Saturday, February 6, 2010

Anekdot Ulama 18: Perginya Seorang Muhaddith Deoband

Hari khamis yang lalu saya menerima sms dari seorang kawan di Deoband memberitahu bahawa Maulana Naseer Ahmad Khan telah meninggal dunia. Inna lillaah wa innaa ilaihi raaji`uun. Maulana ialah Sheikhul Hadith Darul Uloom Deoband. Kebelakangan ini Maulana sudahpun tidak mengajar. Malah ketika saya mengunjungi beliau awal tahun lepas beliau sudahpun tidak mengajar kerana sakit tua. Umurnya ketika meninggal dunia mencecah 92 tahun. Ketika saya di tahun akhir (1999), Maulana mengajar saya kitab hadis Bukhari jilid pertama kerana Darul Uloom membahagikan kitab Bukhari kepada dua juzuk. Juzuk pertama Maulana yang mengajar. Juzuk yang kedua Maulana Abdul Haq Azami. Saya mengenali Maulana agak rapat kerana biasa bersembahyang waktu di Masjidnya yang dinamakan Lal Masjid (Masjid Merah kerana dindingnya merah).

Hampir 70 tahun lamanya Maulana mengajar di Darul Uloom. Semenjak menjadi Sheikul Hadith puluhan ribu pelajar telahpun menamatkan pengajian Bukhari di bawah didikan Maulana. Itu belum lagi dicampur dengan bilangan pelajar yang tamat mempelajari kitab hadis selain Bukhari sebelum Maulana memegang jawatan sebagai Sheikhul Hadith. Dikatakan Maulana sangat menghormati hadis Nabi saw. Setiap kali hendak mengajar Maulana akan mandi terlebih dahulu, sebagai persediaan menyucikan diri lahir dan batin. Biasanya Maulana akan berjalan kaki dari rumah ke madrasah. Pada hari jumaat saya masih ingat selalu melihat Maulana berjalan laju ke masjid Darul Uloom pada awal waktu untuk mendirikan solat Jumaat. Ijazah hadith Bukhari saya perolehi daripada Maulana sebanyak dua kali. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Maulana Naseer Ahmad Khan dan mengumpulkan beliau bersama-sama dengan golongan salihin. Ameen

Sanad Peribadi
Maulana Naseer Ahmad Khan Ijazah Sanad Hadith Drp
Maulana Naseer Ahmad Khan
Ijazah Sanad Hadith
Drp Maulana Abdul Haq Azami



4 comments:

Zaharudin Nawi/Aji said...

Boleh sahaja nak masukkan ke facebook. Tak ada halangan
Wassalam

mohd fitri bin asmuni said...

Innalillahi wainna ilaihi roji'un. Beruntung Ust berpeluang menadah Bukhari dgn beliau. Semoga Ust menjadi sehebatnya kelak.

Anonymous said...

Ustz Zaharuddin yg dihormati

BOlehkah memohon sanad hadith dari ustaz? Ada syarat yg ust kenakan?
Syukran - Anwar

Zaharudin Nawi/Aji said...

Boleh je ambik sanad. Seeloknya sambil-sambiltu mengajilah kitab-kitab hadis dgn siapa-siapa. Dtglah rumah ustaz.