Saya sampai di Deoband kira-kira jam 2 pagi dengan keretapi dari sebuah bandar bernama Muzafarnagar. Dari New Delhi ke Muzafarnagar saya menaiki bus dipimpin oleh Azhar Sattar (kini bekerja di MPKB Kota Bharu) pelajar senior yang sudahpun berada di Deoband hampir setahun. Waktu menunggu keretapi di Muzafarnagar suasana malam hari kelam kerana blackout. Cuaca agak panas kerana kebetulan musim panas. Manusia bergelempangan tidur di atas lantai di stesen menunggu keretapi masing-masing. Suasana yang belum pernah saya alami tetapi pernah melihatnya di dalam cerita-cerita filem Hindi dan Tamil. Adegan ketika menaiki keretapi amat mencemaskan kerana penumpangnya yang terlalu ramai. Tidak ada istilah sopan. Masing-masing berebut untuk masuk. Keretapi hanya berhenti satu dua minit seakan-akan tidak mahu berhenti langsung. Sesampai di Deoband keadaan juga gelap. Rupa-rupanya elektrik di Utara India sememangnya dicatu terutama di kampung-kampung seperti Deoband.
Dari stesen Deoband kami menaiki beca. Kami seramai 5 0rang pelajar baru. Kami dibahagikan kepada dua beca (rickshaw). Beca sarat dengan beg-beg kami yang banyak. Saya pulak banyak bawa kamus kerana takut tak faham bahasa!!.
Perjalanan ke Darul Uloom mengambil masa 15 minit dengan rickshaw. Malang tidak berbau dalam perjalanan rim tayar rickshaw yang saya naiki patah kerana terlalu berat menanggung isinya. Kami terpaksa menunggu rikshaw lain kalau-kalau ianya kosong. Alhamdulillah akhirnya kami sampai di teratak rumah pelajar-pelajar Malaysia. Saya di bawa ke rumah di mana Nik Abduh, (anak Tok Guru Nik Aziz) Iskandar (kerja dgn Air Kelantan) dan Ustz Nasri (bekas pengetua sekolah Al-Amin Gombak) tinggal. Baitul Jamil namanya. Mohalla Sharamzudin tempatnya. Nama yang tak mudah saya lupakan dalam lipatan sejarah tinggal di Deoband. Malam itu kami tidur dalam kegelapan menunggu saat menjelmanya pagi.
Paginya barulah saya dapat melihat wajah Deoband. Suatu nama yang belum pernah saya dengari ketika berada di Malaysia. Sebenarnya saya sepatutnya dibawa ke Nadwatul Ulama di Lucknow. Itulah nama institusi yang saya kenal namanya sebelum datang ke India. Waktu itu ramai pelajar Malaysia belajar di Nadwatul Ulama dan sering pulang bercuti di bulan Ramadhan menyebabkan nama Nadwatul Ulama lebih semerbak baunya di kalangan mereka yang berkeinginan untuk menuntut ilmu di bumi India.
Pagi itu saya dibawa melihat kampung Deoband. Bersarapan di kedai makan. Ianya kecil tetapi sesak dengan manusia. Mereka panggil hotel. Kalau sebesar restaurant kitapun mereka panggil hotel. Kadang-kadang saya confuse dengan hotel penginapan kerana mereka panggil hotel juga. Pertama kali saya dihidangkan dengan chai (teh) untuk sarapan. Minuman yang menjadi ketagihan masyarakat India tidak kenal musim. Wah enaknya kerana chainya pakai susu lembu asli. Kan India terkenal dengan jolokan sebagai the land of honey and milk. Kalau makanan pagi buat pertama kali itu tak berapa lalu nak makan kerana lalatnya banyak sangat. Tetapi selepas itu sudah biasa dengan lalat. Bukan lagi lalat tapi saya anggap saja lebah!!!.
Rumah di Deoband tersusun agak rapat-rapat. Rumah seperti cerita Ali Baba P Ramlee. Keadaanya agak lusuh dimakan usia. Plaster yang digunakan untuk menampal bata-bata hanyalah terdiri daripada tanah selut. Lantai belum bertahap bersimen. Hanya hamparan bata-bata yang tengelam timbul susunannya. Jalannya hanyalah lorong-lorong kecil tidak berturap, yang juga dibina daripada bata-bata (bricks). Bata-bata daripada tanah yang dibakar. Mungkin mereka kaya dengan bata kerana tanahnya banyak. Main road daripada stesen ke Madrasah pun hanya telus untuk sebuah kereta. Itupun dengan penuh kepayahan kerana terlalu sempit. Walaupun rumah-rumah agak padat tetapi di celah-celahnya masih banyak tanah kosong. Walaupun sekangkang kera tetapi cukup untuk budak-budak berlari bermain goola danda, kabaddi atau kriket.
Dari stesen keretapi kawasannya agak berhutan dengan sedikit kawasan perumahan orang-orang Hindu. Di kawasan terpencil inilah terletaknya telekom Deoband. Di sinilah tempat sesekali pelajar Malaysia pergi menelepon ke rumah. Sukar untuk menelepon ke rumah kerana tak banyak kemudahan komunikasi didapati di Deoband. Kalau adapun inilah satu-satunya tempat walaupun tersangat poor keefisiensinya. Temujanji dengan penjaga talepon akan dibuat terlebih dahulu. Waktu menelepon yang diberikan sungguh menakutkan, iaitu jam tiga empat pagi. Setiap kali pergi pasti di kejar anjing -anjing yang berjaga malam di sepanjang jalan yang gelap gelita. Lebih kurang 3 kilometer daripada stesen kita akan menempuhi pekan Deoband. Di sinilah tempat membeli belah dengan deretan kedai-kedai yang mereka panggil baazar. Di sini juga tempat membeli sayur-sayuran dan buah-buahan. Mereka panggil sabzi mandi. Tidak ada kedai ikan kerana ikan tidak didapati di Deoband kerana terlalu jauh dari laut. Tidak ada kedai daging kerana daging diharamkan di kawasan Hindu. Di sinil juga terletaknya pejabat polis, pejabat pos, dan mahkamah Deoband. Rata-rata kawasannya didiami oleh masyarakat Hindu. Selepas melalui pekan Deoband kawasan perumahan mulai didiami oleh orang-orang Islam. Di tengah-tengah kepadatan rumah-rumah orang Islam itu tersegam sebuah bangunan yang indah. Indahnya seperti Taj Mahal. Itulah Darul Uloom Deoband.
Bangunan Utama Darul Uloom Deoband. Bahagian putih berkubah satu ketika dahulu telah dijadikan kelas Tafsir. Kini ditutup. Bahagian merah adalah kelas dari tahun 5 hingga 8. Tahun 1 hingg 4 di bangunan lain, bangunan thanawiah.
Pemandangan dari udara. Empat penjuru temboknya adalh hostel pelajar-pelajar. Kelihatan rumah-rumah di sekeliling
Darul Uloom tersusun rapat
Pemandangan dari udara. Empat penjuru temboknya adalh hostel pelajar-pelajar. Kelihatan rumah-rumah di sekeliling
Darul Uloom tersusun rapat
No comments:
Post a Comment