Sunday, September 5, 2010

Kembara Deoband 26: Qiyamulalil Di Masjid UIA Dan Darul Uloom

Semalam selepas terawih di surau dekat rumah saya pergi ke masjid UIA dengan niat untuk menghabiskan malam di sana. Dalam pukul sebelas lebih saya sampai. Di luar kelihatan kereta begitu banyak. Malam ini ramai pula yang datang. Mungkin kerana malam ganjil. Paling ramai orang Arab. Mereka datang berkeluarga. Suasana meriah dengan kanak-kanak. Tidak banyak yang berlari ke sana ke mari kerana malam sudahpun larut. Ramai di kalangan mereka sudahpun mengambil tempat tidur masing-masing. Tetapi ada yang membaca Al Quran kerana melihat bapa mereka membaca Al Quran. Hebatnya bapa yang dapat menanam semangat beribadah kepada anak-anak yang masih kecil itu. Kelibat pensyarah UIA juga ramai kelihatan mengambil sudut-sudut dan tempat-tempat kosong untuk beruzlah. Ada juga seorang yang menegur saya setelah hampir 20 tahun lebih berpisah di India. Dia juga datang untuk beriktikaf dari Taman Tun Dr Ismail. Beberapa tokoh pendakwah tanah air yang saya cam wajahnya juga mengambil kesempatan keemasan ini. Mereka ialah YB Syaari Sughaib, Ustaz Alias Uthman dan Ustz Hasanudin, salah seorang utusan Mavi Marmara ke Gaza tempoh hari. President taman saya juga datang bersama dengan familynya. Masing-masing sibuk membaca Quran, bersolat, bertafakkur dan berzikir. Jam 4 pagi solat tahajjud bermula. Ustaz Idris dari Morocco menjadi imam. Jam 5 pagi bersurai untuk bersahur. Hampir semua membawa bekal masing-masing. Ada yang makan bersama family. Ada yang makan bersama-sama dengan kawan-kawan. Saya keluar berjalan kaki ke kolej Ali untuk bersahur di kantin kerana kereta dah kena block di tempat parking. Suara Al Akh Idris mendayu-dayu mengikut rentak makna ayat. Kekusyukan ditambah dengan kemerduan suaranya. Terdapat beberapa perbezaan iktikaf di UIA dengan iktikaf di Darul Uloom.
1- Dari segi pakaian. Hampir semua yang beriktikaf di Darul Uloom berpakaian serba putih. Samada berjubah, berkurta pajama atau bersarong. Tiada yang memakai seluar. Di UIA beraneka ragam sesuai dengan latarbelakang kehidupan masing-masing. Tahukah anda Darul Uloom masih mengharamkan pemakaian baju seluar yang mereka panggil pant shirt kerana tasahbbuh dengan orang putih nasara!
2- Dari segi jantina. Semua muktakif adalah lelaki di Darul Uloom. Tiada wanita langsung. Malah tiada ruangan untuk wanita. Sememangnya masjid di Utara India tidak menyediakan ruangan untuk wanita bersolat kerana mereka berpendapat masjid wanita ialah di rumah. Namun saya ada mendengar berita tentang ada ruanagn untuk wanita di masjid di Universiti Aligarh. Di UIA jemaah wanita tidak kurang ramainya jika dibandingkan dengan lelaki.
3- Dari segi umur. Kanak-kanak jarang kelihatan. Kalau adapun mereka yang datang dari luar negara seperti England atau South Afrika. Itu fenomena di Darul Uloom. Di UIA ceria dengan suara kanak-kanak. Malah bayi juga dibawa bersama.
4- Dari segi masa. Rata-rata yang beriktikaf dari awal Ramadhan lagi. Mereka tidak akan keluar masjid sehinggalah habis Ramadhan. Ada yang solat raya di Darul Uloom. Ada yang terus pulang. Sebaliknya rata-rata mereka yang beriktikaf di UIA hanya di akhir 10 Ramadahan sahaja. Itupun hanya di sebelah malam sahaja. Sebab perbezaan kerana berbezanya zuruf kehidupan.
5- Dari segi adab. Beriktikaf di Darul Uloom penuh dengan adab. Masing-masing menjaga adab beribadat dan adab duduk dalam masjid. Jika tidak mereka akan ditegur oleh jiran sebelah. Mereka menjaga adab ketika membaca Al Quran. Adab memegang Al Quran. Adab tidur dsb. Di UIA adab-adab kurang dijaga. Ada yang bersembang berterusan. Ada yang melayari melihat internet dalam masjid. Ada yang meletakkan Al Quran di atas carpet ketika solat seperti mereka meletakkan buku-buku lain. Ada yang membaca Al Quran sambil membukanya dengan keadaan berbaring.
6- Dari segi sahur. Mereka bersahur bersama-sama di Darul Uloom dengan hamparan yang panjang. Mereka bersahur secara berjemaah. Sahur yang simple. Adab-adab makan sangat lah dijaga supaya mengikut sunnah. Tiada pembaziran. Sahur di UIA berselerak. Sisa-sisa makanan dilempar di sana-sini. Tong-tong sampah sarat dengan sampah sehingga termuntah keluar.

5 comments:

Hamba Allah said...

1. indahnya didikkan Deoband..

2. kesempatan ini saya ucapkan selamat hari raya kepada ustaz dan ustazah serta anak2.

3.nanti ustaz boleh cerita suasana raya di deoband. adakah seperti malaysia?.. raya sebulan atau ada rumah terbuka

4. saya kagum dengan ustaz duk lama di sana. berapa kali ustaz balik raya?. Orang tinggal di sabah dan Sarawak, tak balik raya 2-3 tahun terasa sedih amat.

Zaharudin Nawi/Aji said...

Dalam tempoh duduk di Deoband cuma sekali raya di Malaysia tahun 1996.

Hamba Allah said...

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM untuk ustaz dan ustazah serta anak-anak

fiqkofallah said...

assalamualaikum ustaz..
sy amat mengasihi seluruh ulama2 dan telah jatuh cinta pada ulama india..
tak sgka tarbiah mereka begitu tinggi dan hebat dengan izin allah..

ustaz,ada tak cadangan pada sy tentaang kitab yang menulis tentang sahabat nabi..ciri2..
semuanya mengenai sahabat..pandangan ulama tentang sahabat,sahabat dimata taboen dan sebagainya..mohon jasa baik ustaz...
wa ilallahil mustaan

Ibnu Mutalib said...

jazakallahu khair ustaz,..
berbeza sungguh suasana bila ustaz buat perbandingan. patut kadang2 boleh beza ustaz2 yang belajar di India/Pakistan dan ustaz2 yang belajar di negara2 arab.

nanti mungkin ustaz boleh ceritakan suasana raya di deoband @ india umumnya...

*sekurang2nya di masjid UIA ada yang datang itikaf, berbanding di kelantan, mereka balik selepas terawikh, datang semula pada 3.30pg, dan blk pukul5pg untuk sahur sebelum datang semula untuk subuh.