Di hadapan pokok Molsari terdapat satu bangunan yang besar yang merupakan bilik-bilik darjah Darul Uloom peringkat tinggi. Ia terdiri daripada dua binaan yang besar. Iaitu bangunan Darul Hadith dan bangunan Darul Tafsir.
a) Darul Hadith. Lelaki yang sedang menyapu itu masih saya ingat rupa parasnya. Dia bekerja sebagai tukang sapu. Tempat yang dia menyapu bergantung kepada tugasnya hari itu. Kebanyakan tukang sapu adalah dari golongan kaum Bangi (bukan bandar Bangi). Kaum bangi adalah Hindu yang berkasta rendah. Walaupun dinamakan Darul Hadith tetapi kelas-kelas yang terdapat dalam bangunan tersebut bukan semestinya kelas-kelas hadith sahaja. Kemungkinan sewaktu awal-awal pembinaanya bangunan itu hanya digunakan sebagai kelas pengajian hadith.
Darul Hadith
Darul Hadith Fauqani yakni bahagian atas Darul Hadith. Bahagian ini adalah untuk pengajian kitab Mishkat Masabih berserta kitab-kitab yang lain yang setara dengan levelnya.
b) Darul Tafsir. Bahgian atas yang berwarna putih itu adalah Darul Tafsir. Semasa zaman saya kelas itu tidak digunakan sekian lama. Ia dibiarkan kosong berkunci. Mendengar nama Darul Tafsir seolah-olah suatu yang mengerikan. Terletak di bahagian paling atas Darul Uloom. Untuk sampai kepadanya mesti menaiki tangga tinggi yang sempit. Di sana tidak ada cahaya lampu. Namun setelah saya memasuki tahun 7 sebelum tahun akhir iaitu tahun 8, kelas itu dibuka kembali. Saya sempat belajar tafsir Baidhawi di dalamnya. Apabila tiba waktu tafsir kami akan menaiki tangga untuk ke kelas. Kemudian ia ditutp kembali. Selepas itu dibuka pula untuk kelas tajwid. Saya amat beruntung kerana sempat belajar hampir di semua bangunan Darul Uloom dari bangunan lama sampailah wujudnya bangunan baru.
Darul Tafsir
Darul Tafsir Dari Pandangan Jauh
Kubah Darul Tafsir
No comments:
Post a Comment