Friday, September 30, 2011

Bahasa Arab Mudah atau Susah

Salah seorang pembentang kertas kerja di seminar antarabangsa di Langkawi minggu sudah menyatakan bahasa Arab ialah bahasa yang susah walaupun dia sendiri org Arab. Buktinya banyak....kata beliau. Salah satunya ialah hampir tiada negara Arab yg bercakap bahasa fusahah atau bahasa standard. Oleh itu jika org asing ingin belajar bahasa Arab mereka tidak tahu negara mana yg boleh menyediakan suasana utk mempercepatkan proses pembelajaran bahasa. Antara lain, bahasa Arab terlalu banyak kaedah. Kaedah ini tidak dikuasai oleh kebanyakan org Arab. Oleh itu mereka tidak mampu menguasai bahasa Arab dgn betul samada penulisan atau percakapan. Bila mereka tidak mengusainya sudah tentu org lain bertambah sukar utk mempelajarinya. Kurangnya rancangan2 tv dan filem Arab yg menggunakan bahasa Arab Fusahah menyebabkan kesukaran mempelajari bahasa Arab melalui media-media tersebut.

Seorg pembentang Arab yg lain mengatakan bahasa Arab mudah. Melalui pengalaman beliau sebagai pensyarah bahagian bahasa Arab beliau percaya bahasa Arab mudah bukan payah. Yang payahnya bahasa Melayu kerana kaedahnya tidak mantap.

Dalam sesi soal jawab pembentang pertama menyoal pembentang kedua. Kamu kata bahasa Arab mudah dan kamu adalah pakar bahasa Arab tapi malangnya aku mencatat banyak kesalahan grammar yg simple2 ketika kamu bercakap, begitu juga dengan apa yg kamu tulis dalam power point kamu!!!

Selepas selesai sesi pembentangan mereka terus menyambung perdebatan mereka di anjung hotel. Selepas itu mereka bersepakat utk pindah ke tempat jamuan petang. Saya tidak lagi bersama mereka. Saya tidak tahu apakah kesudahan perbincangan mereka.

Itulah hakikat kedudukan bahasa Arab. Apabila tiada kesungguhan utk memertabatkannya maka akan banyaklah berlaku kepincangan dari segi perlaksanaan sehingga ada yang tidak yakin ttg mudahnya bahasa Arab dan ada yang terlalu yakin mudahnya bahasa Arab sehingga mereka terus seronok melakukan kesilapan demi kesilapan yg tidak sepatutnya dilakukan oleh pendokong bahasa Arab.

4 comments:

Anonymous said...

Saya belajar bahasa Arab ikut kaedah lama - kaedah hafal kitab-kitab matan. Terasa azab dan susah juga, mungkin kerana kurang himmah, dan padat dengan jadual pembelajaran dan kurang kekuatan mengingat (saya memang pelupa). Ajrumiyyah terhafal dalam masa 3 bulan tetapi dengan mengorbankan hafalan kitab shorof etc. Sebaliknya, seorang kawan saya yang mempunyai jadual kelas yang lebih padat dapat pula menghafal Ajrumiyyah dan kitab-kitab ilmu alat bahasa Arab yang lain dalam masa yang sama itu. Malah ketika dia sudah masuk ke kelas advance, saya masih terkial-kial di kelas bawah. Orang Inggeris kata ilmu ini bergantung juga kepada affinity /talent yang ada dalam diri kita.

Anak Alam

Ismi Ijmi said...

hakikatnya bahasa arab bukanlah terlalu mudah,
tapi untuk digunakan sebagai percakapan harian (non-formal) taklah sesusah mana.

wallahua'lam

busyra4u said...

setuju dengan pandangan2 di atas, cuma apa yang penting bagi saya adalah mempelajari Bahasa Arab untuk memahami Syariat Islam itu sendiri, jika ada kepentingan mempelajari hatta adab (ilmu kesusasteraan) kerana berkaitan dengan syariat, tak dapat tidak saya perlu belajar..cuma ingin bertanya jika kita telah berada di aliran pengajian agama yang kurang menekankan penguasaan Bahasa Arab, sebaliknya selesa dengan buku2 penterjemahan, bagaimana mahu kembali semula mempelajari bahasa ini untuk memahami Syariat. Sekian terima kasih. Baraka ALLAH fikum.

Zaharudin Nawi/Aji said...

Antara caranya boleh cuba paksa diri..baca buku Arab sehingga amalan membaca menjadi ringan dan sebati.Tanpa paksaan susah sikit.