Monday, February 3, 2014

Arabic Reader


Mendapat berita baik setelah menelepon kawan baik di Kerteh. Sukar mencari nombornya kerana kerap menukar nombor. Buku Arabic Reader oleh Chaim Rabin yang saya baca ketika berada di India ada di Kerteh dengan pemiliknya Ustaz Roselan Romlee, rakan seangkatan di Deoband. Ust Roselan sesatunya di kalangan kami yang masuk kelas calligraphy Darul Uloom kerana kebolehannya dalam bidang seni khat. Beliau memberi green light utk saya mengambilnya untuk Basooir. Yang kami guna sekarang hanya yg photocopy drp perpustakaan UIA yg tidak boleh dipinjam.

Ketika saya tamat belajar Arabic Grammar saya cuba meluaskan pembacaan sesuai dengan tahap `beginner`. Saya tertarik dengan cadangan agar membaca buku Arabic Reader. Kebetulan adik Ustz Roselan belajar di England pada waktu itu dlm bidang Engineering. Saya meminta beliau agar meminta dgn adiknya supaya mencari buku tersebut dan kirimkan ke India. Agak sukar juga dia mencari buku itu kerana tidak semua kedai menjualnya. Seingat saya buku itu dicetak semula pada tahun 1986. Jadi ia agak baru kerana waktu itu kami berada dalam awal tahun 90an. Kini buku Arabic Reader agak sukar diperolehi. Yang ada secara online juga agak terhad dan masih dalam cetakan lama. Hargapun agak mahal. 

Buku yang berwarna putih comel itu masih dalam ingatan saya. Sayalah yg menjadi tuannya ketika di India. Bila Roselan mahu pulang ke tanahair saya memulangkan semual buku itu kepada beliau. Saya begitu sedih kerana berpisah dengan buku yang banyak membantu saya. Kalau tidaklah kerana buku ini saya tidak akan mengenali nama-nama penulis tersohor dalam bidang kesusteraan Arab. Kini buku itu akan pulang ke pangkuan`tuannya` yang sebenar!!!!

Saya menunggu hari yang sesuai sahaja untuk ke Kerteh untuk mengambil kitab tersebut. Bolehlah saya menziarahi beliau dan seorang lagi teman seangkatan di Deoband yg kini berada di Kemaman.