Mendapat
berita baik setelah menelepon kawan baik di Kerteh. Sukar mencari
nombornya kerana kerap menukar nombor. Buku Arabic Reader oleh Chaim
Rabin yang saya baca ketika berada di India ada di Kerteh dengan
pemiliknya Ustaz Roselan Romlee, rakan seangkatan di Deoband. Ust
Roselan sesatunya di kalangan kami yang masuk kelas calligraphy Darul
Uloom kerana kebolehannya dalam bidang seni khat. Beliau
memberi green light utk saya mengambilnya untuk Basooir. Yang kami guna
sekarang hanya yg photocopy drp perpustakaan UIA yg tidak boleh
dipinjam.
Ketika saya tamat belajar Arabic Grammar saya cuba
meluaskan pembacaan sesuai dengan tahap `beginner`. Saya tertarik dengan
cadangan agar membaca buku Arabic Reader. Kebetulan adik Ustz Roselan
belajar di England pada waktu itu dlm bidang Engineering. Saya meminta
beliau agar meminta dgn adiknya supaya mencari buku tersebut dan
kirimkan ke India. Agak sukar juga dia mencari buku itu kerana tidak
semua kedai menjualnya. Seingat saya buku itu dicetak semula pada tahun
1986. Jadi ia agak baru kerana waktu itu kami berada dalam awal tahun
90an. Kini buku Arabic Reader agak sukar diperolehi. Yang ada secara
online juga agak terhad dan masih dalam cetakan lama. Hargapun agak
mahal.
Buku yang berwarna putih comel itu masih dalam ingatan
saya. Sayalah yg menjadi tuannya ketika di India. Bila Roselan mahu
pulang ke tanahair saya memulangkan semual buku itu kepada beliau. Saya
begitu sedih kerana berpisah dengan buku yang banyak membantu saya.
Kalau tidaklah kerana buku ini saya tidak akan mengenali nama-nama
penulis tersohor dalam bidang kesusteraan Arab. Kini buku itu akan
pulang ke pangkuan`tuannya` yang sebenar!!!!
Saya menunggu hari
yang sesuai sahaja untuk ke Kerteh untuk mengambil kitab tersebut.
Bolehlah saya menziarahi beliau dan seorang lagi teman seangkatan di
Deoband yg kini berada di Kemaman.
No comments:
Post a Comment