Friday, October 14, 2011

Kembara Deoband 41: Sebuah Masjid Di Stesen Keretapi N. Delhi

Stesen keretapi New Delhi mempunyai dua pintu masu yang besar. Satu dari arah Ajmeri Gate. Satu lagi dari Arah Kashmiri Gate. Bahagian Ajmeri Gate untuk mereka yang dtg dari kawasan Masjid Jamek. Manakala Kashmiri Gate pula menghampiri kawasan Cannought Place, kawasan membeli belah golongan kelas atasan. Keretapi ke Deoband biasanya berada di Platform no 2 dan 3. Biasanya kami datang lebih awal kerana terpaksa berbaris panjang untuk membeli tiket pulang ke Deoband. Sementara menunggu keretapi kami berehat di platform sahaja. Jika waktu solat sudah masuk sebelum keretapi bertolak kami akan bersolat di sebuah masjid yang terletak betul-betul di atas platform no 2. Ia berada betul-betul di bawah jejantas yg menghubungkan antara platform2. Selepas kedudukan masjid tiada lagi binaan paltform, hanya landasan keretapi memanjang meninggalkan New Delhi. Manakala di kiri kanan masjid ialah landasan keretapi yg dikongsi oleh platform 1, 2 dan 3. Jika kita bersolat dan waktu itu kebetulan keretapi sedang bergerak melalui platform maka masjid akan bergegar, begitu juga dengan jemaah kerana terlalu hampirnya masjid dgn landasan. Masjidnya kecil sahaja. Kalau kebetulan hari itu jemaahnya ramai, kita terpaksa menunggu giliran. Saya tidak pernah bertanya ttg sejarah masjid itu. Bagaimana ia boleh berada di tengah-tengah lautan manusia yg ramai itu. Ada berbelas2 platform. Tiada satupun mandir atau kuil Hindu. Tetapi sebaliknya masjid org Islam mendapat penghormatan.

Masjid itu dipenuhi oleh jemaah berbaju merah pd waktu solat. Kebanyakan mereka yg berbaju merah dgn uniformnya yg khusus di railway station adalah org Islam. Mereka bekerja sebagai pengangkut barang2 penumpang dari keretapi atau ke dlm keretapi. Mereka memiliki lesen dari pihak pengurusan Railway. Badan mereka kuat walaupun ada yg tubuhnya kecil. Mereka boleh membawa berkilo-kilo barang seorang diri. Tangan kanan dan tangan kiri memegang beg. Kepala mereka juga diisi dengan beg2 yang besar. Mereka menjunjungnya dgn cara mengimbang melalui arus manusia yang dtg dr berbagai arah. Kepala mereka bagaikan ada spring.

Masjid itu tempat mereka berehat dan berbincang2. Dan yg paling penting tempat mereka bersolat dan beribadat. Ada seorang tua yg disegani dikalangan mereka. Dia berjanggut putih. Dialah yg menjadi Imam solat waktu. Dialah yg menjadi Imam solat Jumaat. Di akhir-akhir pengajian saya di sana pakcik itu tidak lagi bekerja mengangkut barang2. Mungkin rakan-rakannya mengesyorkan dia berehat dan menjaga masjid sepenuh masa. Saya sangat2 terkilan kerana tidak pernah mengambil kesempatan utk berbual pjg dengan pakcik itu. Sudah tentu dia memiliki khazanah pengalaman yg begitu banyak mengenai masjid itu. Sudah tentu mereka berputih mata mempertahankan kewujudan masjid itu dari tangan2 yg cuba merampas atau mengalihkannya ke kawasan lain. Saya percaya masjid itu sudah lama berada di situ Iaitu sebelum perluasan stesen keretapi New Delhi. Masjid itu sudah tentu di bawah kuasa peruntukan status quo monumen ibadah. Tetapi jika diabaikan kerajaan boleh sj meruntuhkannya kerana terletak di kawasan yg boleh dijadikan alasan kukuh samada diruntuhkan atau dipindahkan.

Saya begitu terharu dengan dedikasi pekerja-pekerja yang dipanggil sebagai coolie itu menghidupkan masjid yg serba kekurangan itu. Walaupun mereka sentiasa bermandikan peluh tetapi mereka tetap mengingati Tuhan mereka.

Coolie sdg mengangkut brg2 di platform no 2

Monday, October 10, 2011

Allah Pemudahkan Kesempitan Syarif

Sebelum saya ke Langkawi saya melihat banyak missed call pada skrin telepon bimbit saya dtg daripada Syarif Bhai. Sebelum saya berangkat sekali lagi saya menerima panggilan daripada Syarif. Kata Syarif dia telah menghubungi seorang sahabat menceritakan tentang dinding rumahnya runtuh kerana hujan lebat. Selepas itu dia cuba menghubungi saya pula. Saya tidak sempat sembang lama dengan Syarif kerana terpaksa bergegas utk ke Langkawi. Saya tidak bertanya panjang tentang keseriusan runtuhan itu. Kebetulan Syarif tidak memberitahu bahawa dia perlukan bantuan. Di Langkawi saya menerima sms dr seorg sahabat bertanya samada saya menerima panggilan drp Syarif. Saya berkata ada, tetapi saya tidak mengetahui cerita sebenar tentangnya secara detail. Sekembali ke KL saya menelepon Syarif mohon penjelasan drp dia ttg apa yg sudah berlaku. Dia berkata bangunan rumahnya roboh teruk terutama bahagian dinding yg diperbuat drp tanah liat. Pada waktu malam banyak binatang masuk dan anak2pun tidak boleh tidur.

Saya bertanya adakah sudah dibaiki atau belum. Kata Syarif belum kerana tidak ada duit. Saya bertanya lagi apakah dia menghubungi kawan-kawan bekas pelajar Deoband yg tinggal di luar negara. Jawab Syarif ada. Berapa kos untuk membaiki kerosakan itu, tanya saya. Jawab Syarif lebih kurang dua puluh ribu rupee mengikut andaian tukang. Mulai dari saat itu saya sentiasa berfikir macam mana hendak membantu Syarif. Ustaz macam saya yg tidak makan gaji dgn mana2 institusi ini sudah tentu tidak mampu untuk menghulurkan wang sebanyak itu sekelip mata. Seminggu selepas itu saya menelepon Syarif bertanya khabar ttg rumahnya. Menurut beliau belum ada bantuan drp mana2 pihak. Sementara itu saya baru memperolehi 50 ringgit hasil sumbangan kawan-kawan di tempat saya mengajar. Syarif menelepon saya semula bertanya ttg bantuan. Saya memberitahu Syarif saya akan menghantar duit kpdnya seberapa yg dpt saya kumpulkan pada hari Isnin 10/10/2011. Pada hari Sabtu, duit yg terkumpul tiga ratus ringgit. Pada hari Ahad saya menelepon Syarif lagi utk bertanya kalau-kalau dia sudah menerima sumbangan drp sesiapa. Katanya ada, drp Afzal Afrika yg pernah belajar di Deoband. Dia tinggal di South Afrika. Dia mengirimkan sepuluh ribu rupee kpd Syarif. Hati saya terasa lega. Alhamdulillah. Pada hari Isnin saya mengira bantuan yg diberikan oleh sahabat2 untuk Syarif. Saya macam tidak percaya kerana ia mencecah sepuluh ribu rupee lebih (Rm 700). Bermakna keperluan utk membaiki rumah Syarif mencapai angka minima yg beliau perlukan.

Saya masih ingat Afzal Afriki. Sememangnya dia seorg yg lembut hati dan pemurah. Ketika saya setahun dua di Deoband waktu itu Afzal sudahpun mahu pulang ke South Afrika kerana tamat belajar. Setelah sekian lama pulang, Afzal pernah dtg menziarahi Deoband. Dia juga sempat melawat rumah Syarif. Melihat keadaan tandas rumah Syarif yg teruk Afzal meninggalkan sejumlah wang kpd Syarif utk membina tandas baru.

Saya amat-amat berterima kasih kepada sahabat2 yg telah memberikan sumbangan kpd Syarif walaupun tidak pernah mengenali Syarif.
1-Hadi Alor Setar-rakan blog ini.
2-Rijal- rakan blog ini.
3- Staff Pejabat Exim.
4- Yusri Mohd Marzuki - abg isteri saya
5-Hamizah Taib-rakan fb isteri saya
6-Zunaidah Mohd Marzuki- isteri saya

Semoga Allah menjadikannya amalan soleh dan memberkati rezeki anda semua. Saya bagi pihak Syarif Bhai mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kpd anda semua. Di bawah ini ialah resit pengiriman wang kepada Syarif melalui Western Union.