Wednesday, April 7, 2010

Restoran Tandas

Baru-baru ini saya pergi ke Low Yat Plaza untuk membeli keperluan laptop. Untuk solat saya ke Sungei Wang Plaza bersebelahan Low Yat kerana musallanya lebih besar dan selesa. Berdekatan dengan ruangan musalla itu saya lihat banyak tandas. Saya mendekatinya dan melihat ramai orang sedang makan minum di situ. Mereka makan minum di atas tandas itu sambil berbual-bual!!! Rupa-rupanya ia restoran baru. Kerusinya di buat ala tandas. Agaknya pengusaha restoran mahukan suasana releks ketika makan. Sereleks mencangkung dalam tandas. Begitulah halnya manusia apabila semakin bertamadun. Lama-lama akan meletakkan diri mereka tashabbuh dengan sesuatu yang perlu dijauhi (diabolical place). Teringat hadis awal-awal dalam Abu Daud bahawa Rasulullah saw:
كَانَ إِذَا ذَهَبَ الْمَذْهَبَ أَبْعَدَ
Apabila pergi ke tempat membuang air baginda akan pergi jauh-jauh daripada pandangan manusia.

Nabi saw juga mengajar kita supaya membaca doa ketika masuk tandas minta jauhi daripada syaitan kerana di situ ada banyak syaitan:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Restoran Toilet rupa-rupanya sudah menjadi diabolic custom.



1 comment:

Anonymous said...

1. seronok juga apabila ustaz kaitkan kehidupan semasa dengan ilmu ustaz terutamanya hadith. Ia boleh dianggap kritikan sosial agar kita kembali kepada agama dan insaf.

2. untuk menyebarkan nukilan ustaz, saya syorkan ustaz guna facebook. ruangan Nota dalam FB dapat memaparkan tulisan kita dari blog secara automatik. Ini dilakukan oleh UZAR dan Puan Ainon PTS. Diharap buah fikiran ustaz tersebar kepada ramai orang. Insya Allah, tulisan ustaz adalah tinta dakwah

ridhwan