Seperti yang disebut sebelum ini pertama
kali saya mendengar nama Lambak ialah daripada guru saya sendiri Maulana Said
Palnpuri ketika saya dan Roselan menziarahi beliau di rumahnya. Pada tahun 2004
sebaik sahaja pulang ke tanahair saya bertanya khabar tentang nama beliau
tetapi tidak ada yang mengetahui. Pada tahun 2009 setelah saya menziarahi
Deoband saya membawa balik buku daftar Darul Uloom Deoband yang menyimpan
nama-nama pelajar luar negeri mereka yang lama-lama. Saya dapati nama Lambak
ada tertera di dalamnya. Ini memudahkan saya mencarinya kerana disertakan
bersama alamat Maulana. Apabila Al-Akh Lotfi Yusuf dapat menjadi lecturer di
UniSZA beliau memberitahu saya Maulana Lambak mengajar di surau TGH Abbas dan
beliau ada juga mengikuti pengajiannya.
Saya bersama Hamizi, Mohd Azri, Kamarudin
dan Nik Farid bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 8.30 pagi tanggal 5/9/2013 dalam ekspedisi kami untuk menziarahi Maulana. Jam 1.00 tengahari kami sampai di Tepoh, Kuala Terengganu dan makan tengahari di
situ. Setelah makan kami solat di Masjid Wakaf Tembusu yang terletak berdekatan
dengan rumah Maulana Lambak yang hanya dipanggil sebagai ustaz sahaja oleh pelajar-pelajar dan penduduk di kawasan itu. Selesai solat kami ke Surau tempat Maulana
mengajar kerana Lotfi sedang menunggu di situ untuk membawa kami ke rumah
Maulana. Sebelum itu saya sudah membuat temujanji dengan Maulana melalui Lotfi.
Maulana menunggu-nunggu kedatangan kami. Rumah Maulana di seberang jalan utama setentang
dengan surau beliau. Sebaik sahaja kami sampai Maulana sudahpun keluar dari rumah
untuk menyambut kedatangan kami.
Kami dipelawa untuk masuk. Nampaknya
Maulana tidak banyak protokol. Walaupun umur sudah menjangkau 80 tahun Maulana
kelihatan kuat dan sihat. Sebelum ini saya terfikir-fikir bagaimana hendak
bercakap dengan orang yang sudah lanjut usianya. Tentu dia penat. Tentu dia
kurang dengar. Tentu dia cerewet. Tapi semua anggapan itu meleset. Maulana kelihatan
kuat, pendengaran masih baik dan tidak cerewet.
Di hadapan Masjid Wakaf Tembusu: Dari Kiri: Kamarudin, Ibnnawi, Nik Farid, Hamizi dan Mohd Azri
Surau TGH Abbas tempat Maulana Lambok mengajar
Maulana pergi ke India pada tahun 1955 ketika
berusia 19 tahun. Beliau menaiki kapal laut dari Singapura bersama dengan 9
orang pelajar lain ke Calcutta. Perjalanan mengambil masa 2 hari untuk sampai ke
Calcutta. Dari Calcutta menaiki keretapi yang mengambil masa 3 hari 3 malam terus ke Deoband.
Sebelum ke Deoband Maulana sudahpun alim.
Banyak kitab yang telah dipelajari di merata-rata pondok termasuklah
pondok-pondok di Kelantan. Beliau adalah anak murid Tok Guru Hj Abbas satu
zaman dengan TGH Abdul Aziz Nik Mat. TGH Nik Aziz senior beliau
dan pergi ke India lebih awal. Maulana mengakui TGH Nik Abdul Aziz sudahpun alim sebelum pergi India lagi dan juga seorang yang fasih bertutur bahasa Arab. Kalau dalam bidang Nahu Maulana sudahpun
mempelajari kitab setinggi Syarah Ushmuni oleh Ali b. Muhammad b. Isa. Kalau
Fekah sudahpun mempelajari Mahalli. Maulana masih mengingati tokoh-tokoh ulama dan
pusat-pusat pengajian agama di Kelantan semasa beliau berada di situ. Malah beliau
masih mengingati nama-nama anak beranak tokoh-tokoh ulama tersebut. Begitu juga kisah-kisah yang tidak jemu telinga mendengarnya. Antaranya
anak-anak Tok Khurasan (1875-1944) dan mereka yang menjadi anak murid Tok Khurasan dan Tok Guru Haji Abbas (w.1997) seperti Ustaz Yusuf Zaki Yakob (1928-1999). Maulana mengisahkan bagaimana Tok guru Haji Abbas suatu hari pergi ke rumah Ustz Yusuf Zaki dalam keadaan kaki yang penuh dengan selut (lumpur). Kerana menghormati Tok Guru Ustz Yusuf Zaki terus mempelawa Tok Guru masuk tanpa harus membasuhnya. Saya buat rumah ini untuk Tok guru, tok guru masuklah sampai ke katil sekalipun, pijak kapet sekalipun. Kata ustaz Yusuf Zaki.
Tok Guru Haji Abbas, Mertua Maulana Lambak
Walaupun sudah alim Maulana tetap cintakan ilmu. Maulana tidak terus memasuki pengajian yang tinggi di Deoband sesuai dengan tahap kealiman Maulana. Malah bermula dari bawah. Walaupun sudah alim dalam nahu beliau tetap ingin mempelajari kitab nahu yang digunakan di Deoband. Maka belajarlah Maulana kitab nahu seumpama Kafiah dan Syarah Jami. Maulana sangat meminati pelajaran nahu sehingga mengambil kesempatan ketika berada di Deoband untuk menghafal matan Alfiyah Ibnu Malik. Maulana juga menumpukan kepada mata pelajaran ilmu alat seperti Mantik, Falsafah dan Balgahah. Dalam bidang mantik Maulana telah mempelajari kitab setinggi Sullamu l-Ulum dan Qadi Mubarak. Dalam bidang Balghah kitab setinggi Mukhtasar Maani dan Mutawwal. Usul Fekah pula sehingga Husami dan Taudih wa t-Talwih. Antara kitab yang dipelajari oleh Maulana di Deoband selain Sunan Sittah ialah Hujjatullah Balighah (rahsia syariat Islam), Syarah Aqaid Nasafiyah, Musayarah, Musamarah, Hashiyah Khayali (akidah), Dewan Mutannabi, Maqamat Hariri, Dewan Hamasah, Sab`ah Muallaqat (adab arabi), Tafsir Jalalain, Tafsir Baidawi (tafsir), Faizul Kabir (usul tafsir), Mishkat (hadith), Syarah Nukhbah (usul hadith), Nurul Anwar, Musallamu Subut (usul fekah), Siraji (faraid), Tasrih dan Syarh Chagmini (ilmu falak), Rashidiah (munazarah), Fawaid Makkiyah (tajwid) dan banyak lagi.
Beliau juga banyak meluangkan masa mengajar
pelajar-pelajar Malayasia yang lain.
Maulana Fakhrudin Ahmad ((1889-1972))- Bukhari
Maulana Mohd Ibrahim Balyawi (1886-1967)- Tirmizi, Muslim
Maulana Syed Fakhrul Hasan (1905-1967)– Baidawi, Abu Daud
Maulana Naim –Sullam, Mukhtasar Ma`ani
Maulana Mian Asghar Husein- Hidayah 1.
Maulana Mirajul Haq – Hidayah 2 (Saya
sempat menemui beliau ketika berada di Deoband tahun 1989)
Maulana Qari Tayyib (1897-1983)- Hujjatullah Balighah
Maulana Mohd Salim- Tarjamatul Quran
Maulana Anzar Shah (1929-2008)- Tarjamatul Quran
Maulana Nasir Ahmad Khan (1918-2010)-Jalalain
Menurut maulana Mufti Darul uloom waktu
ialah Maulana Mahdi Hasan (1883-1976). Mufti Mahdi pandai bertutur bahasa Arab tetapi kata
Maulana dia tak pandai mengajar. Dia mempunyai daya ingatan yang kuat.
Maulana yang pandai mengajar pada waktu itu ialah Maulana Fakhrulhasan. Saya mencelah: "Saya
mengakuinya kerana saya memilki kitab syarah Baidawi dalam bahasa Urdu yang
ditulis oleh Maulan Fakhrulhasan. Gaya penyampaiannya mudah dan teratur".
Maulana-maulana yang menjadi Sheikhul hadith kami pada waktu saya di Deoband (1989-2004) adalah maulana-maulana yang hanya mengajar kitab-kitab bawah sahaja di zaman Maulana Lambak seperti Maulana Naim (w.2007), Maulana Anzar Shah (w.2008), Maulana Nasir Ahmad Khan (w.2010) dan Maulana Salim (hayat).
Bergambar di rumah Maulana
Maulana-maulana yang menjadi Sheikhul hadith kami pada waktu saya di Deoband (1989-2004) adalah maulana-maulana yang hanya mengajar kitab-kitab bawah sahaja di zaman Maulana Lambak seperti Maulana Naim (w.2007), Maulana Anzar Shah (w.2008), Maulana Nasir Ahmad Khan (w.2010) dan Maulana Salim (hayat).
Tahun akhir yang diduduki oleh Maulana,
yang merupakan tahun pengajian hadith secara seratus peratus, mempunyai
sebanyak dua ratus lebih orang pelajar. Dalam peperiksaan akhir Maulana Lambak
telah berjaya mendapat tempat yang kedua. Tempat pertama diduduki oleh Maulana
Said Palanpuri (guru saya). Ketiga oleh Maulana Fakhruzaman (adik guru kami
Maulana Wahiduzaman Kiranawi). Maka tidak heranlah Maulana Said memberitahu
saya bahawa Lambak seorang yang sangat pintar (woh bahut zahin hai).
Mulanya Maulana juga bercadang ke Mesir apabila
tamat Darul Uloom. Akan tetapi beliau meneruskan pengajian takhassus untuk
mempelajari beberapa kitab yang lebih tinggi terutama dalam ilmu usul. Setelah
itu Maulana terus pulang ke tanahair. Beliau hampir-hampir menjadi calon PAS
waktu itu kerana semasa pulang pilihanraya sedang dalam proses untuk diadakan.
Kata Maulana Allah tidak mentakdirkan beliau dalam bidang politik. Kawan-kawan
yang lain ramai yang menjadi calon. Ada yang menang ada yang kalah. Beberapa individu yang terdapat di dalam buku register yang saya bawa dikenali oleh Maulana terutama yang sezaman dengan beliau. Hampir kesemuanya meninggal dunia. Yang hidup semuanya dalam keadaan uzur. Semoga Allah memberikan kesihatan yang sejahtera kepada mereka. Semoga suatu hari nanti kami dapat berkunjung lagi ke Terengganu untuk menziarahi mereka.
Semasa belajar di Darul Uloom Maulana tidak pergi ke mana-mana melainkan berkurung di Deoband sahaja. Beliau juga tidak
pernah pulang bercuti sehinggalah tamat belajar. Maulana diberikan single
room yang terletak di bawah bilik guru besar (darul Ihtimam).
Biasanya hanya pelajar pintar sahaja diberikan single room. Maulana juga
banyak menghabiskan masa di perpustakaan Darul Uloom, perkara yang jarang-jarang
dilakukan oleh pelajar madrasah. Ini menunjukkan bahawa Maulana tidak berpada
dengan buku teks malah ingin mengali masalah yang ada di dalamnya dengan lebih mendalam.
Maulana berkawin dengan anak TGH Abbas dari
isterinya yang kedua. TGH Abbas seorang yang berharta. Beliau memberikan
tanahnya untuk Maulana mendirikan rumah berdekatan dengan rumah dan surau beliau. Kemudian Maulana bekerja
dengan kerajaan sehinggalah pencen pada usia 55 tahun. TGH abbas juga mewasiatkan kepadanya agar menyambung tugasnya mengajar kerana orang lain tidak mempunyai kecenderungan untuk mengajar walaupun menjadi anak muridnya. Selepas itu Maulana mula
mengajar di surau tersebut dan di masjid-masjid. Sehingga kini Maulana telah
berjaya menamatkan 6 kali pengajian Bukhari. Setiap kali khatam mengambil masa 6
tahun. Maulana juga mengajar kitab Fekah Syafie bawahan, Muhazzab, Al Um, Tafsir
Baidawi dan banyak lagi kitab. Kata Maulana Deoband adalah lubuk ilmu dan
tempat yang berkat. Maulana-maulana yang ada di situ semuanya berkat sebab
itulah semua kitab dapat dikhatamkan dalam masa yang singkat. Kita semua sibuk dengan dunia. Maulana Deoband juga mempunyai banyak keramat menurut Maulana. Antaranya kisah ruangan kosong dalam kelas Daurah Hadith, dari turun temurun dikosongkan antara kedudukan maulana yang mengajar dengan pelajar-pelajar yang duduk di hadapan. Katanya ruangan itu khas untuk jin. Antarnya seorang pelajar pintar sengkatan dgn Maulana yang hilang ilmunya dek kata-kata seorang guru dengan nada kemarahan akan mengambil semua ilmu yang ada padanya kerana derhaka ia kepada guru.
Rumah TGH Abbas mertua Maulana selaku gurunya
yang terbiar di atas tapak tanah TGH Abbas yang
luas di hadapan rumah Maulana
yang terbiar di atas tapak tanah TGH Abbas yang
luas di hadapan rumah Maulana
Maulana juga telah menunjukkan kepada kami kitab-kitab simpanannya. Ada yang disimpan di rumah dan ada yang diletakkan di surau. Dalam perbualan itu Maulana ada menyebut tentang kitab tarajim abwab Bukhari dalam
bahasa arab yang dikarang oleh gurunya Maulana Fakhrudin Ahmad (1889-1972). Maulana Fakhrudin adalah anak murid Sheikhul Hind (1851-1920) dan Maulana Anwar Shah Kashmiri (1875-1933). Saya pertama kali mendengarnya atau terlupa ttg kewujudannya. Saya hanya memilki syarah Bukhari dalam bahasa Urdu oleh Maulana
Fakhrudin. Saya membelek-belek kitab itu. Maulana memahaminya. Akhirnya Maulana
mengizinkan saya membawa pulang kitab tersebut. Menurut Maulana Lambak, Maulana
Fakrudin waktu itu sudahpun tua. Berjalanpun harus dipapah seperti juga Maulana
Zakariya Kandahlawi (1898-1982) di Saharanpur. Kami juga meminta daripada Maulana agar memberikan kepada kami ijazah bagi semua riwayat hadith yang Maulana terima daripada guru-guru Maulana. Beliau dengan berbesar hati telah melafazkan lafaz ijazah kepada kami bagi kesemua marwiyaat beliau.
Kitab Tarajim Abwab Bukhari, Al Qaul Al Fasih, karangan
Maulana Fakhrudin yg saya bawa pulang
Sebahagian Sanad Hadith Maulana Lambak
Maulana Menunjukkan Sanadnya sambil
dilihat oleh Lotfi dan Ibnnawi
Begitulah serba sedikit tentang Maulana Lambak, nama yang cuba ditukar
oleh anak Tok Kenali kepada Abdullah tetapi tidak menjadi kerana kuatnya pengaruh nama yg tetera pada kad pengenalan. Begitulah Maulana Lambak nama yang tidak dikenali ramai tetapi mempunyai sejarah hebat yang tersendiri. Itulah Maulana Lambak pelajar yang didoakan oleh gurunya untuk berkhidmat kepada ilmu sehingga penghujung hayat. Semoga Allah menjadikan kita termasuk ke dalam golongan orang yang sentiasa menuntut ilmu dan berkhidmat untuk ilmu walau di mana kita berada, walau usia hampir menjamah bumi.Maulana Menunjukkan Sanadnya sambil
dilihat oleh Lotfi dan Ibnnawi
Dalam Daftar Persatuan Bekas-Bekas Pelajar Darul Uloom Deoband tertera nama beliau seperti berikut:
Nama: Maulana Lambak,
Tahun Tamat Belajar: 1382H/1962
Alamat: Lambak bin Ibrahim, Kampong Jerim, Kuala Neros, Terengganu,
Malaysia
Daftar Pelajar Malaysia Alumni Darul Uloom Yang diambil
di Darul Uloom Deoband tahun 2009 Tertera nama Lambak
di Darul Uloom Deoband tahun 2009 Tertera nama Lambak
3 comments:
Assalaamu 'Alaykum
Muhtaram,
I have gone through a few pages of your blog and although I am not able to understand Malay it has been informative. Would you be willing to translate these biographies of Malay 'Ulama for our blog: ulamadeoband.wordpress.com
Please let me know
Requesting duas
Was-salaam
Assalamualaikum wbt,
There are some of my fb friends who are willing to help you to translate the biographies. How to send you?
Wslm
Contact me: znawi2000@yahoo.co.in
Post a Comment