Sunday, January 15, 2012

Buku: The Canonization of Al Bukhari and Muslim

The Canonization of Al Bukhari and Muslim ialah sebuah buku yg ditulis oleh Jonathan Brown berkenaan dgn pengkanunan kitab hadis Bukhari dan Muslim. Ia sebenarnya thesis PHD beliau di Universiti Chicago. Buku setebal 431 muka surat ini amat menarik kerana ia menceritakan ttg evolusi perkembangan kitab Sahih Bukhari dan Muslim. Bagaimana proses yg dilalui oleh kedua-dua kitab tersebut sehingga akhirnya ia dianggap sebagai kitab hadis yg paling berautoriti di sisi umat Islam aliran Sunni. Membaca buku ini akan mendedahkan kpd kita ttg fenomena masyarakat, ulama dan pemerintah pada zaman Imam Bukhari/Muslim mahupun selepas mereka. Apakah sikap mereka terhadap kedua-dua kitab tersebut. Ia mendedahkan ttg bentuk polemik yg berlaku terhadap kitab tersebut di sepanjang zaman sehinggalah di abad ini. Banyak tokoh-tokoh ulama dan kitab2 disebut oleh Jonathan Brown di dalam bukunya itu sekali gus membantu pembaca mengetahui kaitan seorang tokoh ulama dgn yang lain dan kaitan ulama dengan kitab masing2. Buku ini dicadangkan agar dibaca oleh mereka yg berminat mengetahui ttg sejarah karya2 utama hadis, terutama bagi mereka yang mempunyai latarbelakang dalam bidang hadis. Kritikan ringkas oleh Gibril Fouad Haddad terhadap buku ini juga menambahkan pengetahuan terhadap nilai kajian yg dilakukan oleh Jonatahan Brown (http://mac.abc.se/~onesr/d/cano_e.pdf). Buku ini boleh dimuat turun secara percuma. Penulisnya juga telah memeluk Islam.

Kembara Deoband 43: Deepak Bala Takdir Allah mengatasimu

Setelah hampir tiga tahun tinggal di India pada bulan 5 tahun 1992 saya dikejutkan oleh satu berita besar iaitu saya diarahkan oleh kerajaan India agar meninggalkan India dalam masa lapan hari. Saya terus ke pejabat polis bahagian FRO (Foreigners Registeration Office), tempat saya mendaftar diri di bandar Saharanpur. Pegawai yang bertugas pada waktu itu ialah Mr A.K Singh. Mukanya bengis dengan misai yang tebal. Dia menengking saya. Kata beliau ini adalah arahan kerajaan pusat. Kalau saya tak keluar dia akan penjarakan saya. Saya berkeras mengatakan bahawa tindakan mereka adalah zalim. Mana boleh saya dihalau begitu sahaja tanpa alasan yang kukuh. Saya berkata kepada beliau saya tidak akan menyerah dgn keputusan itu. Saya akan bawa kes ini ke pihak kedutaan saya. Mr Sani yg sudah lama menjadi kerani di situ diam tidak terkata. Passport saya ditahan di pejabat polis.

Pihak kedutaan mengeluarkan surat kepada pihak polis Saharanpur agar menyerahkan passport saya. Saya membawa surat itu kepada A.K Singh. Sebaik sahaja membaca surat itu dia mencampakkannya. Dengan angkuh dia mengatakan bahawa dia tidak bekerja dgn kerajaan Malaysia. Nampaknya surat pihak kedutaan tidak membawa apa-apa makna. Peluang saya untuk meneruskan pengajian menjadi semakin tipis. Saya kemudian mengadu hal ini kpd pihak madrasah. Pihak madrasah juga tidak dapat menolong. Namun Maulana Shamim yg merupakan guru saya memberi jaminan utk menolong saya. Dia membawa saya ke New Delhi. Dia membawa saya menemui pihak Jamiat Ulama Hind (Persatuan Ulama India). Pihak persatuan membawa saya ke rumah seorng Menteri. Saya tidak masuk ke rumah tersebut dan tidak mengetahui apa yg mereka bincangkan. Yang nyata, ianya tidak berhasil. Kemudian saya di bawa ke ITO di bangunan Hans Bhawan, pejabat Ministry of External Affairs. Akhirnya saya di bawa ke pejabat seorg yg mempunyai kuasa terhadap kes ini. Kami menaiki lif. Kami menunggu giliran. Di pintu bilik itu terpampang nama yg sampai sekrg terpahat dlm ingatan saya. Mr. Deepak Bala. Saya diminta duduk. Melihat muka saya Deepak Bala sudahpun mengetahui kes saya. Dia mengambil fail yg dihantar oleh pihak polis Saharnpur. Kata Deepak kamu bersalah kerana didapati menipu kerajaan India menggunakan dokumen yg tidak sah. Visa pelajar tidak boleh belajar di madrasah. Visa pelajar hanya utk belajar di universiti atau kolej yg diiktirafkan oleh kerajaan. Saya menjawab kalau tak boleh kenapa pihak polis kamu berikan keizinan. Kenapa saya seorg sahaja. Semua pelajar asing membawa visa yg sama dgn saya. Kenapa setelah tiga tahun berlalu. Kenapa tidak pada hari yg pertama saya mendaftar di pejabat polis di bawah kuasa kamu. Dia diam tak terkata tetapi masih hendak berhujjah. "Apa kamu dapat belajar di madrasah"? Dia mula memperlekehkan madrasah. Saya tidak membiarkan soalannya itu tidak dijawab. Saya menyampuk, "Tidakkah kamu berbangga kalau org asing boleh bercakap bahasa kamu?. Bukankah aku sekrg bertutur bahasa Hindi? Bukankah ini matlamat sosial budaya dan culture yg ingin kamu serbarkan di mata dunia?" Dia tetap berkeras...Dia tidak mahu berbincang lanjut. Akhirnya dia meluahkan kata-kata pemutus. Kalau kamu ingin menjaga hubungan baik antara negara kamu dan negara kami kamu mesti meninggalkan India.

Saya pulang ke Deoband dgn perasaan hampa. Kawan-kawan juga mula merasakan bahawa mereka juga menunggu giliran. Masing2 memikirkan ke mana mereka akan melangkah seterusnya. Ada yg hendak ke Mesir. Ada yg hendak ke Pakistan. Ada yg hendak pulang. Saya sudah buntu. Tidak ada jalan keluar lagi. Namun Maulana Shamim tetap tidak berputus asa. Dia memujuk saya supaya supaya bersabar. Dia sendiri akan ke pejabat polis Saharanpur. Kebetulan dia ada urusan di mahkamah di sebelah pejabat FRO. Maulana pergi bersama saya. Maulana bertemu dgn boss kepada A.K. Singh. Bila Maulana keluar drp biliknya wajah maulana berseri2. Maulana mengatakan kamu dibenarkan tinggal di India. Kamu tak perlu balik. Maulana mengatakan dia mengenali boss itu. Mulanya dia tidak mengetahui bahawa boss itu ialah org yg dia pernah kenali. Maulana pernah bertemu dgnnya beberapa kali di mahkamah krn urusan mahkamah. Katanya "Kalau dia murid kamu, koi baat nahin (tak apa), dia boleh terus beljr, tak perlu balik". Pada saat itu saya mula mengetahui apa itu undang-undang. Apakah logiknya sebuah pejabat polis daerah berkuasa membatalkan arahan pihak kementerian. Saya dihalau tanpa alasan dan dibenarkan tinggal semula tanpa alasan juga. Atas motif apa saya dihalau sedemikian rupa? Siapakah yg mulakan perancangan ini, pihak kementerian atau pihak polis?. Bagaimana pula dgn kesombongan Deepak Bala?. Kalau saya boleh bersemuka dgn Deepak bala saya akan mengatakan: " Wahai Deepak Bala! keputusanmu tidak mampu mengatasi takdir Allah SWT". Pelik sungguh apa yg terjadi. Sayalah org yg pertama di halau tetapi sayalah org yg terakhir meninggalkan India. Allah sahaja yg Maha Mengetahui ttg hikmahnya.