Thursday, October 29, 2009

Kembara Deoband 6 - Kenapa Deoband BukanLucknow

Oleh kerana saya tidak merancang untuk datang ke Deoband maka saya minta penjelasan daripada senior kenapa saya di bawa ke Deoband dan tidak ke Lucknow. Ustaz Nasri Yusuf dan Al Akh Iskandar menjelaskan apakah kelebihan belajar di Deoband dan apakah pula kelebihan belajar di Lucknow. Di antara kelebihan belajar di Deoband kata mereka kitab yang diajarkan banyak. Malah di tahun akhir kita akan belajar banyak kitab hadis tidak seperti di Lucknow yang hanya memilih beberapa kitab dan menentukan bab-bab tertentu sahaja yg perlu dipelajari. Pengajian di Deoband juga agak lama berbanding dengan Lucknow. Bahasa yg digunakan di Deoband ialah bahasa Urdu. Kitab2 yg digunakan pula terdiri daripada kitab2 Urdu, Parsi dan Arab. Sudah tentu ianya memberi kelebihan dari sudut bahasa. Di Lucknow tidak diajar mantik dan falsafah. Di Deoband byk kitab mantik dan falsafah digunakan. Ilmu alat yang diajar banyak. Kitab yg digunakan kitab2 yg sukar yg hanya difahami jika berguru. Mereka juga mengatakan tokoh-tokoh seperi Tok Guru Nik Aziz, Prof Madya Abdul Hayie Shukor, Maulan Asri dan Mufti Ishak Bahrom pernah belajar di Deoband. Sebab itu ilmu mereka mantap. Kata mereka kalau nak jadi alim duk sinilah. Kata mereka lagi mereka dah duk di Lucknow tapi mereka datang ke Deoband selepas mengetahui pengajian di Deoband lebih berisi. Lucknow kata mereka banyak menekankan aspek bahasa. Itu pandangan senior2 lah terhadap fadhilat deoband.

Namun saya diberi peluang untuk menziarahi Nadwatul Ulamak Lucknow terlebih dahulu untuk melihat sendiri sistem dan suasana pembelajaran di sana. Nadwatul Ulamak yang saya lihat berbeza dengan Darul Uloom Deoband dari berbagai segi . Antaranya dari segi lokasi. Nadwah terletak di bandar besar manakala Darul Uloom terletak di pekan kecil yg boleh kita umpamakan sebagai sebuah kampung. Nadwah dikelilingi oleh perumahan Hindu dan Universiti Of Lucknow manakala Darul Uloom terletak di kawasan orang Islam. Tiada kehidupan yang menarik di luar Nadwah melainkan pemandangan sebuah sungai besar di hadapan madrasahnya. Di sekitar Darul Uloom pula terdapat perumahan orang Islam, kawasan pertanian untuk tanaman gandum, kebun-kebun am yakni buah mempelam dan padang-padang tempat bermain bolasepak dan kriket.

Setelah berpuas hati dengan pengamatan sendiri saya membuat keputusan untuk tinggal di Deoband kerana kebetulan saya pun bercita-cita untuk berlabuh di India selama 10 tahun.

2 comments:

Hamba Allah said...

saya bercita-cita nak hantar anak Nadhatul di Lucknow. ambil bahasa arab..

saya tertarik dengan kata-kata deoband dulu, deoband sekarang dan deoband akan datang(lebih kurang makna) dalam lawatan ustz bersama Dr Faizal. Apakah maksudnya?

Ustaz daripada sekolah sains dungun. Maksudnya ustaz pergi ke sana selepas SPM ke?

Zaharudin Nawi/Aji said...

Baguslah tu. Buat masa sekrg visa masih sulit. Saya pergi baru2 inipun masih tiada pelajar Melayu. Cuma ada peljr Thailand. Deoband dulu suasana sekeliling soleh krn belum masuk anasir luar. Deoband sekrg dah moden sikit krn India pun dah terima pelabur asing sikit2. Moden sampai ke kampung jugak. Kalau dah modentu adalah kesan2 tak baik kerana mengejar material. Deoband akan dtg kalau berterusan tidak akan lagi suasana soleh yg menjadikannya lain drpd yg lain. Ustz pergi masa umur 23 dah.