Di akhir hadis ini Imam Tirmizi menyebut [ هذا الحديث أصح شيء في هذا الباب ] yang bermaksud "Hadis ini adalah yang paling sahih di dalam bab menyentuh permasalah solat tidak diterima tanpa tuhur". Biasanya Imam Tirmizi menggunakan lafaz ini untuk hadis-hadis yang mempunyai banyak periwayatan. Maksudnya, di dalam banyak-banyak periwayatan sanad inilah sanad yang paling bagus kedudukannya. Tetapi ia tidak bermakna hadis itu adalah hadis sahih atau hasan. Malah kadang-kadang hadis itu daif kedudukannya tetapi sanadnya paling terbaik di kalangan hadis-hadis daif di dalam bab yang dibincangkan. Oleh kerana tidak ada sanad yang lebih baik daripada sanad hadis ini maka ia dikatakan [أصح ] atau [أحسن]. Walaubagaimanapun, hadis yang dikemukakan oleh Imam Tirmizi ini sememangnya hadis sahih.
No comments:
Post a Comment