Monday, October 1, 2007

Pengajian Tirmizi 8

Di akhir hadis ini juga Imam Tirmizi menyebut [وفي الباب ]. Perlu diingatkan bahawa di antara metodologi Imam Tirmizi di dalam penulisan kitab Jami` Tirmizi beliau ini adalah beliau hanya mengemukakan satu hadis sahaja bagi satu bab hadis yang hendak dibincangkan. Misalnya dalam bab "Solat tidak akan diterima tanpa tuhur" ini beliau hanya mendatangkan hanya riwayat dari Ibn Umar sahaja. Manakala hadis-hadis lain daripada sahabat yang lain, yang menyentuh persoalan yang sama, tidak disebut oleh beliau malah beliau hanya menulis
[وفي الباب ] sebagai tanda kepada wujudnya hadis-hadis lain selain dari hadis ini.
Menurut Hafiz Zainuddin Iraqi matan hadis daripada riwayat sahabat-sahabat yang disebut oleh Imam Tirmizi tidak semestinya sama dengan matan yang disebut oleh Imam Tirmizi. Malah, matan mungkin berbeza akan tetapi konteks dan kandungannya adalah sama. Dengan kata lain lafaznya tidak sama tetapi isinya masih sama.

No comments: