Friday, January 15, 2010

Si Bahlul Belajar Nahu

Diceritakan bahawa seorang bahlul membaca ayat Al Quran فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللهُ أَنْ تُرْفَعَ (An Nur, 36) dengan membaca فِي يُيُوتٌ bukannya فِي بُيُوتٍ iaitu dengan merafa`kan بُيُوت. Mendengar bacaannya yang sebegitu seorang kawannya bertanya kenapa kamu membaca rafa` يُيُوتٌ sedangkan bacaan yang sepatutnya ialah dengan jar فِي بُيُوتٍ. Maka berkatalah si bahlul itu: "Jika Allah sendiri menyebut agar membaca يُيُوت dengan rafa` kenapa pula kamu jarkannya. Tidakkah Allah berfirman "Pada perkataan يُيُوت itu Allah izinkan rafa` = فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللهُ أَنْ تُرْفَعَ" !!!!!! Pengajaran: Kalau nak kira hari ini ramailah terpaksa dilabelkan `bahlul` kerana baca baris bahasa Arab ikut selera sendiri berhujahkan asal faham dah lah. (Rujukan: Nafhatul Arab, 43).

Nafhatul Arab

3 comments:

Hamba Allah said...

saya harap ustaz mohon biasiswa PhD UIA yg heboh diperkatakan sekarang... gabungan kaedah deobandi dan kaedah moden dapat menguatkan ilmu antara satu sama lain. Disamping bertugas bersama zaujah...

semoga ustaz dan zaujah serta anak2 bertambah rahmat dan hidayah kurniaanNya. amim.

Zaharudin Nawi/Aji said...

Zaujah kata ana tak sesuai ngajr universiti.Pasal unives byk meeting.Byk keja pejbt. Nk kembg kitab susah.Unvrst ada matlamt sendiri etc

Anonymous said...

hmm, betul juga.. saya bertugas sebagai guru. Dulu saya anggap tugas guru mendidik anak bangsa supaya jadi insan. kini guru adalah sekadar pekerjaan semata-mata.

sedih juga

ridhwan