Saturday, June 5, 2010

Israel & Jews

Pada tahun 80an hati saya tergerak untuk membaca perkara berkenaan dengan Israel. Untuk itu saya meminjam banyak buku2 berkenaan dgn Israeil, Yahudi dan Zionist daripada perpustakaan salah sebuah IPTA. Di situ saya mengenal tokoh-tokoh Israeil dan Zionist spt Golden Mayer, Monsyi Dayan etc. Peristiwa pembentukan negara Israel ditulis secara terang-terangan oleh tokoh-tokoh mereka sebagai perancangan rahsia pertubuhan Zionist. Malah pemimpin2 Israel dalam biografi mereka menceritakan bagaimana gerakan zionist melatih mereka daripada semenjak zaman bangku sekolah lagi secara rahsia. Individu yang dipilih pertamanya ialah yang agak ke depan dalam pelajaran. Maryam Jameela juga pernah menyebut tentang dilema seorang penuntut perubatan yang dibiayai oleh Zionist dalam surat menyuratnya dengan Maulana Maududi. Satu bukti terang bahawa Zionist mensasarkan golongan berpendididkan tinggi untuk merealisasikan impian mereka. Semasa di India saya suka membaca buku-buku perundangan terutama berkenaan international law. Satu kali ketika menziarahi Hyderabad saya terserampak dengan tulisan seorang penulis undang2 dr India yang bernama Aggarwal. Dalam bukunya the international law beliau mencatatkan bahawa sehingga saat bukunya dituliskan (tahun 80an) US telah menggunakan hampir 100 kali kuasa vetonya demi kepentingan Israel tatkala Israel dihadapkan ke mahkamah antarabangsa. Maka tidak peliklah hari ini Amerika buat2 tak tahu sahaja dalam kes serangan ke atas Mavi Marmara oleh tentera Israel. Walaupun semua dunia tahu akan hakikatnya tetapi dunia tetap menzahirkan kehairannya di atas sikap polis dunia itu.

1 comment:

Anonymous said...

ada seorang doktor hemeopati, dia mendapat tawaran menyambung Phd oleh komunis Rusia. Dia belajar BA dan MA di Universiti Lucknow. Tapi dia tak ambil, terus ambil jurusan perubatan hemeopaty..

Begitu juga kerajaan singapura..

mereka memilih orang bijak dan anak bangsawan untuk dikaderisasi..