Pelajar terawal dalam register pelajar-pelajar Melayu di India berpengkalan di Deoband tersimpan di Arkib Negara Kuala Lumpur ialah Zakaria b. Hj Muhammad. Datang ke Deoband, India pada tanggal 9 Mei tahun 1947. Berasal dr Kg Kota Jelasin Kota Bharu. Lahir pd tahun 1929. Sampai di Deoband ketika beumur 18 tahun. Ini tidak bermakna beliau adalah pelajar terawal kerana TGH Abbas pernah belajar di Dabhel dan Deoband zaman Maulana Anwar Shah Kashmiri yang meninggal tahun 1933.
Nama TGH Nik Abd Aziz Nik Mat dalam register pelajar-pelajar Melayu di India berpengkalan di Deoband tersimpan di Arkib Negara Kuala Lumpur. Datang ke Deoband, India pada tahun 1952. Nama dlm register Ab Aziz Muhammad, Tabun Kedai Lalat. Kemungkinan ini nama Tok Guru berdasarkan tarikh sampai dan alamat Kedai Lalat.
Nama Maulana Asri Yusuf dalam register pelajar-pelajar Melayu di India berpengkalan di Deoband tersimpan di Arkib Negara Kuala Lumpur. Datang ke Deoband, India pada tahun 1977 ketika berusia 9 tahun untuk menghafalAl-Quran.
Nama Zaharudin Nawi, Nik Mohd Abduh, Roselan, Azhar Abd Satar dan Mohd Khuduri, dalam register pelajar-pelajar Melayu di India berpengkalan di Deoband tersimpan di Arkib Negara Kuala Lumpur. Mereka adalah nama yang terakhir yang tersimpan dalam register nam-nama pelajar sebelum merdeka lagi.
Nama Ishak Baharom bekas Mufti Selangor dalam register pelajar-pelajar Melayu di India berpengkalan di Deoband tersimpan di Arkib Negara Kuala Lumpur. Datang ke Deoband, India pada tahun 1957 ketika berusia 26 tahun. Lahir tahun 1931.
Dalam senarai daftar ini juga (no 162/67)Aziz Jamaludin (YADIM)- Nadwah 1966, (no 168/67)Abd Hayie Abd Syukor (UM) - Deoband 1967 dan (no 170/67) Nik Razi Nik Mat (Adik TGH Nik Abd Aziz) - Deoband 1967
Penyata Keewangan Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia Deoband tahun 1969-1979 yang tersimpan di Arkib Negara Kuala Lumpur.
Lihat kajian tentang register ini di http://basooir.com/lesson/daftar-pelajar-malaysia-di-india/
1 comment:
Assalamualaikum...bertuah ust dapat belajar di darul ulul deoband. Banyak manfaat dapat belajar sane...mutakhir imam2 masjidil haram dan mekkah datang ziarah darul ulum deoband. Saye sempat ke India tahun 2005 dan saye dapati suasana agama sane sangat mengagumkan..lihat sunnah diamalkan dan wanita menutup aurat dengan berpurdah cukup menunjukkan kadar agame di sane...solat 5 waktu di masjid penuh...nampak natijah apabila ulama' berperanan dengan baik melahirkan masyarakat baik..walaupun duduk dalam negara pemimpin bukan Islam..terus terang nak dicompare dgn pakista...india lebih mengagumkan saye dari segi agama..WALLAHU A'LAM
Post a Comment