Sunday, November 21, 2010

Kembara Deoband 34: Gobar (Cow Dung)

tahi lembu (gobar) dijemur di dinding rumah
Berdekatan dengan rumah sewa kami ada beberapa buah rumah orang miskin. Rumah mereka terletak di akhir jalan menuju ke tempat menyembelih (mazbah). Dinding rumah mereka tidak disalut dengan tanah sebagaimana rumah-rumah orang miskin yang lain. Mereka membiarkan dinding-dinding itu telanjang begitu sahaja dengan bata-batanya tersengih keluar. Mereka berbuat demikian kerana ada tujuan. Tujuannya ialah untuk menjemur tahi lembu (gobar). Itulah fenomena pertama kali dalam hidup saya melihat orang menjemur tahi lembu di dinding rumah. Tahi lembu dikumpulkan sekian banyak terlebih dahulu daripada kandang-kandang yang terletak di rumah masing-masing. Ia juga dipunggut di jalan-jalan. Kemudian ia akan dicampur dengan jerami dan diuli-uli seperti menguli roti. Tahi lembu dijadikan bulat meleper seperti roti tempayan atau roti canai. Selepas itu gobar itu akan dijemur dengan menampalkannya di dinding-dinding rumah masing-masing. Setelah kering ia akan dikumpulkan. Gobar-gobar ini akan dijual sebagai kayu api untuk memasak di dapur. Ia juga dijual kepada pekedai restoran yang pada ketika itu masih lagi menggunakan tahi lembu kering sebagai pemancu api untuk memanaskan kaula (arang batu) untuk mamasak. Menurut ulama di sini gobar asalnya najis tetapi ia boleh digunakan untuk memasak. Tetapi ia tidak boleh digunakan untuk beristinja kerana ada hadis Nabi saw yang melarang menggunakannya utk beristinja.

gobar yang diuli

gobar digunakan utk memasak

Jika kita bermusafir dengan keretapi kita akan melihat pemandangan gobar-gobar dilonggokkan meninggi seperti pusu di kawasan-kawasan ladang yang terbentang luas. Ia ditutup dengan jerami barangkali untuk mengelakkan daripada dimakan burung atau bersepah ditiup angin. Longgokan ini akan dibawa oleh kereta lembu untuk dijual di kawasan-kawasan kediaman. Atau ke tempat-tempat yang menyediakan perkhidmatan menghasilakan gas daripada tahi lembu. Sesungguhnya fenomena ini adalah antara keunikan kehidupan hidup di India. Malah di India tiada benda yang tak boleh digunakan. Semua kejadian alam digunakan untuk faedah manusia. Begitu juga hampir tiada barang yang telah digunakan tidak boleh direcyclekan. Barang yang rosak juga mudah dibaiki. Jarang barang-barang dibuang begitu sahaja. Tak macam di Malaysia. Rosak sikit terpaksa kena buang kerana bayaran untuk membaikinya tidak berbaloi jika dibandingkan dengan membeli yang baru. Itulah harga sebuah kemewahan.

gobar ditutupi jerami

pusu gobar

3 comments:

Hamba Allah said...

menarik ustaz.. terima kasih

Ismi Ijmi said...

masyaAllah, di negeri yang dhaif tulah Deoband terletak.

Anonymous said...

i luv indiaaaa...hehe
frm: kak long