih-lebih lagilah
memerlukannya kerana lemah dalam nahu dan bahasa Arab.
Tahniah kepada pelajar basooir yang dapat menamatkannya. Ramai yang
mengaji dari mula tetapi tak ramai yang dapat mengkhatamkan
keseluruhannya kerana faktor kesibukan. Semoga Allah melapangkan waktu
untuk kita di hari muka.
yang kami guna
Anekdot Umrah 03: Pengawas Sekolah di Mekah
Saya turun dari hotel kerana ada program ziarah bersama, dengan kopiah
yang tergumpal-ngumpal kerana baru sahaja bertahallul. Saya lewat
turun.Seorang yang berpakaian kemas dengan logo TH Travel sedang
menunggu di ruang menunggu jika ada yang terlewat. Melihat saya dia
terus menegur supaya membetulkan kopiah saya yang senget itu. Dia cuba
menolong kerana saya kepayahan dek kepala sudah botak, sukar untuk
kopiah lembik. Dia menyarankan saya agar membeli kopiah yang keras sedikit.
Dalam masa yang singkat itu kami sempat bertanya khabar. Rupa-rupanya
kami satu sekolah. Satu batch. Waktu itu dia menjadi pengawas sekolah.
Hari ini dia menjadi pengawas lagi tetapi pengawas yang lebih mulia.
Rupa-rupanya dialah ketua rombangan umrah kami. Tidak sangka bertemu di
Mekah setelah hampir 34-35 tahun tidak bertemu. Katanya Mekah dan
Madinah sudah menjadi rumah keduanya kerana saban waktu datang
mengiringi tetamu Allah baik umrah maupun Haji. Bila pulang dia
menghadiahkan kepada saya seat business classnya dengan tambahan air zam
zam. Alangkah indahnya jika bertemu di syurga nanti sahabat. 09 MAC
2015
Bersama Zul Zamri kawan sekolah yang bertugas
sebagai wakil TH Travel
Anekdot Umrah 02: Lelaki Cacat Bertawaf
Sedaya yang mungkin saya cuba untuk memasuki ruang utama mataf supaya
dapat tawaf berdekatan dengan Kaabah. Untuk itu saya terpaksa masuk ke
masjid sekurang-kurangnya sejam lebih awal sebelum masuk waktu. Walaupun
masih ada peluang untuk ke tingkat tawaf yang lain saya tidak mahu
menjauhi Kaabah. Saya kira ramai yang begitu. Sebab itu mataf selalu
penuh.Tidak kira daripada mana seseorang itu datang. Tidak kira macam
mana bentuk fizikal tubuhnya. Tidak kira usianya.
Mata saya terpandang
seorang lelaki kurang upaya. Ia berkerusi roda. Mungkin beliau daripada
Afghanistan melihatkan wajah dan pakaiannya. Mengapa beliau tidak
memilih ruang atas sahaja yang lebih selesa untuk orang seperti beliau.
Dalam kesesakan manusia tawaf beliau begitu tenang dan yakin. Saya cuba
mendekati beliau untuk melihat dari dekat adakah beliau tidak sihat atau
sememang cacat anggota. Ramai mereka yang di luar dugaan kita sedang
tawaf di Kaabah. Ada yang hanya kaki sebatang mengelilingi Kaabah dalam
lautan manusia yang bertolak-tolak seperti ombak. Ada yang sudah bongkok
tiga. Ada yang menjunjung anak. Bukan anak kecil tetapi anak yang
sudahpun berumur belasan atau puluhan tetapi tidak bermaya. Mungkin
untuk berdoa kepada Allah agar memulihkan kesihatannya yang tidak boleh
berjalan. Tentunya mereka datang dari jauh. Imanlah yang memampukan
mereka mengharungi semua itu. Ramai yang sihat dan berharta tetapi jauh
hatinya daripada Kaabah. Ramai yang tinggal berdekatan dengan Kaabah
tetapi hati mereka jauh darinya.
Sesungguhnya tawaf itu banyak pengajaran yang boleh mendidik diri kita
yang sombong, tidak bersyukur, dan tidak berterima kasih kepada Allah
SWT. Semoga Allah SWT mengekalkan kecintaan kita kepada Baitullah.
Semoga kecintaan itu berpaut di mana-mana walaupun tidak lagi berada di
sampingnya.
Anekdot Umrah 01: Bertemu dengam Maulana Badarudin Ajmal
Selepas Asar saya pulang sekejap ke bilik. Kemudian saya turun semula
untuk pergi tawaf sebelum tibanya waktu maghrib. Di ruang tamu hotel
ramai yang menjamu selera buah tamar sukkari dan qawah arabi yang
diberikan percuma oleh pihak hotel setiap lepas Asar. Saya terpandang
seorang lelaki tua India sedang duduk di atas kerusi. Saya memperlahan
langkah. Saya tidak mendekatinya sebaliknya bertanya seorang India lain
yang baru sahaja melayaninya dengan minuman qahwah dan kurma tersebut.
Saya rasa macam kenal sangat beliau. Saya bertanya siapa lelaki itu.
Jawabnya dia orang besar di India. Saya terus menyapa adakah dia Maulana
Badarudin Ajmal. Dia terkejut lalu bertanya daripada kamu tahu. Saya
memberitahunya saya pernah belajar di Deoband. Mendengar sahaja nama
Deoband dia terus menarik saya untuk bertemu dengan Maulana Badarudin
Ajmal. Maulana sangat gembira bila bertemu saya. Dia mengarahkan
khadimnya memberikan kepada saya minyak wangi Oudh syarikat Ajmalnya.
Kami berbual sebentar tentang kisah lama dan kisah baru di India.
Maulana sekarang terlibat dalam politik India. Begitu juga dengan dua
anakanya yang waktu saya di Deoband masih kecil, baru belajar tahfiz.
Maulana berasal daripada negeri Asam, India. Ketika saya di sana beliau
sudahpun menjadi ahli syura Darul Uloom. Beliau seorang yang kaya kerana
mewarisi perniagaan ayahnya. Keluarganya memilki gedung minyak wangi
Oudh di merata-rata tempat di India dan Timur Tengah. Di Mekah juga ada
dan Madinah juga ada. Beliau memberitahu saya dia ada 35 buah kedai di
Saudi. Salah sebuah kedainya ada di bangunan tempat saya menginap.
Beliau seorang yang pemurah. Banyak bangunan Darul Uloom dibina oleh
beliau dan juga markaz dakwah dan bahasa untuk lepasan Darul Uloom
Deoband. Kami bersama-sama berangkat ke mataf kerana Maulana hendak
tawaf sebelum pulang ke India. Maulana hanya datang untuk 2 hari sahaj
kerana kebetulan India cuti perayaan. Saya melihat Maulana tawaf
kemudian beransur-ansur meninggalkan masjid. Maulana sempat memberikan
kadnya kepada saya. Semoga Allah memberkati usaha Maulana Badarudin
Ajmal memperjuangkan hak orang Islam minoriti di India. 10 MAC 2015.
Maulana Badarudin Ajmal
Kad Maulana
Kad Maulana
Minyak Wangi Hadiah drp Maulana
Sunday, January 25, 2015
Kitab 34: Khatam Kitab Muqadimah Abd Haq Dehlawi
Alhamdulillah saya dan empat orang pelajar Basooir Subang sempat
khatam kitab mustalah hadith "Muqadimah Abd Haq Dehlawi". Kami bermula
pada 11 Oktober 2014 dan pada hari Sabtu tanggal 24hb Jan 2015 ia tamat
dipelajari. Hampir 3 bulan lebih. Ini adalah kitab yang ketiga bagi
pelajar Basooir Subang khatam bermula dengan Taisir Mustalah Hadith Dr
Mahmud Tahhan dan kemudian Matan Manzumah Baiquniah.
Di antara metodologi yang kami gunakan semasa mempelajari kitab ini ialah:
1-Membaca keseluruhan kitab dari mukadimahnya oleh Maulana Salman sehinggalah akhir ayat kitab.
2-Membaca dan menghuraikan hampir kesemua hasyiah kitab yang ditulis oleh Maulana Salman An Nadawi.
3-Setiap pelajar akan membaca teks secara bergilir-gilir untuk
memastikan bacaannya betul. Ini adalah salah satu kaedah untuk
mengaplikasikan kaedah nahu dan saraf yang telah dipelajari.
3.Membandingkan naskah Muqadimah yang pelbagai dengan menjadikan cetakan
baru keluaran Nadwatul Ulama Luknow India sebagai teks pengajian. Kami
dapati cetakan baru ini tersangat banyak kesalahan cetakan. Cetakan
Syria yang lama lebih kemas. Kami berhasrat untuk mengajukan
kesilpan-kesilapan tersebut kepada pihak percetakan Nadwatul Ulama
walaupun kemungkinan mereka sudahpun mengenalpastinya sebagai tanda
penghargaan kepada usaha murni pihak Nadwah dalam mengeluarkan kitab
ini.
4. Lima buah kitab muqadimah Abd Haq dijadikan perbandingan di mana salah satunya adalah syarah ringkas oleh Jafar Alam.
3. Kebiasaanya kelas bermula jam 11 pagi dan berakhir jam1 tengahari
setiap hari Sabtu. Selepas zohor sehingga Asar kami mempelajari kitab
Balaghah "Talkhis Miftah" oleh Khatib Qazwini.
Post ini bukanlah bertujuan untuk mengiklankan berapa banyak kitab
sudah dikhatamkan. Ia bertujuan sebagai galakan kepada kita semua agar
menggunakan waktu dengan betul jika meminati mempelajari ilmu-ilmu
Islam. Ikut disiplin ilmu yang betul juga harus diutamakan. Contohnya
bermula dengan kitab bawah kemudian barulah kitab yang tinggi-tinggi.
Jangan gopoh untuk jadi alim. Bermulalah dgn bahasa Arab. Nahu dan Saraf
biar agak kemas sedikit kalaupun tidak sampai jadi pakar. Sekali
seminggu tidak mengapa asalkan istiqamah. Alhamdulillah 4 orang pelajar
Basooir ini bukan daripada jurusan agama tetapi sekarang mereka sudah
mempunyai kelayakan untuk belajar agama menggunakan kitab Arab itu
sendiri. Kalau mereka rajin tentunya mereka akan lebih alim daripada
Ustaz yang mengajar itu sendiri.
Sunday, December 7, 2014
Kembara Deoband 68: Multaqa Lepasan Madrasah India
Sebaik selesai kelas di Masjid Subang Perdana saya bergegas ke Shah Alam bersama dengan Hamizi menaiki kereta Nik Farid kerana kereta saya tiba-tiba pecah cermin untuk menghadiri majlis pertemuan dengan bekas-bekas pelajar madrasah di India. Surau Al-Husna tempat diadakan majlis multaqa itu terletak di seksyen 20 Shah Alam berdekatan dengan Hotel De Palma dan Hospital KPJ. Ketika saya tiba majlis suaikenal sedang berlangsung. Majlis sebenarnya sudahpun bermula dari pagi dengan kehadiran Dato Mufti Kedah. Waktu itu mereka yang hadir naik ke pentas seorang demi seorang untuk memperkenalkan diri. Nama, bila ke India, di mana belajar, bila tamat belajar dan pekerjaan sekarang. Itu sahaja perlu dibicara. Mata saya terpandang rakan-rakan Deoband yang memenuhi satu meja. Tanpa memandang ke kiri dan ke kanan saya terus meluru ke situ. Nik Abduh, Jailani, Azhar, Zahirudin dan Surur sedang berbual-bual sesama mereka.
Mata saya mengintai-ngintai teman-teman yang berada di meja lain. Ada yang dikenali dan ada yang tidak dikenali. Ada yang datang dari utara dan ada yang dari selatan. Ada yang datang dari timur dan ada yang datang dari Barat. Ada yang datang dari Indonesia dan ada yang datang dari Thailand. Mereka yang meninggalkan India sebelum tahun 1989 pastinya saya tidak mengenali mereka. Namun ada nama di kalangan mereka yang diabadikan di India kerana mempunyai kehebatan yang tertentu. Nama mereka selalu disebut-sebut samada oleh pelajar-pelajar kita maupun orang India setempat. Ada yang namanya hebat kerana pandai Urdu, ada yang kerana lama tinggal di India, ada yang kerana datang sejak kecil, ada yang kerana fasih berbahasa Arab, ada yang kerana menjadi hafiz Quran, ada yang kerana pendiam, ada yang kerana banyak cakap, ada yang pandai berniaga, ada yang kerana alim dan fakih, ada yang pandai masak, ada yang pelik-pelik ceritanya. Hari ini Allah SWT takdirkan saya dapat melihat sendiri siapa empunya badan itu.
Di kalangan kawan-kawan yang hadir itu ada yang sifatnya "juun kaa tuun" yakni masih seperti dulu, tak banyak berubah dari segi fizikal. Ada juga yang berubah secara drastik kerana faktor umur dan penyakit. Ada yang sihat dan ada yang sakit. Tetapi hari ini mereka kelihatan ceria. Bahut khushi kata orang India kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Masing-masing mempunyai takdir yang berbeza setelah pulang ke tanah air. Ada yang menjadi ustaz sebagai tenaga pengajar di sekolah-sekolah kerajaan, swasta mahupun kepunyaan sendiri. Ada yang mengajar di Universiti. Ada yang menjadi pendakwah dan sekali gus ahli politik. Ada yang sudah menjadi YB. Ada yang menjadi speaker DUN. Ada yang menjadi peniaga kecila-kecilan dan ada yang besar-besaran. Ada yang berkhidmat di stesen-stesen TV arus perdana sebagai penerbit dan sebagainya. Ada yang menjadi Dato Mufti. Ada yang pernah menjadi Kadi. Pendek kata sebagaimana India itu unik begitulah halnya mereka yang pernah memijak tanahnya dan menghirup udaranya. Pendek kata sebagaimana India itu muzium manusia dengan aneka pekerjaan penduduknya begitulah halnya mereka yang pernah bertandan ke muzium itu. Rata-rata yang hadir kelihatan hidup humble walaupun gelarannya agak elegant kerana berkat kehidupan yang ditunjukkan oleh guru-guru mereka. Yang susah tidak memperlihat kesusahannya dan yang senanag tidak memperlihatkan kesenangannya.
Khabarnya ramai yang dijadualkan akan datang ke majlis tetapi tidak dapat datang kerana urusan yang tidak dapat dielakkan. Ada yang tidak dapat dihubungi kerana terputus hubungan. Meraka yang hadir tertanya-tanya sesama mereka mana si polan, mana si polan. Lama tidak melihat si polan si polan. Entah hidup entah sudah pulang ke alam baqa. Malah ada yang sudahpun kembali ke alam abadi.
Pertemuan yang sebentar itu mengingatkan banyak kisah, banyak cerita, banyak khahaani, banyak puraani baat, banyak kenangan. Ada kenangan yang sukar dilupakan maka masing-masing mengulanginya. Ada kenangan yang sudah dilupakan tetapi ada yang mengingatkannya. Ada kenangan yang dahulunya pahit tetapi sekarang ia tidak lagi pahit. Ia hanya kenangan semata-mata kenangan.
Ustaz Abd Manan dari Indonesia juga hadir. Saya sempat dengannya di waktu saya belajar di Deoband dahulu walaupun ustaz belajar di Nadwatul Ulama. Hari ini dalam pertemuan ini Ustaz menjadi perhatian umum mereka yang hadir. Semua orang ingin bergambar dengan ustaz kerana teruja dengan apa yang telah terjadi kepada ustaz. Sebenarnya Ustaz telah kehilangan penglihatan sepenuhnya. Ustaz tidak lagi dapat melihat keindahan alam fizikal seperti orang biasa. Namun Allah tidak mencabut penglihatan hati dan basirah ustaz. Ustaz mengingati Al-Quran 30 juzuk dan mengajarnya. "Sebaik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya" itulah kata-kata Nabi saw. Kehadiran Ustaz bagi saya adalah segala-galanya. Ia mendatangkan seribu rahmat kepada orang seperti saya yang perlukan sentuhan-setuhan rohani. Moga-moga Allah memelihara iman dan amalan kita semua kerana sesungguhnya pertemuaan dan multaqa yang hakiki ialah pertemuan dengan Allah SWT di hari akhirat.
Bergambar beramai-ramai
Bergambar beramai-ramai
Bersama Ust Nik Ajun dan Ust Zakaria.
Saya tidak sempat dgn mereka di Deoband.
Mereka meninggalkan Deoband di kala saya baru sampai
Bersama Ust Zakaria yang mahir mengalunkan na`at Urdu
Bersama Ust Surur, Ust Tajol, Ust Jailani, Ust Nazman,
Ust Sukri, Ust Manan, Ust Nongman dan Ust Saifudin
Bersama Ust Mohd Khairi, orang lama di Madrasah Jalalabad
Bersama dengan Ustz Rosnan, Ust Abdullah Husin, Ustz Manan,
Ustz Amir, Ustz Numan,Ust Yusuf Johan
Bersama dengan Yb Ust Abdullah Husin
Bersama dengan Ust ِAslam yang mahir Urdu
Bersama dengan Ustz Nasri, Ustz Azhar
dan Ustz Nik Abduh
Bersama dengan Ust Dr Sayuthi
Ustz Sukri, Ustz Mohd Rasdi, Ustz Nik Abduh
Bersama dengan Ust Junaid yg pergi bersama ke India
Bersama dengan Ust Shukri Thailand,
sempat bersama di Deoband
Seangkatan di Deoband Ust Surur,
Ust Jailani, Ust Mohd Zahirudin
Seangkatan di Deoband dari Thailand
Seangkatan di Deoband Ustz Jailani,
Ust Mohd Zahirudin, Utz Alwi Thailand
Sesi Taaruf
Cermin kereta pecah sebelum berangkat ke Shah Alam
sebaik selesai mengajar di Masjid Subang Perdana
Tuesday, November 25, 2014
Kembara Deoband 67: Nadwatul Ulama Menerima Tetamu
Ketika saya di Deoband ramai tetamu datang melawat Darul Uloom. Mereka
datang dari pelbagai negara dan latarbelakang. Tetamu kerajaan
negara-negara tertentu, badan politik, NGO, badan dakwah, gerakan Islam,
ahli akedemik, asatizah, wartawan, bekas pelajarnya, pelajar di tempat
lain, pelancong yang tersesat dan sebagainya. Begitu juga Nadwatul Ulama
Lucknow tidak sunyi daripada dikunjungi. Terbaru Nadwatul Ulama
dikunjungi oleh TGH Abd Hadi bersama dengan YB Dato` Abdullah Yakub yang
merupakan bekas pelajar Nadwatul Ulama yang cemerlang. Kelihatan dalam
gambar Nadwah sedang membaiki bangunan Masjidnya.
TGH Abd Hadi Awang dan YB Abdullah Yakub menemui Maulana Salman Nadwi
YB Abdullah Yakub bermuanaqah dengan Maulana Rabie
Di Perpustakaan Nadwatul Ulama
Melihat- lihat kawasan Nadwah
Menjamu selera dengan roti tempayan
Menyertai Program Ulama Nadwah

Sunday, November 16, 2014
Kembara Deoband 66: Bekas Pelajar-Pelajar Thailand Nadwatul Ulama 80an
Multaqa (Pertemuan) di kalangan pelajar Thailand yang merupakan bekas
pelajar Nadwatul Ulama Lucknow India yang diadakan di Thailand.
Sebahagian masih saya cam rupa mereka dalam gambar dan sebahagian lagi
tidak. Mereka ini kebanyakannya sempat bertemu dengan Maulana Abul
Hasan Ali An Nadawi dan sebahagiannya sempat
menjadi anak murid beliau. Ramai di kalangan Nadwiyyun Thailand
sambung belajar di Alighar University selepas tamat di Nadwatul Ulama
dalam bidang bahasa Arab atau Social Sciences. Seperti Indonesia, Thailand juga
mengiktirafkan lepasan Alighar University. Ini menyebabkan ramai di
kalangan mereka sambung belajar di Alighar di peringkat MA dan PHD.
Tuesday, November 11, 2014
Kitab 33: Fekah Shah Waliyullah Dehlawi
Setiap pengkaji yang mengkaji tentang ketokohan Shah Waliyullah dalam
pelbagai aspek akan mempunyai persepsi yang berbeza-beza dalam aspek
yang dikaji oleh mereka. Pandangan fekah Shah Waliyullah juga turut
menjadi bahan perbincangan tokoh-tokoh agama mahupun tokoh akademik.
Setiap aliran akan berpendapat Shah Waliyullah adalah daripada aliran
mereka. Kajian yang dilakukan dan pandangan yang dilontarkan telah
menambahkan maklumat yang sedia ada tentang Shah Waliyullah Dehlawi
yang tidak diketahui umum.
Kitab "Fekah Waliyullah iaitu Mazhab Fekah
Imam Shah Waliyullah, Sumbangan dan Kesannya" oleh Maulana Ubaidullah
As`adi dalam bahasa Urdu sedikit sebanyak memberikan pencerahan tentang
ini. Kitab yang mengandungi 203 mukasurat ini membahaskan 3 tajuk utama.
1- Fekah Shah Waliyullah, Ijtihad atau Taqlid
2- Mazhab Fekah Amali Shah Waliyullah
3- Kesan Fekah Shah Waliyullah kepada Ulama
Tidak diketahui samada telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab atau Inggeris
1- Fekah Shah Waliyullah, Ijtihad atau Taqlid
2- Mazhab Fekah Amali Shah Waliyullah
3- Kesan Fekah Shah Waliyullah kepada Ulama
Tidak diketahui samada telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab atau Inggeris

.
Thursday, October 30, 2014
Anekdot Ulama 67: Ustaz Taha Amerika
Zawawi adalah kawan sekolah saya ketika sekolah rendah di Kuala Krai
Kelantan. Kami berpisah semenjak 1980 lagi. Alhamdulillah, baru tahun
ini dapat jumpa kembali melalui jejak facebook.
Ringkas cerita
Zawawi pernah menjadi anak murid bahasa Arab pertama Ustaz Toha di Kota
Bharu. Kini Zawawi tinggal di Dengkel dan mengendalikan catering Pesona
milik beliau dan seorang kawannya yang lain selaku cook. Menurut Zawawi sampai ke hari
ini mereka masih berhubungan terutama menerima Ustaz Toha sebagai
tetamu jika beliau datang ke KL. Ustaz Toha adalah orang putih yang berasal daripada Amerika.
Beliau memeluk Islam ketika masih di sana. Kemudian beliau berkahwin dengan pelajar
Malaysia daripada Temerloh ketika di US. Kemudian beliau ke Madinah untuk mempelajari
bahasa Arab.
Zawawi dgn Pesona Cateringnya
Hari ini Ustaz
Toha datang ke KL atas urusan passport. Zawawi mengambil kesempatan
untuk memperkenalkan gurunya itu kepada saya. Beliau membawa Ustaz Toha
ke rumah saya sebaik selesai urusannya itu. Kebetulan saya tidak pergi
mengajar hari ini. Ustaz Toha baru berumur 46 tahun iaitu lebih muda
daripada saya dua tahun.
Ustaz Toha memang pengajar bahasa Arab
sejati. Beliau tidak jemu-jemu bercakap Arab. Seolah-olah bahasa Arab
menjadi percakapan hariannya. Kadang-kadang sahaja keluar kalimah
Kelantan dari mulutnya. Itupun kerana bergurau.
Sambil menjamu selera makan tengah hari kami banyak bersembang. Seronok juga mendengar pengalamannya mengajar bahasa Arab. Saya banyak juga bertanya tentang manhaj yang dia prefer dalam pengajaran bahasa Arab dan suka dukanya dalam bidang ini. Saya memberitahu beliau bahawa saya bukan specialist bidang ini tetapi tidak melupakan kepentingannya.
Walupun lama di Kelantan nampaknya loghat Kelantan lebih sukar bagi Ustaz Toha berbanding bahasa Arab. Beliau menetap di Kelantan dari tahun 90an lagi. Tetapi hanya belajar bahasa Arab 3 tahun di markaz lughah di Universiti Madinah. Kemudian terus mengajar bahasa Arab di bumi Malaysia sampai ke hari ini. Beliau adalah murid kepada V. Abd Rahim, penulis buku Madinah Arabic yang terkenal itu. Beliau banyak memuji V.Abd Rahim gurunya itu. Malah ada bercerita juga tentang kisah-kisah menarik tentang V. Abd Rahim.
Tak ramai di kalangan kita orang Melayu yang menghayati kehidupan sebagai muallim seperti Ustaz Toha. Hidup yang penuh dengan kesederhanaan dan berjuang menghidupkan bahasa Arab Fusahah yang bukan bahasa ibundanya. Beliau tidak kisah untuk tidak makan gaji. Yang beliau kisahkan bagaimana hendak memelihara dan mengembangkan ilmu bahasa Arab yang dia telah pelajari.
Ustaz Toha Amerika
Sambil menjamu selera makan tengah hari kami banyak bersembang. Seronok juga mendengar pengalamannya mengajar bahasa Arab. Saya banyak juga bertanya tentang manhaj yang dia prefer dalam pengajaran bahasa Arab dan suka dukanya dalam bidang ini. Saya memberitahu beliau bahawa saya bukan specialist bidang ini tetapi tidak melupakan kepentingannya.
Walupun lama di Kelantan nampaknya loghat Kelantan lebih sukar bagi Ustaz Toha berbanding bahasa Arab. Beliau menetap di Kelantan dari tahun 90an lagi. Tetapi hanya belajar bahasa Arab 3 tahun di markaz lughah di Universiti Madinah. Kemudian terus mengajar bahasa Arab di bumi Malaysia sampai ke hari ini. Beliau adalah murid kepada V. Abd Rahim, penulis buku Madinah Arabic yang terkenal itu. Beliau banyak memuji V.Abd Rahim gurunya itu. Malah ada bercerita juga tentang kisah-kisah menarik tentang V. Abd Rahim.
Tak ramai di kalangan kita orang Melayu yang menghayati kehidupan sebagai muallim seperti Ustaz Toha. Hidup yang penuh dengan kesederhanaan dan berjuang menghidupkan bahasa Arab Fusahah yang bukan bahasa ibundanya. Beliau tidak kisah untuk tidak makan gaji. Yang beliau kisahkan bagaimana hendak memelihara dan mengembangkan ilmu bahasa Arab yang dia telah pelajari.
Saturday, October 25, 2014
Kembara Deoband 65: Maulana Taha Best Student Darul Uloom Deoband 1991
Tahun 1989 saya sampai ke Deoband dan memasuki Darul
Uloom baru iaitu Darul Uloom Deoband Waqaf (dengan tambahan waqaf) yang
menggunakan Jamik Masjid Deoband sebagai buildingnya. Tahun berikutnya saya berpindah ke main
building iaitu Darul Uloom Deoband lama. Saya dapati di sana ramai pelajar
foreigner terutama dari South Afrika, England dan Afghanistan. Rata-rata mereka
memasuki kelas atas. Bermakna mereka akan tinggal di Deoband dalam setahun dua
sahaja. Ini kerana mereka telahpun belajar di tempat masing-masing sebelum
datang ke Deoband. Mungkin mereka datang untuk mencari keberkatan atau belajar semula
hadith dengan masyaikh Deoband . Kebanyakkan guru mereka adalah lepasan
Deoband.
Waktu itu pelajar South Afrika, England dan
Afghanistan semua tinggal di asrama. Kami pula tinggal di luar. Namun kami
saling berkenalan antara satu sama lain kerana semua memiliki lesen yang sama
iaitu foreigner. Pelajar South Afrika dan England mempunyai mess tersendiri
dari turun temurun. Mereka bangunkan asrama di Darul Uloom dengan nama Africa
Manzil. Di situlah mess mereka yang terletak di luar Darul Uloom. Ada orang yang dibayar untuk memasak. Bila
tiba time makan mereka hanya ke mess manakala pelajar Malaysia yang
rata-ratanya miskin memasak sendiri dalam bilik sewa mereka. Semasa mereka ke mess inilah kami kerap terserempak di celah lorong berhampiran Masjid Chatta yang hanya beberapa langkah sahaja daripada mess mereka. Laluan mereka adalah laluan kami.
Antara mereka itu ada seorang yang bertubuh
sasa. Saya mendapat tahu dia berketurunan Melayu. Orang panggilnya Toha. Saban
hari ketika pulang dari kelas saya akan melalui bilik Toha yang terletak di
Ihata Bagh, kawasan asrama pelajar South Afrika dan England. Saya pelajar baru.
Toha juga pelajar baru. Dia datang pada tahun yang sama dengan saya tetapi
ketika dia datang dia sudahpun alim. Sudahpun belajar di South Africa.
Bersembang dgn Maulana Toha
Kunjungan Maulana Toha bersama para pelajarnya di Malaysia
Saya tidak pasti Toha terus masuk tahun akhir
atau tahun sebelumnya. Bila dia memasuki tahun akhir namanya terus naik.
Peperiksaan pertengahan tahun meletakkan namanya di atas. Nama South Afrika
naik. Kami juga tumpang gembira kerana dia ada darah Melayu. Suatu hari Toha
datang menziarahi kami pelajar Malaysia. Kami menyewa sebuah rumah yang kami
panggil Baitul Jamil. Saya, Wan Nazarudin, Roselan, Hishamudin, Nik Abduh (YB) dan Iskandar tinggal di situ. Toha memasuki bilik saya. Kami bercakap bahasa
Inggeris kerana pelajar South Afrika bercakap Inggeris sesama mereka. Toha
beritahu bahawa datuk neneknya keturunan Melayu. Tapi dia hanya ingat hanya
satu perkataan sahaja Melayu iaitu “Tok Guru”. Kawan-kawan menceritakan Toha
sangat fasih bercakap bahasa Arab. Saya tidak tahu fasih mana kerana saya belum
pandai Arab. Atau itu mungkin semata-mata takjub kerana rata-rata pelajar
madrasah tak tahu bercakap Arab. Waktu itu kebetulan ada seorang pelajar
keturunan Arab dari Australia. Namanya Fida`. Fida rapat dengan Toha. Jadi
sahlah tu dia pandai cakap Arab.
Waktu itu saya mempelajari kitab Hidayatu Nahw.
Saya bertanya Toha kalau-kalau dia boleh ajar kami. Dengan senyum dia mengatakan
aku tak belajar kitab ini. Aku hanya belajar Nahu Wadih. Sampai sekarang Sheikh Toha menafikan
hubungannya dengan nahu. Satu ketika saya dengar berita Toha kehilangan wang di
New Delhi. Ketika di dalam bas koceknya digunting oleh penyeluk saku. Malang
sungguh nasibnya. Saya juga diberitahu bahawa Toha mempunyai tulisan yang lawa.
Khatnya cantik. Semua orang memujinya. Beliau tinggal di bilik No 2 Ihata Bagh
bersebelahan dengan bilik saya yang saya diami setelah kebanyakan pelajar South
Africa dan England pulang. Saya pernah
melihat tulisannya yang beliau abadikan dalam biliknya. Memang layak dipuji.
Waktu Toha tahun akhir ada seorang lagi pelajar
genius. Namanya saya tidak ingat. Yang pasti dia adik kepada seorang Maulana Darul Uloom yang berasal dari Afghanistan.
Maulana Abd Rauf. Menurut cerita Maulana belajar di Darul Uloom sejak kecil. Maulana
pernah belajar di Saudi juga buat seketika. Jadi Maulana boleh bercakap Arab
dengan fasih. Boleh bercakap Arab dikira keramat di Darul Uloom waktu itu. Ada
dua orang adik beradik Maulana Abd Rauf di tahun akhir waktu itu. Salah
seorangnya adalah saingan Toha di
Dauratul Hadith. Rupanya saya ada kenangan juga dengan pelajar itu. Suatu hari
saya di perpustakaan kerana ingin melihat kitab-kitab Parsi tentang syarah
Risalah Lamiyah berkenaan huruf lam dalam Nahu. Kerana tidak faham saya
bertanya beliau yang pada waktu itu tekun melihat kitab. Dia berserban besar
seperti kebiasaan orang Afghanistan. Sebenarnya jarang pelajar datang
bertandang di perpustakaan. Mungkin dia seorang yang kuat membaca. Saya pula orang yang kebinggungan.
Bila peperiksaan akhir tahun 1991 diumumkan,
nama Toha terpampang dalam list sebagai `best
student`. Dia dapat no satu daripada 700 pelajar. Nombor dua jatuh kepada
pelajar Afghanistan tersebut. [Sheikh Toha
menceritakan dia mendapat berita bahawa pelajar tersebut telahpun meninggal dunia
ditembak di sempadan Afghanistan dan Pakistan. Beliau mengajar di sebuah
madrasah di sana].
Mengikut cerita, ayah Toha pernah jadi best
student juga ketika belajar di Darul Uloom Deoband. Ayahnya sezaman dengan Mufti
Ishak Bahrom, bekas mufti Selangor. Selepas Toha pulang saya ingin mengorek berita
tentang Toha. Waktu itu kawan rapatnya Zubair dari England masih ada. Beliau di
tahun akhir pula. Mereka berbeza satu tahun pengajian. Saya masih ingat lagi
kata-kata Zubair yang mengatakan bahawa dia selalu berdebat dengan Toha kerana beliau kuat Hanafi
dan Toha kuat Syafie. Kata Zubair lagi: “Toha knows everything”.
Seperti pelajar Melayu dahulu kala Toha juga
pergi ke Mesir selepas tamat Darul uloom Deoband selama 2 tahun. Setelah pulang dia membuka sebuah madarasah di
Cape Town. Itu yang saya dengar tentangnya bila ada orang South Afrika datang
menziarahi Deoband.
Suatu hari saya menziarahi Maulana Qamarudin,
guru hadith Muslim saya. Saya menceritakan kepada beliau bahawa Toha bekas best
student Darul Uloom dahulu adalah keturunan Melayu. Dia terus berkata: Aku
tidak pernah melihat kertas jawapan yang ditulis seperti yang ditulis oleh
beliau. Tulisan Bahasa Arab dia juga hebat.[Sheikh Toha sambil bergurau memberitahu setiap kertas jawapannya dihiasi dengan syair sebagai penutup dengan meraikan usul Syafie dan Hanafi dalam huraian hadith. Hanafi kerana pemeriksa bermazhab Hanafi. Bahaya kalau melawan. Syafie kerana mazhab sendiri Syafie. Hati tak rela mempertaruhkan mazhab sendiri!!!. Akhirnya akan memberikan tarjih]
Toha tinggal kenangan. Saya selalu menceritakan
tentangnya kepada kawan-kawan dan murid-murid saya. Mungkin dengan sebab
keberkatan itu tiba-tiba dua tiga hari lepas saya menerima talipon daripada
seseorang yang mengatakan bahawa Maulana Toha akan datang ke Malayasia pada
hari Jumaat 24/10/2014. Dia ingin berjumpa saya. Dia ingin bertemu saya setelah
20 tahun berlalu.
Hari ini Maulana Toha datang ke rumah saya
bersama anak-anak muridnya di Malaysia. Kami bersembang sekejap menceritakan
tentang “purani baat” (cerita lama). Maulana Toha sempat bercerita tentang
kisah ulama Deoband sambil menyelitkan unsur ilmiah tentang sejarah perkembangan manhaj Deobandi daripada Shah Waliyullah, Gangohi dan Kashmiri terutama
untuk bekas pelajar-pelajarnya yang kesemuanya tidak pernah belajar di Deoband. Malah untuk renungan saya juga.
Maulana kemudian berangkat ke Kelantan untuk
bertemu dengan Nik Abduh, Tok Guru Nik Abd Aziz dan rakan-rakan yang
lain.Beliau juga akan ke Terengganu untuk bertemu dengan Maulana Lambok, yang
juga bekas best student Darul Uloom Deoband.
Semoga Allah memberkati safar Maulana Toha Karan dan
usahanya mengembangkan ilmu di South Africa.
Subscribe to:
Posts (Atom)










































.jpg)



