Friday, August 31, 2007

Pengajian Tirmizi 4

Masalah Binaa` (مسئلة البناء)
Hadis ini menunjukan bahawa jika tiada wuduk maka solat tidak sah.Bagaimanakah pula kalau terbatal wuduk ketika solat? Apakah juz solat yang sebelum terbatalnya wuduk dikira sebahagian dari solat kerana ianya didirikan dalam keadaan berwuduk.Masalah ini dikenal sebagai masalah binaa`.Yakni jika seseorang yang sedang bersembahyang tiba-tiba berhadas dengan hadas kecil maka ia hendaklah berhenti dari solatnya kemudian pergi mengambil wudu semula.Sekembalinya ia ditempat ia bersolat maka ia dibenarkan menyambung semula solatnya pada rukun di mana terbatalnya solatnya ketika dia berhadas.Dengan kata lain, dia tidak perlu mengulangi solatnya dari awal.Masalah ini adalah masalah furu`iyyah yang diterima oleh mazhab Hanafi dan tidak pada mazhab lain. Menurut mereka masalah ini adalah khilaf qiyas kerana terdapat hadis yang
diriwayatkan oleh Ibn Majah tentang binaa.Hadis ini dhaif tetapi turuqnya yang banyak telah mengangkat ia kepada hasan lighairihi.

Saturday, August 18, 2007

Pengajian Tirmizi 3

Hadis menunjukan kalau tiada thuhur solat tidak akan diterima. Ulama fekah mengatakan "macam mana kalau tiada air atau tanah, adakah perlu solat? Kan hadis semacam mengatakan "tak de guna solat pasal tak di terima kalau tak ada wudu". Macam mana nak wuduk kalau air tak ada atau tanah untuk bertayammum ganti air pun tak ada.
Kes ini masyhur dgn gelaran (فاقد الطهورين) atau kes "orang hilang dua alat yang digunakan untuk bersuci". Manalah tahu naik kapalterbang nanti tak ada air nak berwudu!
Ringkasan jawaban Imam2 didalam permasalahan ini adalah
.1-Imam Abu Hanifah: Tak payah solat tapi kena qada.
2-Imam Ahmad: Kena solat pada waktu itu, wajib hukumnya wlpn tak de air.Balik rumah nanti tak perlu lagi qada.
3-Imam Malik: Senang sahaja, tak payah solat dan tak payah qada.Gugur dari tanggugjawab pasal tak cukup syarat wajib solat.
4-Imam Syafie: Banyak pendapatnya, ada 4 qaul. Tapi yang rajihnya "Kena solat dan kena qada".
5-Imam Abu Yusuf dan Muhammad ( dari mazhab hanafi): Kena solat dan qada.Tapi solatnya dlm bentuk tashabbuh dgn org yg wajib solat. Yakni buat-buat solat seperti kes org suci dari haid di sianghari Ramadhan, dia digalakan buat2 macam puasa, tiru-tiru orang yg wajib puasa dengan mengekang diri dari makan minum.Katanya Imam Abu Hanifah akhirnya bersetuju dgn pendapat ini.

Pengajian Tirmizi 2

لا تقبل صلاة بغير طهور (Solat tidak akan diterima tanpa kesucian)
Apakah maksud solat tidak akan diterima? Adakah ia bermaksud solat tidak sah lalu tidak diterima? ِAِِِtau adakah tidak diterima pahalanya sahaja sedangkan ianya sah? Kedua-duanya boleh dipakai disini. Maksudnya: kalau tak berwudu solat tidak sah dan tidak diterima kerana tiada thuhur.Begitu juga kalau hati tidak bersih, tidak suci atau tidak thuhur maka solat tidak akan diterima juga dengan ertikata tidak mendapat pahala.
Namun, di sini mungkin Imam Tirmizi maksudkan tidak di terima pahalanya kerana di tempat lain Imam Tirmizi sudahpun mendatangkan hadis yang menunjukan wajib thuhur yang bermaksud wudu, yaitu مفتاح الصلاة الطهور. Ini adalah kerana Imam Tirmizi hanya mendatangkan satu hadis sahaja untuk satu kes dalam kitabnya itu Satu hadis untuk satu kenyataan.

Thursday, August 2, 2007

Pengajian Tirmizi 1

أبواب الطهارة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم
باب ما جاء لا تقبل صلاة بغير طهور
حَدَثَنَا قتيبة بن سعيد حدثنا أبو عوانة، عن سماك بن حرب، عن ابن عمر، عن النبي صلى الله عليه وسلم، قال: لا تقبل صلاة بغير طهور، ولا صدقة من غلول، قال هناد في حديثه: إلا بطهور، قال أبو عيسى: هذا الحديث أصح شيء في هذا الباب وأحسن في الباب عن أبي المليح، عن أبيه، وأبي هريرة، وأنس، وأبو المليح بن أسامة أسمه عامر، ويقال زيد بن أسامة بن عمير الهذلي
Keterangan Bab
Kalimah طهور adalah masdar dibaca dengan dhamma pada huruf "ط" iaitu dibaca tuhur, bererti suci. Ia juga digunakan dengan makna suci dari najis hakiki dan najis hukmi. Tajuk bab dinamakan tarjamatul bab dalam istilah muhadithin. Di antara methodologi Imam Tirmizi di dalam penamaan bab-bab hadisnya ialah beliau mengambil lafaz hadis sebagai tajuk bab seperti contoh di atas. Walaupun begitu, jika ianya sukar beliau akan menggunakan lafaz beliau sendiri. Dari segi bandingan dengan Imam-imam yang lain tarjamatul bab Imam Tirmizi adalah yang paling tepat dan selaras dengan hadis.
Keterangan Sanad
Sanad hadis ini berakhir dengan ungkapan عن رسول الله صلى الله عليه وسلم bermakna hadis yang akan diriwayatkan oleh Imam Tirmizi ini adalah hadis marfu` dalam istilah usul hadis. Dalam sejarah penulisan hadis, ulama-ulama terdahulu mencampur aduk di dalam kitab mereka riwayat secara marfu`, mauquf, maqtu dan athar. Kenyataan ini boleh dilihat di dalam kitab-kitab seperti Kitabul Aathar oleh Imam Abu Hanifah, Muwatta` oleh Imam Malik, Musannaf Abd Razak, Musannaf Ibn Abi Shaibah dan sebagainya. Selepas itu, para muhadthin menumpukan pula kepada memasukkan hadis-hadis marfu` sahaja di dalam kitab-kitab mereka. Orang yang pertama memperkenalkan kaedah ini ialah Musaddad bin Musarrad. Kemudian selepas beliau kebanyakannya mengumpulkan hadis marfu`.
Penggunaan "حدثنا"
Cara memulakan bacaanya ialah dengan menambahkan ungkapan "به" iaitu dengan menyebut wa bihi hadathana "وبه حدثنا ". Bihi adalah ringkasan kepada "بالسند المتصل منا إلى الإمام الترمذي قال ".
Seeloknya dibaca satu kali di permulaan pelajaran secara sepenuhnya " وبالسند المتصل منا إلى الإمام الترمذي الحافظ أبي عيسى قال به ". Kemudian memadai dengan membaca " وبه قال" pada setiap kali membaca hadis.
Satu perkara yang penting diketahui oleh seorang pelajar hadis ialah secara umumnya permulaan sanad sehingga dua tiga rawi periwayatan hadis biasanya menggunakan " حدثنا" dan " أخبرنا". Kemudian rawi-rawi yang lebih tinggi menggunakan periwayatan secara `an`anah " عنعنه" yakni menggunakan " عَنْ " Shah Waliyullah Dahlawi menjelaskan bahawa sebabnya ialah rawi-rawi mutaqaddimin jarang tadlis berbanding dengan muta`akhirin, mereka kerap tadlis. Berhubung dengan masalah ini, Ibn Hajar mengatakan tadlis di kalangan tabi`i tak lebih daripada 35 orang manakala rawi-rawi selepasnya mencecah melebihi 100 orang. Seterusnya bilangan mudallisin semakin bertambah banyak sehingga sukar untuk di kira. Oleh kerana pentadlisan tidak berapa berlaku di kalangan mutaqaddimin maka riwayat secara `an`anah di kalangan mereka tidak termasuk sesuatu yang "meragukan". Ringkasnya, pengunaan `an`anah oleh mereka seumpama mengunakan haddathana dan akhbarana kerana kesiqahan mereka. Sebaliknya, muta`akhirin mesti menyebut " حدثنا" atau " أخبرنا" kerana tadlis semakin menjadi-jadi di zaman mereka.