Tuesday, November 25, 2014

Kembara Deoband 67: Nadwatul Ulama Menerima Tetamu

Ketika saya di Deoband ramai tetamu datang melawat Darul Uloom. Mereka datang dari pelbagai negara dan latarbelakang. Tetamu kerajaan negara-negara tertentu, badan politik, NGO, badan dakwah, gerakan Islam, ahli akedemik, asatizah, wartawan, bekas pelajarnya, pelajar di tempat lain, pelancong yang tersesat dan sebagainya. Begitu juga Nadwatul Ulama Lucknow tidak sunyi daripada dikunjungi. Terbaru Nadwatul Ulama dikunjungi oleh TGH Abd Hadi bersama dengan YB Dato` Abdullah Yakub yang merupakan bekas pelajar Nadwatul Ulama yang cemerlang. Kelihatan dalam gambar Nadwah sedang membaiki bangunan Masjidnya.

 TGH Abd Hadi Awang dan YB Abdullah Yakub menemui Maulana Salman Nadwi


 YB Abdullah Yakub bermuanaqah dengan Maulana Rabie

 
                                                               Di Perpustakaan Nadwatul Ulama



 Melihat- lihat kawasan Nadwah

  Menjamu selera dengan roti tempayan

 Menyertai Program Ulama Nadwah

 

Sunday, November 16, 2014

Kembara Deoband 66: Bekas Pelajar-Pelajar Thailand Nadwatul Ulama 80an


Multaqa (Pertemuan) di kalangan pelajar Thailand yang merupakan bekas pelajar Nadwatul Ulama Lucknow India yang diadakan di Thailand. Sebahagian masih saya cam rupa mereka dalam gambar dan sebahagian lagi tidak. Mereka ini kebanyakannya sempat bertemu dengan Maulana Abul Hasan Ali An Nadawi dan sebahagiannya sempat menjadi anak murid beliau. Ramai di kalangan Nadwiyyun Thailand sambung belajar di Alighar University selepas tamat di Nadwatul Ulama dalam bidang bahasa Arab atau Social Sciences. Seperti Indonesia, Thailand juga mengiktirafkan lepasan Alighar University. Ini menyebabkan ramai di kalangan mereka sambung belajar di Alighar di peringkat MA dan PHD.

Tuesday, November 11, 2014

Kitab 33: Fekah Shah Waliyullah Dehlawi


Setiap pengkaji yang mengkaji tentang ketokohan Shah Waliyullah dalam pelbagai aspek akan mempunyai persepsi yang berbeza-beza dalam aspek yang dikaji oleh mereka. Pandangan fekah Shah Waliyullah juga turut menjadi bahan perbincangan tokoh-tokoh agama mahupun tokoh akademik. Setiap aliran akan berpendapat Shah Waliyullah adalah daripada aliran mereka. Kajian yang dilakukan dan pandangan yang dilontarkan telah menambahkan maklumat yang sedia ada tentang Shah Waliyullah Dehlawi yang tidak diketahui umum. 

Kitab "Fekah Waliyullah iaitu Mazhab Fekah Imam Shah Waliyullah, Sumbangan dan Kesannya" oleh Maulana Ubaidullah As`adi dalam bahasa Urdu sedikit sebanyak memberikan pencerahan tentang ini. Kitab yang mengandungi 203 mukasurat ini membahaskan 3 tajuk utama.
1- Fekah Shah Waliyullah, Ijtihad atau Taqlid
2- Mazhab Fekah Amali Shah Waliyullah
3- Kesan Fekah Shah Waliyullah kepada Ulama
Tidak diketahui samada telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab atau Inggeris



.