Monday, June 27, 2011

Kembara Deoband 40: Mardumi Deoband (Masyarakat Deoband)

Ketika saya sampai ke Deoband pada tahun 1989 penduduk di pekan Deoband tidaklah nampak padat sangat. Masih banyak tanah-tanah kosong yang ditumbuhi lalang di sepanjang jalan ke railway station. Hanya rumah Dr OP Senawar bersendirian di samping pejabat Telephone Exchange di laluan itu. Orang kata Dr. OP Senawar org pertama yg ada kelulusan MBBS di Deoband. Tetapi sepanjang tinggal di Deoband saya tidak pernah ke klinik beliau yang terletak berdekatan dengan pos office pekan Deoband. Waktu itu dia taklah begitu terkenal di kalangan generasi baru. Di kawasan orang Islam pula walaupun rumah agak rapat-rapat tetapi masih ada ruang-ruang kosong yang boleh dijadikan rumah ataupun bangunan. Di kawasan eid gah (padang tempat solat hari raya) penuh dengan pokok-pokok mangga, ladang tebu dan gandum. Tiada kediaman di situ melainkan beberapa kelompok rumah setinggan masyarakat Hindu berkasta rendah dan orang Islam yang status keislamannya bercampur baur dengan Hindu. Oleh kerana kawasan ini agak terpencil dan berhutan maka ia dijadikan tempat melabur bagi golongan ini yg tidak memiliki tandas di rumah. Kawasan perhentian bas juga belum ada perumahan. Kalau adapun klinik Dr Anuj Goyal dan rumahnya yang bersebelahan. Suami isteri jadi Dr dan berkhidmat utk masyarakat Deoband dengan penuh gigih. Anuj Goyal doktor termasyur di Deoband begitu juga Dr D.K Jain. Kedua-dua mereka dapat gold medal ketika belajar di fakulti perubatan. Kedua-dua Dr ini melayan pesakit mereka sama rata. Tidak kira Islam atau Hindu. Ramailah masyarakat Islam Deoband pergi berubat dengan mereka. Kegigihan seperti mereka itulah yang menjadi idea kepada industri filem Hindustan untuk membuat filem bercorak pengorbanan utk rakyat golongan miskin. Seingat saya tidak ada klinik orang Islam yang ada sijil MBBS di Deoband. Kalau adapun hanya Dr dalam perubatan Yunani. Walaupun pada awalnya perubatan Yunani mengunakan ubat-ubatan dalam bentuk makjun tetapi lama-kelamaan mereka beralih memberikan ubat-ubatan allopathy. Kalau dulu mereka dipanggil hakim tetapi sekarang mereka ubah kepada doktor. Saya bertanya hakim Masrur, hakim yang kadang-kadang saya bertandang ke kliniknya utk mengambil ubat Yunani kalau sakit-sakit terutama bila pecah mulut pada musim sejuk, kenapa dia dah beralih kepada ubat allopathy. Jawabnya ialah sekarang orang nak cepat sembuh . Ini kerana ubat Yunani dan ubat Homeopathy lambat menyembuhkan. Falsafahnya kuatkan organ dahulu kemudian organ kita itulah yang akan melawan penyakit, bukan ubat. Orang dah tak kuat falsafah dah sekarang. Semua nak segera kata beliau.

Hampir dua kilometer daripada railway station barulah ada perumahan. Itupun rumah kedai di mana bermulanya bazar Deoband. Deretan kedai yang pertama ditempuhi jika menaiki beca dari railway station ialah deretan rumah kedai orang2 Islam. Deretannya agak panjang juga. Kemudian beransur-ansur memasuki area rumah kedai milik orang Hindu. Deretan kedai orang Hindu ini berterusan sehinggalah ke main bazar. Kemudian terus bersambung sampailah ke sebuah mandir (Hindu Temple) bersebelahan dengan klinik Dr N.C Jain, seorang Dr yang sudah lanjut usianya. Kliniknya juga ditulis klinik berkelulusan MBBS. Berhadapan dengan klinik Dr. N.C Jain ialah kedai gas sikh bhai anak beranak. Mereka semua sihat-sihat dan gemuk-gemuk. Komuniti Sikh tak banyak di Deoband. Kedai mereka keci sahaja tetapi penuh dengan tong-tong gas dan stove. Gas ini bukan digunakan utk memasak tetapi utk letrik di waktu malam. Utk memasak guna dapur stove yg pakai minyak benzen. Kedai gas sikh bhai dan mandir menjadi alamat atau tanda pemisah antara kawasan Islam dan Hindu yang menghala ke Darul Uloom. Tetapi di sebelah barat bazar Deoband majoriti masyarakatnya ialah org Islam juga. Manakala di sebelah timur kepadatannya milik masyarakat Hindu.

Berkenaan dengan bilangan populasi masyarakat Deoband pula mengikut buku Mustanad Tarikh Deoband oleh Salim Ahmad Deobandi tiada sebarang catatan ditemui tentang bilangan penduduk Deoband sebelum tahun 1868. Tahun 1868 bilangan penduduk Deoband ialah 14,721. Tahun 1901 bertambah kepada 20,167 di mana lebih separuhnya adalah penduduk Islam iaitu 11,825 manakala non muslim 8,342. Tahun 1951 bilangan penduduk Deoband semakin bertambah kepada seramai 25,872 orang di mana jumlah org Islam ialah 15,432 dan org Hindu 10,438.

Mengikut catatan oleh Deoband Municipal Board tahun 2003 bilangan penduduk Deoband ialah 86,400. Namun bilangan yang tidak rasmi sudah mencecah seratus sepuluh ribu orang. Mengikut catatan demografik wikipedia tahun 2008 pula bilangan penduduk Deoband mencecah seramai 161,706 orang dgn 65% nya orang Islam dan 35% org bukan Islam.

Faktor utama kepesatan penduduk ini sudah tentulah kerana kewujudan Darul Uloom yang menjadi sebab kenapa ramai orang berkunjung ke Deoband dan akhirnya menjadikannya sebagai tempat tinggal mereka yg tetap. Kerana Darul Uloom juga jadual keretapi berhenti di Deoband menjadi semakin kerap. Kalau dahulu keretapi ekspres seperti Shatabdi expres tidak berhenti di Deoband tetapi lama kelamaan terpaksa berhenti walaupun sekejap. Keretapi ekspress ke Delhi yang biasa berhenti hanyalah Shalimar Ekspress dari Jamu Tawi dan Chatisgarh Ekspres. Sekarang dah ada banyak. Ujjain Eksp, Utaranchal Eksp, DDN Eksp etc. Kalau dahulu untuk ke Lucknow terpaksa naik keretapi ke Meerut dahulu. Di station Meerut itu kita akan berkejar-kejar utk tengok senarai reservation yang dipaparkan oleh pihak keretapi. Reservation itu utk sleeper class kerana mesti bermalam utk sampai ke Lucknow. Senarainya banyak. Perlu cari sendiri dalam lautan manusia yg ramai itu. Yg paling teruk ialah mereka berebut, berasak-asakan dan berterak-terakan utk melihat nama masing2. Itu kira yang dah educated belaka kerana sleeper class mahal hanya org yg berada sj yg mampu naik. Dari Meerut Nauchandi akan membawa kita ke Lucknow. Tetapi lama kelamaan penumpang boleh naik direct dari Deoband. Pendek kata kemajuan Deoband adalah berkat madrasah Darul Uloom.

6 comments:

Anonymous said...

Yang dikatakan keperluan asas kehidupan itu seolah-olah berbeza timbangannya antara org kita disini dengan org di India.

Anonymous said...

kalau bekas pelajar deoband datang ziarah ke deoband pakai seluar panjang 'slack' macam kita di malaysia, kena marah tak dengan molana deoband. ataupun mereka meraikan pendapat kita dengan cara berpakaian..

Zaharudin Nawi/Aji said...

Tengok maulana jugak. Sekrg tak sekeras dahulu. Tapi dlm tulisan dan ucapan masih kuat. Kalau berdepan dah tasamuh kerana org keluar masuk Debnd dh mcm2 dan tk putus2

Anonymous said...

Daripada Saidina Tsauban r.hu menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda :
“Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka; satu kumpulan yang berjihad/berdakwah di India dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa bin Maryam as."
Ahmad [Musnad 5/278 no.22759], al-Bukhari [Tarikh al-Kabir Tarjamah Abd al-A'la bin 'Adiy al-Bahrani], al-Nasai [al-Mujtaba' no.3175] Tiada komen, al-Tabarani [Mu'jam al-Awsath 7/23-24] Komen: Tidak diriwayatkan (La Yurwa) hadis ini dari Tsauban melainkan dengan sanad ini. Tafarrud padanya al-Zubaidi, Ibn 'Adiy [al-Kaamil 2/161], al-Haitsami [Majma'uz Zawaaid no.9452] Komen al-Albani [Sahih al-Jami' no.4012,Silsilah as-Sahihah no.1934] Sahih, al-Arnaouth [Tahqiq Musnad Ahmad 37/81 no.22396] Komen(ringkasan) : Hadis hasan dan sanad ini dhaif kerana Baqiyyah bin al-Walid,Rijal yang lain tsiqah kecuali Abu Bakr bin al-Walid al-Zubaidi majhul halnya, Imam As-Suyuti menghasankan hadith ini,lihat Kitab Tanzilul Isa Ibnu Maryam.

Mohon pengesahan ustaz berkenaan hal diatas.

Zaharudin Nawi/Aji said...

Hadith ini la yaqillu anil hasan. Wallahuaalam.Ttg maknanya Allah sj yg tahu. Jihad ke atas India berlaku sejak zaman Muhammad bin Qasim lagi, kemudian Mahmud Ghaznawi, Babur dsb. Di zaman British sendiri ramai ulama India yg mengangkat senjata berjihad menentang mereka spt Sirhindi, Irfan Syahid, Mahmu Hasan Deobandi, Umbaidillah Sindi, Husain Ahmad Madani. Ttg misdaq hadis ini telah atau belum berlaku Allah sj yg tahu.

Ismi Ijmi said...

Selamat hari raya Ustaz. 1989 saya baru lahir

salam eid mubarak
taqabbalallahuminna