Sunday, May 23, 2010

Bahasa Arab

Pagi tadi saya memberi kuliah Subuh di Masjid Subang Perdana (Tafsir Surah Al-Alaq). Selepas kuliah saya pulang semula ke rumah di Taman Selayang Mulia berdekatan dengan Batu Caves. Jam 9 pagi saya bertolak semula ke Masjid Subang Perdana kerana ada kelas bahasa Arab yang akan bermula pada jam 10 pagi yang kebiasaannya berakhir hingga waktu Zohor. Hampir tiga jam. 15 minit rehat minum-minum teh. Kelas diadakan dalam bilik khas berhawa dingin. Hari ini kami semua amat gembira kerana berjaya menghabiskan pengajian bahasa Arab sebanyak 50 tajuk. Hari ini tajuk ke-50. Pengajian kami seminggu sekali. Setiap mingga satu tajuk. Bermakna kami telah melalui sebanyak 50 minggu dan menggunakan lebih kurang sebanyak 976 helai kertas A4 untuk nota. Nota disediakan oleh saya sendiri. Saya mengambil masa satu minggu untuk menyiapkan satu nota atau satu pelajaran. Hanya ada 11 orang pelajar. Semua mereka sudah berumur. Ada yang sudahpun pencen tetapi sabar bersama saya sehingga selesai nota. Hari ini juga kami menetapkan untuk meneruskan pengajian dengan membuka mana-mana kitab yang sesuai. Kami akan sambung semula pengajian pada 4hb July. Kami bercadang membaca kitab Qisasun Nabiyyin oleh Maulana Abul Hasan Ali An Nadawi dan Arabic For Scholars of Social Sciences oleh M.A Saleem Khan. Saya selalu berpesan kepada teman-teman yang mengikuti pelajaran bahasa Arab dengan saya itu agar datanglah ke kelas walaupun tak faham. Saya tak mengharapkan anda faham tetapi saya hanya mengharapkan anda datang dan dengar seperti anda mendengar kuliah-kuliah maghrib. Kerana yang memberi faham itu Allah bukan saya. Berkat istiqamah mereka alhamdulillah mereka dah nampak What Arabic really means. Semenjak mula mengenal bahasa Arab saya bercita-cita untuk menulis satu buku lengkap mempelajari bahasa Arab yang boleh digunakan oleh semua peringkat pelajar. Yang baru nak mula maupun kepada yang beraliran Arab. Alhamdulillah hari ini ianya siap. Saya akhiri nota itu dengan hadis Nabi saw sebagaimana Imam Bukhari mengakhiri kitab Sahihnya: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: كلمتان خفيفتان على اللسان، ثقيلتان في الميزان، حبيبتان إلى الرحمن، سبحان الله العظيم، سبحان الله وبحمده

Nota Bahasa Arab Ke-50 Tajuk Terakhir

5 comments:

Hamba Allah said...

taniah ustaz.. moga Allah SWT rahmati usaha ustaz..

Anonymous said...

ayah ding...kak long berminat...nak beli so~~huhu

Zaharudin Nawi/Aji said...

Assalamualikum
Wah Kak Longpun nak bljr bahasa Arab. Tak rugi. Malah bijak. Bljr doktor blm tentu bijak tau kalau cara berfikir tak bijak!!! Hee..hee

Anonymous said...

Salam, boleh tak kalau saya nak beli nota ustaz ni?, jika boleh, bagaimana nak berhubung

sekarang saya pun tengah bergelut dengan belajar bahasa arab secara talaqqi dengan seorang ustaz dari pondok. mudahan2 dengan nota ustaz ini juga dapat membantu

Zaharudin Nawi/Aji said...

Kami pelajar-pelajar di Basooir sedang membuat editing nota itu utk dibukukan. Kami membuat editing sendiri dan akan publish sendiri sebagai usaha pelajar2 yg sudah melalui nota tersebut. Insyaalah akan ada dlm pasaran nanti dalam tahun ini