Friday, September 30, 2011

Bahasa Arab Mudah atau Susah

Salah seorang pembentang kertas kerja di seminar antarabangsa di Langkawi minggu sudah menyatakan bahasa Arab ialah bahasa yang susah walaupun dia sendiri org Arab. Buktinya banyak....kata beliau. Salah satunya ialah hampir tiada negara Arab yg bercakap bahasa fusahah atau bahasa standard. Oleh itu jika org asing ingin belajar bahasa Arab mereka tidak tahu negara mana yg boleh menyediakan suasana utk mempercepatkan proses pembelajaran bahasa. Antara lain, bahasa Arab terlalu banyak kaedah. Kaedah ini tidak dikuasai oleh kebanyakan org Arab. Oleh itu mereka tidak mampu menguasai bahasa Arab dgn betul samada penulisan atau percakapan. Bila mereka tidak mengusainya sudah tentu org lain bertambah sukar utk mempelajarinya. Kurangnya rancangan2 tv dan filem Arab yg menggunakan bahasa Arab Fusahah menyebabkan kesukaran mempelajari bahasa Arab melalui media-media tersebut.

Seorg pembentang Arab yg lain mengatakan bahasa Arab mudah. Melalui pengalaman beliau sebagai pensyarah bahagian bahasa Arab beliau percaya bahasa Arab mudah bukan payah. Yang payahnya bahasa Melayu kerana kaedahnya tidak mantap.

Dalam sesi soal jawab pembentang pertama menyoal pembentang kedua. Kamu kata bahasa Arab mudah dan kamu adalah pakar bahasa Arab tapi malangnya aku mencatat banyak kesalahan grammar yg simple2 ketika kamu bercakap, begitu juga dengan apa yg kamu tulis dalam power point kamu!!!

Selepas selesai sesi pembentangan mereka terus menyambung perdebatan mereka di anjung hotel. Selepas itu mereka bersepakat utk pindah ke tempat jamuan petang. Saya tidak lagi bersama mereka. Saya tidak tahu apakah kesudahan perbincangan mereka.

Itulah hakikat kedudukan bahasa Arab. Apabila tiada kesungguhan utk memertabatkannya maka akan banyaklah berlaku kepincangan dari segi perlaksanaan sehingga ada yang tidak yakin ttg mudahnya bahasa Arab dan ada yang terlalu yakin mudahnya bahasa Arab sehingga mereka terus seronok melakukan kesilapan demi kesilapan yg tidak sepatutnya dilakukan oleh pendokong bahasa Arab.

Thursday, September 29, 2011

Syarif Bhai Kesempitan

Dalam post Kembara Deoband Ke 33 saya menceritakan perihal seorang hamba Allah di Deoband bernama Syarif yang banyak membantu pelajar Malaysia di sana. Minggu lalu saya menerima panggilan talipon daripadanya. Dia menceritakan tentang hujan lebat di Deoband. Wilayah Uttar Pradesh mengalami hujan lebat bulan Sept. dan banyak tempat termasuk Delhi mengalami banjir. Hujan jarang turun di Uttar Pradesh. Kalau turun berterusan ia mudah banjar kerana limpahan sungai Yamuna dan sistem perparitan yang lemah. Akibat hujan yang lebat itu dinding rumah Syarif runtuh. Ini kerana dinding rumahnya masih kaccha. Kaccha ialah satu istilah yg menunjukkan dinding dibina daripada lumpur bagi kebanyakan masyarakat miskin. Kalau semua dikonkrit dinamakan pakka. Dia meminta sedikit bantuan keewangan utk membinanya semula. Syarif bukan jenis org yang suka meminta walaupun berada dlm kesusahan. Kepada pembaca blog ini yang ingin menderma boelhlah menghantar duit terus kpd Syarif menggunakan Western Union. Maklumat lanjut ttgnya boleh diperolehi drp saya dgn menghantar sms di talian 012-6595790. Allah berfirman: Dan terhadap org yg meminta-minta janganlah engkau menegahinya (Al Dhuha 10).

Tuesday, September 27, 2011

Budaya Membaca

Dua hari saya di Pulau Langkawi kerana mengikuti Seminar Antarabangsa di hotel Awana Porto Malai. Walaupun seminar antarabangsa tetapi yg ramainya ialah pensyarah universiti tempatan. Seperti biasa kalau bermusafir saya akan membawa buku dan bahan-bahan bacaan yang lain. Saya akan menbaca buku dalam airport sementara menunggu panggilan utk menaiki kapalterbang; dlm kapalterbang sementara hendak sampai; dlm teksi sementara sampai ke destinasi yg ditujui. Saya dan isteri menginap di Sunset Beach Resort. Ramai orang putih yang memilih untuk tinggal di resort itu kerana ia menghadap ke pantai. Kami dihidangkan dengan sarapan pagi di anjung sarapan di tepi pantai. Di depan anjung diletakkan kerusi-kerusi untuk lepak-lepak menghirup udara nyaman pantai. Bila matahari sudah naik agak tinggi mat salleh mula memenuhi kerusi-kerusi itu dengan gelagat kebiasaan mereka kalau berjemur di tepi pantai. Tapi mereka tidak lupa membawa buku. Kebanyaknn buku bacaan itu ialah novel. Mereka membaca. Tidak berbual. Tidak ada sepatah perkataanpun mereka bicarakan. Semua khyusuk membaca, lelaki dan perempuan.

Kami ke Kuah bila selesai seminar hari pertama. Kata org coklet murah di sana. Begitu juga kain batik dan pinggang mangkuk. Kedai Haji Osman menjadi tumpuan. Agaknya org yang berseminar merancang awal2 lagi ke situ. Sebelum kami sampai ramai yang dah tiba lebih awal daripada kami. Melihat kepada brg2 yg dibeli saya terfikir "org dtg nak berseminar sambil membeli belah ke" atau "membeli belah sambil berseminar".

Kami sampai awal sedikit di airport Langkawi semasa hendak pulang. Sambil menunggu saya membaca bahan-bahan bacaan yang saya bawa. Beberapa artikel mengenai masalah politik, ekonomi, budaya dan etnik di Pakistan yang saya print out dari internet. Di depan saya ada seorg org putih yang sudahpun tua. Di tangannya ada novel. Dia tekun membaca. Dia tidak menghiraukan apa yg berlaku di sekelilingnya. Bila tiba masanya dia berlalu menuju ke balai berlepas. Ramai juga peserta seminar yang mengambil penerbangan di waktu petang untuk pulang ke KL. Saya memerhatikan mereka. Tiada yang meriba buku. Saya membandingkan mereka dengan orang tua tadi. Orang tua tadi kemungkinan besar dtg bercuti tetapi tidak lupa utk membaca. Mereka yang berseminar pula dtg kerana ilmu tetapi lupa membaca.