Thursday, November 4, 2010

Kembara Deoband 32: Korban Di Deoband

Pengajian di Deoband bermula bulan Syawal. Sehingga bulan haji pengajian berjalan begitu slow kerana masing2 menunggu Hari Raya Haji. Pada hari raya haji semua pelajar balik kampung. Raya haji di sini meriah. Hampir semua orang buat kurban kerana dlm mazhab Hanafi kurban adalah wajib bagi yang mampu.

Solat hari raya diadakan seawal pukul 7.30. Paling lewat pukul 8. Sebaik sahaja selepas solat masing-masing akan menuju ke tempat menyembelih. Tak ada tempat khusus untuk menyembelih binatang korban pada hari ini disediakan.

Di mana-mana sahaja boleh dilakukakan korban asalkan dekat dengan saliran longkang. Mudah nak alirkan darah yang keluar. Biasanya di tengah-tengah jalan laluan orangpun dilakukan juga kerana hampir semua jalan di Deoband kiri kanannya ada longkang yang kecil dan tidaklah dalam seperti longkang-longkang di tempat kita. Malah longkangnya separas dengan jalan utama. Atau disembelih di lorong-lorong jalan yang agak orang kurang lalu.

Pada hari itu air longkang bertukar menjadi merah kerana darah binatang kurban. Lembu tak boleh disembelih. Yang dizinkan oleh kerajaan hanyalah kerbau. Kambing mereka sembelih dalam rumah. Biasanya orang-orang tertentu sahaja dapat daging kambing kerana daging kambing special, mahallah jugak. Tukang sembelih cekap. Lima enam ekor kerbau tu seorang aje yang sembelih dan melapahnya. Kita panggil mereka sebagai Qasai. Merekani kerjanya sembelih kerbau dan menjualnya di gerai-gerai daging Golongan ini dianggap satu kaum. Kaum Qasai. Di Deoband banyak juga kaum yang dinamakan atas dasar kerjaya kaum itu. Kalau group Nai misalnya bekerja sebagai tukang gunting. Teli jual minyak.

 kerbau yang besar

memotong daging untuk diagihkan

Pelik juga daging yang banyak-banyaktu habis diagihkan. Tapi sehari dua selepas raya ada juga pemandangan yang tak elok. Daging dibuang begitu sahaja di tepi-tepi jalan. Kereta sorong pembersih jalan dari pihak municipality tempatan akan memunggutnya untuk di buang. Rata-rata pekerja pembersih jalan itu pula ialah orang Hindu kelas bawahan (Banggi). Pemandangan ini sudah tentu memberikan gambaran tak elok kepada masyarakat Hindu yang tak makan daging. Pembuangan yang dilakukan itu kerana daging terlalu banyak dan kebanyakan mereka tak ada peti ais untuk menyimpan daging. Ada juga yang tamak. Daging kambing dimasukkan dalam peti ais. Tak dibahagikan sepenuhnya. Selepasa satu dua minggu mereka buang daging-daging itu di tepi-tepi jalan. Pada waktu saya tinggal di Deoband belum ada inisiatif nak agihkan daging supaya tidak membazir dari semua pihak termasuklah madrasah. Di sudut ini saya lihat ada kelemahan yang tidak seharusnya berlaku. Di pihak madarasah mereka hanya mampu menasihati penduduk agar jangan membuang daging di merata-rata tempat.





No comments: