Saturday, July 5, 2014

Misykat Masabih

Saya mempelajari kitab hadith Misykat dengan guru-guru Darul Uloom Deoband. Iaitu 
 1. Maulana Riyasat Ali Bijnori.
2. Maulana Abdul Khalid Madrasi
3. Maulana Ahmad.

Kitab Misykat merupakan takmilah kepada kitab Masabih al Sunnah oleh Husain b Mas`ud al Farraa` al Baghawi. Beliau hanya menulis dua fasal dan tidak menyebut perawi hadis.
Kemudian Khatib Tabrizi (pengarang Misykat) menyempurnakan fasal seterusnya iaitu dgn menambahkan fasal ketiga dan menambahkan nama perawi-perawi hadis .

Berikut adalah ringkasan buriran tentang kitab Misykat:
- hadis dlm Masabih al Sunnah: 4434.
- hadis dlm Mishykat: 5945.
- bilangan hadis yg ditambah: 1511.
                                                                                                          
                                                       Misykat Cetakan Deoband India

Misykat mengumpulkan hadis daripada 12 jenis kitab
- Bukhari
-Muslim.
- Malik,
- Tirmizi,
-Abu Daud,
-Nasai,
- Ibnu Majah.
- Darimi,
-Musnad Ahmad,
-Baihaqi,
-Razin b Muawiyah,
-Darul Qutni.

Ia berfungsi sebagai suatu pengenalan kepada hadis-hadis yang terdapat dalam kitab-kitab yang besar. Ia diijadikan muqarra atau silibus di kebanyakan madrasah di Benua India sebelum pengajian kitab Sunan Sittah.
Di samping itu ia menjadi satu manual bagi mereka yang sibuk kerana sifatnya yang ringkas dan juga manual bagi golongan tasawawuf.

Contoh kepentingan Kitab Misykat:
Sesetengah ulama mengatakan kitab Hujatullah Balighah (Shah Waliyullah Dehlawi) adalah syarah kpd jauhar/inti hadis-hadis Mishykat.
Maulana Sayyid Ahmad Berelwi dan Shah Ismail Syahid  yang merupakan ulama dan pejuang kemerdekaan India menjadikan kitab Mishykat sebagai kitab yang perlu dibaca kepada mujahidin mereka semasa peperangan menentang Ingeris di India.
Kitan Misykat juga mendapat paling banyak tempat untuk penulisan hawashi dan syarah di kalangan ulama selepas kitab Bukhari Muslim.

Antara Syarah Kitab Misykat ialah
1. الكاشف عن حقائق السنن – حسن بن محمد الطيبي
2. شرح المشكاة – أبو الحسن بن محمد علم الدين البخاري
3. منهاج المشكاة – عبد العزيز الأبهري
4. مرقاة شرح المشكاة – نور الدين علي بن سلطان محمد الهروي الملا علي القاري
5. شرح المشكاة – شهاب الدين أبو عباس
6. حاشية المشكاة– سيد شريف علي بن محمد الجرجاني
7. حاشية المشكاة– محمد سعيد بن المجدد ألف ثاني
8. هداية الرواة إلى تخريج المصابيح والمشكاة – ابن حجر
9. لمعات التنقيح – عبد الحق الدهلوي
10. أشعة اللمعات – عبد الحق الدهلوي (اللغة الفارسية)
11. التعليق الصبيح – محمد إدريس الكاندهلوي
12. مرعاة المفاتيح – عبد الله الرحماني المباركفوري
13. أزيقة النجاح شرح المشكاة – عبد النبي عماد الدين محمد الشطاري
14. زينة النكاة في شرح المشكاة – سيد محمد أبو المجدد محبوب عالم أحمد آبادي
15. مظاهر الحق – محمد قطب الدين خان الدهلوي (الأردية)


Antara Terjemahan Dakam bahasa Parsi Dan Urdu
1. شاه عبد العزيز الدهلوي
 (1159H - 1248H)
2. شاه إسحاق الدهلوي

 (1197H - 1262H)
3. كرامت علي الجونفوري