Suatu hari ketika mengajar di Universiti Malaya, pada hari Sabtu, saya dikejutkan oleh seorang pelajar yang datang menghampiri saya dan menghulurkan sebuah manuskript kitab yang agak antik. Kitab itu berjilid kulit dan dalam tulisan tangan yang asli. Dia berkata: "Sudah lama saya nak tanya ustaz tentang kitab ini yg ada dalam simpanan saya. Kitab apa ini ustaz?". Saya terpegun lalu mengambil dan membelek-beleknya. Saya bertambah terpegun apabila melihat tajuk di bahagian dalamnya kerana matan kitab ini baru sahaja saya selesai mengajarnya. Kata beliau: "Ada kisah tentang bagaimana dia memperolehi kitab ini". Ringkasnya mengikut beliau ada orang berhutang dengannya sebanyak tujuh puluh ribu. Orang itu tidak mampu melunasi hutang tersebut. Dia hanya mampu menyerahkan sebuah manuskript dalam simpanannya sebagai ganti kepada wang tersebut!!!!!" Saya tidak bertanya lanjut tentangnya cuma dia bertanya apakah yang dia patut buat dengan manuskript tersebut. Saya cadangkan agar dia menjualnya sahaja kepada pihak yang boleh memelihara material yg berharga ini. Kalau disimpan sendiri nanti cepat rosak. Kitab ini ialah syarah kepada sebuah kitab balaghah yang masyhur iaitu Talkhis Miftah. Kedua-dua matan dan syarah ditulis oleh orang yang sama Khatib Qazwini (d.739H).
Alhamdulillah, saya dikira beruntung kerana sempat belajar syarah Talkhis Miftah yang lain iaitu Mukhtasar Ma`ani oleh Allamah Taftazani ketika di India dahulu. Hati saya tertanya-tanya, tetapi saya tidak pula tergerak utk bertanya puan yang membawa kitab tersebut, siapakah geragan orang itu?…kenapa dia menyimpan manuscript semacam itu, manuscript yang hanya orang yang berilmu sahaja mengetahui ttg nilainya?…Adakah dia seorang yg alim?..atau mewarisinya?...atau meminati barang2 antik?...saya biarkan soalan-soalan itu tidak terjawab.
Di bahagian akhir kitab itu tertulis kata-kata nasihat dan peringatan kepada alim ulama yang saya kira bukan kata-kata penulis kitab tetapi kata-kata penyalinnya:
شَرُّ الْعُلِمَاءِ مَنْ زَارَ الْأُمَرَاءَ
خَيْرُ الْأُمَرَاءِ مَنْ زَارَ الْعُلَمَاءَنِعْمَ الْأَمِيرُ عَلَى بَابِ الْفَقِيرِ
بِئْسَ الْفَقِيرُ عَلَى بَابِ الْأَمِيرِ
Ulama yang paling jahat ialah yang sentiasa menziarahi pemerintah
Pemerintah yang paling baik ialah yang sentiasa menziarahi ulama
Sebaik-baik pemerintah ialah yang sentiasa berada di pintu rumah orang miskin
Seburuk-buruk orang miskin ialah yang sentiasa berada di pintu istana pemerintah
1 comment:
apa maksud matan kitab?
bolehkah ustaz jelaskan struktur susunan kitab yg ada terjemah slps kitab asal.saya tidak paham.terima kasih
Post a Comment