Tuesday, September 27, 2011

Budaya Membaca

Dua hari saya di Pulau Langkawi kerana mengikuti Seminar Antarabangsa di hotel Awana Porto Malai. Walaupun seminar antarabangsa tetapi yg ramainya ialah pensyarah universiti tempatan. Seperti biasa kalau bermusafir saya akan membawa buku dan bahan-bahan bacaan yang lain. Saya akan menbaca buku dalam airport sementara menunggu panggilan utk menaiki kapalterbang; dlm kapalterbang sementara hendak sampai; dlm teksi sementara sampai ke destinasi yg ditujui. Saya dan isteri menginap di Sunset Beach Resort. Ramai orang putih yang memilih untuk tinggal di resort itu kerana ia menghadap ke pantai. Kami dihidangkan dengan sarapan pagi di anjung sarapan di tepi pantai. Di depan anjung diletakkan kerusi-kerusi untuk lepak-lepak menghirup udara nyaman pantai. Bila matahari sudah naik agak tinggi mat salleh mula memenuhi kerusi-kerusi itu dengan gelagat kebiasaan mereka kalau berjemur di tepi pantai. Tapi mereka tidak lupa membawa buku. Kebanyaknn buku bacaan itu ialah novel. Mereka membaca. Tidak berbual. Tidak ada sepatah perkataanpun mereka bicarakan. Semua khyusuk membaca, lelaki dan perempuan.

Kami ke Kuah bila selesai seminar hari pertama. Kata org coklet murah di sana. Begitu juga kain batik dan pinggang mangkuk. Kedai Haji Osman menjadi tumpuan. Agaknya org yang berseminar merancang awal2 lagi ke situ. Sebelum kami sampai ramai yang dah tiba lebih awal daripada kami. Melihat kepada brg2 yg dibeli saya terfikir "org dtg nak berseminar sambil membeli belah ke" atau "membeli belah sambil berseminar".

Kami sampai awal sedikit di airport Langkawi semasa hendak pulang. Sambil menunggu saya membaca bahan-bahan bacaan yang saya bawa. Beberapa artikel mengenai masalah politik, ekonomi, budaya dan etnik di Pakistan yang saya print out dari internet. Di depan saya ada seorg org putih yang sudahpun tua. Di tangannya ada novel. Dia tekun membaca. Dia tidak menghiraukan apa yg berlaku di sekelilingnya. Bila tiba masanya dia berlalu menuju ke balai berlepas. Ramai juga peserta seminar yang mengambil penerbangan di waktu petang untuk pulang ke KL. Saya memerhatikan mereka. Tiada yang meriba buku. Saya membandingkan mereka dengan orang tua tadi. Orang tua tadi kemungkinan besar dtg bercuti tetapi tidak lupa utk membaca. Mereka yang berseminar pula dtg kerana ilmu tetapi lupa membaca.

2 comments:

husin said...

adakah beza belajar melalui buku tanpa guru dengan membaca untuk dpt/tambah info(pengetahuan)?

Zaharudin Nawi/Aji said...

Ada yg perlu berguru bergurulah. Tapi jgnlah was-was sgt smpi semua perkara kena berguru padahal guru itupun tak semua benda yg dia tahu melalui berguru. ada peluang membaca..bacalah.