Sunday, October 25, 2009

Kembara Deoband 5 - Urdu atau Hindi

Puas saya mengatakan saya tidak tahu Hindi. Saya tidak bercakap Hindi. Itulah yang saya katakan apabila ditanya oleh masyarakat Hindu di India (Uttar Pradesh) daripada mana kamu belajar bahasa Hindi apabila melihat saya boleh berkomunkasi dalam bahasa mereka. Sangkaan mereka saya tentunya belajar Hindi di mana-mana. Hakikatnya saya belum pernah belajar Hindi sehingga saat perbualan itu berlaku. Saya hanya belajar Urdu. Tetapi mereka mengatakan saya seratus peratus bercakap Hindi. Saya katakan kepada mereka saya seratus peratus bercakap Urdu!!! Ada yang kebingungan kerana mereka juga jahil tentang Urdu. Bagi mereka Urdu itu bahasa Pakistan dan bukannya bahasa India.

Sebenarnya bahasa Urdu secara amnya sama dengan bahasa Hindi bila dipertuturkan. Di dalam penulisan ianya berbeza dalam beberapa perkara sahaja contohnya:
1- Urdu menggunakan tulisan alif ba ta manakala Hindi menggunakan tulisan Nagari seperti tulisan yang digunakan dalam filem Hindustan.
2- Urdu banyak menggunakan kalimah Arab dan Parsi terutama dalam terminologi rasmi manakala Hindi menggunakan perkataan Sanskrit. Contohnya Urdu menggunakan wazir untuk menteri manakala Hindi mengungkapkannya sebagai manteri. Urdu memakai khabar untuk berita sedangkan Hindi memakai perkataan samachar. Perkataan tuhan dalam bahasa Urdu ialah khuda manakala Hindi baghwan.

Di daerah yang masih dipengaruhi oleh culture orang Islam masyarakat Hindu menggunakan kalimah-klalimah Urdu seratu peratus walaupun mereka tidak mengetahui bahawa kalimah itu sebenarnya Urdu dan bukannya Hindi. Oleh kerana Islam pernah memerintah India sekian ratus tahun maka pengaruh bahasa orang Islam masih lagi kuat. Sehingga kini masih banyak tulisan-tulisan di kuil-kuil Hindu tertera tulisan Urdu dan Parsi. Masih ramai generasi lama dapat membaca dan menulis Urdu dengan baik. Malah ada yang menguasai syair Urdu. Pekedai-pekedai yang menjual ubat-ubatan Unani kesemuanya boleh membaca dan menulis Urdu walaupun mereka beragama Hindu. Itulah kehebatan umat Islam dahulu walaupun bilangan mereka kecil tetapi mereka mempunyai kekuatan dalaman sehingga dapat mempengaruhi budaya setempat sehingga kesannya sukar dipadamkan oleh tangan-tangan yang dengki.

Urdu Dan Hindi Dipapan Tanda Stesen Keretapi Deoband Sebagai Tanda Kekuatan Pengaruh Org Islam Di Deoband

Hindinisasi hanyalah bermula apabila India memperolehi kemerdekaan daripada British. Pejuang-pejuang nasionalisma India ingin mengembalikan semula tamadun bahasa mereka. Bahasa Sanskrit. Mereka ingin menghidupkan semula bahasa Sanskrit yang sudah lama mati. Langkah pertama yang mereka lakukan ialah dengan menukarkan kalimah-kalimah Arab dan Parsi dalam 'Urdu' kepada kalimah Sanskrit. Namun ianya berlaku di dunia ilmiah dan medan-medan yg rasmi sahaja kerana masyarakat awam masih terbiasa dengan kalimah dan gaya bahasa orang Islam. Malah filem-filem dan lagu-lagu Hindi zaman dahulu sebenarnya lebih Urdu daripada ia dikatakan Hindi. (terutama nyayian Mohd Rafi, Mukesh, Lata Megaskar dll; my father used to listen to Hindi`s songs while I was still young. I remembered some of their lyrics but couldn`t comprehend the meaning. When I was in India I found that the Indian were still fond of their songs escpecially of Mohd Rafi and that gave me an opportunity to understand the secret of my father`s fondness of Hindi`s songs).

Oleh itu haqiqat yeh hai keh Urdu aur Hindi dono ek hain (hakikatnya Urdu dan Hindi boleh dikatakan sama sahaja).

2 comments:

Hamba Allah said...

saya cukup tertarik dengan kembara ustaz. Saya antara insan yang amat meminati tamadun islam di India(IPB).

Baru saya tahu yang madrasah deoband terbahagi dua? pendedahan kembara yang membuka mata ini perlu dirancakkan lagi

a. kenapa mereka berpecah?

Aji said...

Biasalah bab-bab pentadbiran selalu menjadi punca org tidak puas hati. Seterusnya ia akan merebak hingga berpecah.