Friday, August 29, 2014

Anekdot Ulama 58: Hamzah Yusuf



Dalam tahun 90an Yusuf Abdullah, seorang rakan kami keturunan India-Yaman yang merupakan warganegara US telah membawa pulang ke Deoband kaset-kaset Hamzah Yusuf yang sedang popular di sana ketika bercuti pada bulan Ramadhan. Saya tumpang mendengarnya. Kuliahnya pada waktu itu lebih berbentuk turath jika dibandingkan 'falsafah". Kuliahnya begitu bersemangat persis cara Arab berpidato. Mungkin kesan lama di tanah Arab. Pakaiannya pun lebih condong kepada pakaian timur Tengah dan afrika Utara dgn berserban daripada berkot. Dalam satu kaset ketika menghuraikan hadith Muwata` beliau mengatakan misdaq dajjal itu ialah komputer, kapal laut.....dan sebagainya yang digambarkan oleh penguasaan teknoloji moden yang dikatakan New World Order.

Lama kelamaan kuliahnya beralih kepada "falsafah" umum tentang Islam. Mengutamakan nilai-nilai universal kemanusiaan yang boleh menjadi titik tolak kepada pendekatan dakwah untuk masyarakat Barat di US. Akhirnya beliau menjadi lebih terkenal. Wawasannya ingin didengari di dewan-dewan kuliah para cediakawan. Maka lahirlah Zaituna yang seperti Istac di Malaysia sebagai wadah beliau mendidik generasi Amerika yang beliau impikan.

Kini beliau di Malaysia. Ramai yang hadir dalam majlis beliau daripada pelbagai latarbelakang minda. Semua mempunyai andaian tersendiri tentang pemikiran dan hala tuju Hamzah Yusuf.

Seperti di India, saya mendengar kasetnya tanpa menemuinya, hari ini juga ketika dia di Malaysia saya mendengar berita tentangnya tanpa menghadiri majlisnya. Saya tidak dukacita kerana tidak menghadiri majlisnya apatah lagi menemuinya kerana saya tahu Hamzah Yusuf tidak kecewa jika seseorang tidak menghadiri majlisnya tetapi berbuat sesuatu untuk thaqafah ilmu dan agamanya.

Wednesday, August 27, 2014

Anekdot Ulama 57: Ustaz Hashim Yahya

Ketika awal tahun 80an masjid Muhammadi Kota Bharu memiliki ramai tenaga pengajar "kuliah maghrib" yang hebat-hebat samada daripada kalangan tok-tok guru pondok maupun di kalangan pensyarah-pensyarah Akedemi Islam Nilam Puri. Saya masih ingat antara yang popular waktu itu adalah Ustaz Hashim Yahya. Kuliah tafsir malam jumaatnya dihadiri oleh ramai jemaah. Rumah saya berdekatan dengan masjid. Saya masih dapat bayangkan Ustaz keluar dari kereta dengan berserban putih,berbaju Melayu dan bersarong pelikat. Beliau menuju ke tangga masjid sambil mengilik kitab di tangan dan berjalan seperti orang yang kakinya bermasalah. Beliau mengajar dalam loghat Utara. Selepas itu tiba-tiba sahaja kuliah malam jumaat menjadi sepi. Rupa-rupanya Ustaz telah berpindah ke Kuala Lumpur kerana Akedemi Islam Nilam Puri berpindah ke sana.

Kemasyuran Ustaz pada waktu itu sedikit sebanyak mempengaruhi diri saya. Sesungguhnya saya terlewat untuk menziarahi beliau. Saya sememangnya berhasrat untuk menziarahi ustaz. selepas pulang dari belajar agama. Oleh kerana terlalu sibuk dengan aktivi harian maka saya menangguh-nanguhkannya samapailah hari ini tanggal 27 Ogos 2014 saya dikejutkan dengan berita sedih ini.

Semoga Allah mengampuni beliau dan meletakkan beliau di tempat yang selayaknya untuk mereka yang berkhidmat untuk agamanya.Ameen.

Wednesday, August 13, 2014

Khatam Buku Arabic Reader


Alhamdulillah, hari ini tanggal 13 Ogos 2014 saya kira hari bertuah untuk saya. Pada hari ini saya telah menamatkan pengajaran buku Arabic Reader menerusi video. Terlalu banyak ranjau yang terpaksa dilalui untuk sampai ke penghujungnya. Berbagai ujian dan dugaan terpaksa ditempuh untuk mengarkibkan pengajian ini agar ia terpelihara dan dapat dimanfaatkan di hari muka oleh mereka mencari mutiaranya.

Buku Arabic Reader
Lebih kurang 45 video Arabic Reader telah dirakamkan. Setakat ini 34 telahpun disiarkan dalam laman sesawang Basooir. Inilah pelajaran pertama bahasa Arab dalam kategori bacaan yang siap dirakamkan daripada keseluruhan kategori yang ada dalam Basooir.

Usaha jika tidak ada masalah dan kepayahan tidak ada kemanisannya. Walaupun hanya 45 video tetapi untuk orang yang tidak profesional seperti saya merakamkannya bagaikan memik
ul tanggungjawab membuat 450 video.

 

 
                               Contoh Video

 Saya juga terpaksa membaca semula teks Arabic Reader. Mencatitkan mana yang perlu terutama perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu agar tidak terkapai-kapai ketika menterjemahkannya. Adakalanya video telah dirakamkan selama dua tiga jam. Apabila siap tiba-tiba soundnya tidak boleh pakai. Terpaksalah membuatnya semula. Adakalanya software crash ketika rakaman dilakukan. Almaklum semuanya tidak original. Adakalanya anak menangis. Adakalanya bateri kamera habis. Card memori rosak setelah rakaman dibuat.
.
                                                                            Buku Nota Arabic Reader Saya


Untuk mempercepatkan proses rakaman saya telah berpuasa daripada berwhatapps malah telah keluar daripada group whatsapp, termasuklah group Basooir sendiri untuk menumpukan kepada tajuk yang masih tertunggak untuk dirakamkan.
Terima kasih tidak tidak terhingga banyaknya kepada Ustaz Roselan yang telah memberikan buku original Arabic Reader untuk dikorbankan menjadi pdf. Semangat bertambah berkobar-kobar apabila menggunakan teks original pada skrin. Terimakasih juga kepada Al Akh Hamizi yang tidak jemu-jemu memberi semangat dan pertolongan untuk menyudahkan rakaman ini.