Monday, October 10, 2011

Allah Pemudahkan Kesempitan Syarif

Sebelum saya ke Langkawi saya melihat banyak missed call pada skrin telepon bimbit saya dtg daripada Syarif Bhai. Sebelum saya berangkat sekali lagi saya menerima panggilan daripada Syarif. Kata Syarif dia telah menghubungi seorang sahabat menceritakan tentang dinding rumahnya runtuh kerana hujan lebat. Selepas itu dia cuba menghubungi saya pula. Saya tidak sempat sembang lama dengan Syarif kerana terpaksa bergegas utk ke Langkawi. Saya tidak bertanya panjang tentang keseriusan runtuhan itu. Kebetulan Syarif tidak memberitahu bahawa dia perlukan bantuan. Di Langkawi saya menerima sms dr seorg sahabat bertanya samada saya menerima panggilan drp Syarif. Saya berkata ada, tetapi saya tidak mengetahui cerita sebenar tentangnya secara detail. Sekembali ke KL saya menelepon Syarif mohon penjelasan drp dia ttg apa yg sudah berlaku. Dia berkata bangunan rumahnya roboh teruk terutama bahagian dinding yg diperbuat drp tanah liat. Pada waktu malam banyak binatang masuk dan anak2pun tidak boleh tidur.

Saya bertanya adakah sudah dibaiki atau belum. Kata Syarif belum kerana tidak ada duit. Saya bertanya lagi apakah dia menghubungi kawan-kawan bekas pelajar Deoband yg tinggal di luar negara. Jawab Syarif ada. Berapa kos untuk membaiki kerosakan itu, tanya saya. Jawab Syarif lebih kurang dua puluh ribu rupee mengikut andaian tukang. Mulai dari saat itu saya sentiasa berfikir macam mana hendak membantu Syarif. Ustaz macam saya yg tidak makan gaji dgn mana2 institusi ini sudah tentu tidak mampu untuk menghulurkan wang sebanyak itu sekelip mata. Seminggu selepas itu saya menelepon Syarif bertanya khabar ttg rumahnya. Menurut beliau belum ada bantuan drp mana2 pihak. Sementara itu saya baru memperolehi 50 ringgit hasil sumbangan kawan-kawan di tempat saya mengajar. Syarif menelepon saya semula bertanya ttg bantuan. Saya memberitahu Syarif saya akan menghantar duit kpdnya seberapa yg dpt saya kumpulkan pada hari Isnin 10/10/2011. Pada hari Sabtu, duit yg terkumpul tiga ratus ringgit. Pada hari Ahad saya menelepon Syarif lagi utk bertanya kalau-kalau dia sudah menerima sumbangan drp sesiapa. Katanya ada, drp Afzal Afrika yg pernah belajar di Deoband. Dia tinggal di South Afrika. Dia mengirimkan sepuluh ribu rupee kpd Syarif. Hati saya terasa lega. Alhamdulillah. Pada hari Isnin saya mengira bantuan yg diberikan oleh sahabat2 untuk Syarif. Saya macam tidak percaya kerana ia mencecah sepuluh ribu rupee lebih (Rm 700). Bermakna keperluan utk membaiki rumah Syarif mencapai angka minima yg beliau perlukan.

Saya masih ingat Afzal Afriki. Sememangnya dia seorg yg lembut hati dan pemurah. Ketika saya setahun dua di Deoband waktu itu Afzal sudahpun mahu pulang ke South Afrika kerana tamat belajar. Setelah sekian lama pulang, Afzal pernah dtg menziarahi Deoband. Dia juga sempat melawat rumah Syarif. Melihat keadaan tandas rumah Syarif yg teruk Afzal meninggalkan sejumlah wang kpd Syarif utk membina tandas baru.

Saya amat-amat berterima kasih kepada sahabat2 yg telah memberikan sumbangan kpd Syarif walaupun tidak pernah mengenali Syarif.
1-Hadi Alor Setar-rakan blog ini.
2-Rijal- rakan blog ini.
3- Staff Pejabat Exim.
4- Yusri Mohd Marzuki - abg isteri saya
5-Hamizah Taib-rakan fb isteri saya
6-Zunaidah Mohd Marzuki- isteri saya

Semoga Allah menjadikannya amalan soleh dan memberkati rezeki anda semua. Saya bagi pihak Syarif Bhai mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kpd anda semua. Di bawah ini ialah resit pengiriman wang kepada Syarif melalui Western Union.



1 comment:

Hamba Allah said...

alhamdulillah..moga syarif dapat apa yang dihajati.. terima kasih ustaz dan ustazah .