Setahun saya telah berada di Deoband. Hati terasa ingin beruzlah jauh dari pelajar-pelajar Malaysia. Harapannya kalau tak ada orang Malaysia bolehlah bercakap Urdu seratus peratus. Khabarnya madrasah Asyrafiah di Gangoh juga sebuah madrasah yang besar. Lalu saya membuat keputusan untuk pindah ke Gangoh. Saya menaiki sebuah bas ke Gangoh kira-kira sejam perjalanan. Jalan ke Gangoh melalui jalan ke Nanuta-Manglaur bukan state highway ke Saharanpur. Jalannya agak kecil dan kurang sibuk. Jalan itu akan melalui Nanuta tempat asal pengasas Darul Uloom, Maulana Qasim Nanutawi. Gangoh pula tempat kelahiran Maulana Rashid Ahmad Gangohi, rakan sepengajian Maulana Qasim. Sesampai di sana saya perlu menaiki rickshaw dari perhentian bas ke madarasah lebih kurang 15-20 minit perjalanan. Penarik beca (rickshaw wala) mempelawa manaiki beca mereka masing-masing. Ada banyak beca yang menunggu. Mereka berebut-rebut untuk mendapatkan penumpang. Saya ditarik-tariknya. Rasa mahu berjalan kaki sahaja kerana serabut dengan cara paksaan mereka itu. Ramai juga pelajar yang turun daripada bas. Mereka juga mahu mencuba nasib untuk memasuki madrasah Ashrafiah. Akhirnya saya dilonggokkan di atas sebuah beca. Beca yang hanya muat untuk dua orang dah diisi dengan empat orang dengan masing-masing membawa beg yang besar-besar. Dalam perjalanan itu salah seorang pelajar memperkenalkan dirinya. Katanya dia datang jauh dari Bangladesh. Kata beliau sekarang dia kehabisan duit. Dia orang miskin. Tapi ingin juga belajar di madrasah ternama di Deoband. Setelah gagal memasuki Darul Uloom Deoband dia ingin mencuba nasib pula di Gangoh. Kata dia kamu bolehlah membantu saya. Saya hanya mengangguk-angguk. Saya tak berapa ingat samada saya yang membayar tambang beca itu utk semua atau tidak. Setelah saya berjaya diterima masuk ke Gangoh, suatu hari saya terpandang kelibat pelajar itu bersama rakannya di madarasah tersebut. Alhamdulillah dia diterima masuk. Hilanglah masalah yang dihadapinya kerana madrasah menyediakan semua keperluan pelajar. Makan minum, tempat tinggal dan buku. Begitulah fenomena rata-rata pelajar yang belajar di madrasah kebanyakkannya yang susah-susah dan dari negeri atau negara yang susah-susah. Benarlah sabda Nabi saw dlm riwayat Tirmizi إِنَّ الْإِسْلاَمَ بَدَأَ غَرِيباً وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ.
5 comments:
Ustaz, semua kawasan tu hanya ada orang Islam sahaja ke?
Mana-mana tempat di India campurlah Hindu-Muslim. Cuma kalau di Deoband kawasan madrasah majoritinya Islam. Kawasan pekan majoriti Hindu.
Ustaz adake harapan lg untuk anak-anak malaysia kita untuk belajar di deoband atau shahranpur. Ada ke tempat-tempat lain yg setaraf tempat ini? Anak sulung saya sedang belajar tahfiz quran. harap dapat dihantar ke India. dapat ustaz cadangkan tempat yg sesuai..
Setakat ini di India/Pakistan masih tak boleh belajr krn masalah visa. Yg ada sistem Deobandi di Afrika Selatan dan beberapa madarasah di England. Afrika mudah masuk dan ada org Malaysia belajar. Kalau nk tahu lanjut boleh contact adik saya Puan Norlela 0192286433. Ada kawannya hantar anak ke sana. Dia pun cdg nk hntr anak ke sana. Di Malaysia yg guna sisitemni kebanyakkan sahabat2 dlm Jemaah Tabligh.Di KL ada, di Penang ada. Madrasah Seri Petaling di KL lengkap sampai pengajian hadis. Guru2 mostly pelajar Malaysia lepasan madrasah Pakistan dn India. Madrasah lain masih diperingkat bawahan. Madarasah Darul Kauthar Kelantan juga ada sampai pengajian hadis tetapi disiplin pelajar tak sama dgn Seri Petaling.
Kat India kita bole lompat mana2 madrasah kaa? lps ustz pi gangoh bole kaa nak patah balik masuk deoband?
Post a Comment