Sunday, January 24, 2010

Anekdot Ulama 17: Muhaddith Abdul Haq Dehlawi Ketika Kecil

Muhaddis Abdul Haq Dehlawi (1551-1641M) menceritakan tentang zaman belajarnya bahawa beliau ketika kanak-kanak tidak pernah ada kesempatan untuk bermain. Malah beliau dengan nada mubalaghah mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui apa itu makna bermain, apa itu makna tidur, apa itu makna rehat, apa itu makna berkawan dan apa itu makna berpelesiran. Kerana sibuk belajar kata Muhaddis Abdul Haq, beliau tidak pernah cukup tidur dan tidak pernah makan tepat pada waktunya.

Muhaddis Abdul Haq menukilkan nostalgianya di zaman kanak-kanak dengan katanya: "Setiap hari saya berjalan kaki berulang-alik dari rumah ke madrasah sebanyak dua kali. Tidak kira samada musim panas atau musim sejuk. Jarak antara madrasah dan rumah ialah lebih kurang dua batu. Pagi saya pergi ke madrasah. Tengahari saya pulang sekejap untuk makan. Mak saya selalu menyuruh saya mengambil masa sedikit untuk bermain dengan kawan-kawan. Jawapan saya kepada mak ialah: Apakah tujuannya bermain itu. Kalau tujuannya untuk gembirakan hati maka hati saya akan gembira kalau saya dapat membuat sesuatu untuk pelajaran. Biasanya kanak-kanak suka bermain dan mak bapak akan berpenat menyuruh mereka pergi ke sekolah (madrasah). Tapi saya sebaliknya. Mak saya puas memujuk saya agar meluangkan sedikit waktu bermain. Manakala ke madrasah saya pergi tanpa perlu disuruh. Saya berjaga sampai ke larut malam membaca. Apabila bapa saya mengetahui saya belum lagi tidur beliau akan memekik "Apa yg kamu buattu!!" Bila mendengar suara bapa saya buat-buat tidur. Bila bapa yakin saya dah tidur saya bangun semula untuk membaca.

Itulah Muhaddis Abdul Haq dalam usia baru 12 tahun sudahpun menamatkan pengajian kitab semacam Syarah Aqaid Nasafiyah, manakala dalam usia baru 16 tahun sudahpun selesai mempelajari kitab balaghah semacam Mukhtasar Ma`ani dan Mutawwal oleh Allamah Taftazani. Bagaimanakah didikan yang diberikan oleh keluarga Abdul Haq Dehlawi sehingga menjadikan beliau seorang kanak-kanak yang cinta ilmu semenjak dari kecil lagi. (Rujukan: Hayat i- Sheikh Abdul Haq Muhaddith Dehlawi, 82, 84, 86).

Buku Riwayat Hidup Muhaddith Abdul Haq
Oleh Khaliq Ahmad Nizami Dlm Bahasa Urdu

3 comments:

Anonymous said...

semalam beli behisthi zewar karangan maulana ashraf Ali Thanawi terjemahan Abu Abdul Rahman. Teringat pada ustaz. bila nak beli kitab terjemahan ustaz dan zaujah.. Geram juga lihat gambar kitab yang dipapar dalam blog ustaz tapi tak boleh baca.. maaf ustaz, macam mendesak..

ridhwan

Zaharudin Nawi/Aji said...

Oo dah ada terjemahan Melayu ye. Bihisthi Zewar khas utk wanita.Tapi semua boleh baca.Semua masail ikut pandangan fekah Hanafi.Boleh sentuh wanita tanpa wuduk, boleh kawin tanpa wali etc. Saya ada yg Urdu dn Inggeris.Masa ana suntuk. Tak de masa langsung nk terjemah2. Org selalu dtg rumah beljr kitab. Cresent bagi terjemahan Abu Daud minta checkpun sekrg rasanya kena hantar balik psl tk de masa.Sekrgni ana tumpu siapkn buku belajr bahasa Arab complete course dlm Malaylah. Belum ada dlm pasaran nusantara. Sekrg dah 36 chapter dr lebih kurg 50 chapter. Dlm buln 5 siap lpstu kena edit dn make-up comel2. Tk tahu brp lama akan ambik masa disitu. Ada beberapa buku akn menyusul bersamanya. Semua berkenaan learning Arabic drp bahan2 yg ustz kumpul ketika bljr dulu. Insyaalh.Ada yg dah bljr nota ustz smpi tamat. Sekrg dia dh boleh menadah kitab dgn ustz. Baca kitab fekah syafie umdatun nasik sekali dgn the reliance travaller oleh nuh ha mim keller, kitab2 kecil abul hasan spt qisasun nabiyyin, kitab fusul aqidah dr yusuf qardawi,kitab tajwid etc all in arabic.

Zaharudin Nawi/Aji said...

Thesis Master ustzpun berkenaan dgn Maulana Ashraf Ali Thanawi. Iaitu suatu kritikan takhrij terhadap hadis2 tasawuf Sheikh Thanawi di dalam risalahnya "Haqiqat Tariqah Min Sunnah aniqah". Dlm tu ada lbh kurg 300 hadis. Ustz takhrij dlm 197 buah hadis sj berserta keterangan oleh sheikh. Tiada kritikn dibuat terhdp pndgn sheikh. Ada peljr Bangladesh MA Um yg sambung buat kritikn terhadap pndgn sheikh dlm issu2 tasawuf.