Maulana Husain Ahmad Madani ialah guru kepada ramai pelajar Malaysia pada tahun lima puluhan. Beliau juga guru kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz, menteri besar Kelantan. Maulanai Madani meninggal pada tahun 1957. Pada 5hb July 2012 baru-baru ini isteri beliau pula meninggal dunia dalam usia menjangkau 102 tahun. Beliau ialah ibu kepada guru hadith saya Maulana Arshad Madani yang waktu itu mengajar kitab Tirmizi jilid 2. Jenazah disembahyangkan oleh Maulana sendiri diperkarangan Darul Uloom Deoband. Gambar menunjukan jenazah diusung di perkarangan Darul Uloom oleh para pelajar, asatizah dan mu`taqidin Darul Uloom. Tak lama kemudian isteri bekas guru besar Darul Uloom Deoband Almarhum Maulana Marghuburahman (guru besar ketika saya menjadi pelajar) pula menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 10hb July 2012 pada usia 95 tahun. Semoga Allah merahmati roh mereka berdua, Ameen.
No comments:
Post a Comment