Friday, April 13, 2012

Wasiat Shah Waliyullah Dehlawi

Ringkasan Wasiat Shah Waliyullah Muhadith Dehlawi
1-Janganlah kamu bergaul dengan orang kaya melainkan kerana maslahah agama.
2-Jauhilah golongan sufi yang jahil, abid yang jahil, ulama yg tidak mempunyai sifat zuhud, muhadith yg zahiri yg memusuhi fekah dan mereka yang melampau dlm ilmu kalam dan penggunaan akal sehingga merendahkan perkara yg manqul .
3-Dekatilah golongan alim yg sufi, yg tidak memandang dunia, yang selalu berzikir kpd Allah, yg cintakan sunnah.
4. Janganlah mentarjihkan mana2 mazhab fuqaha ke atas yg lain spt Hanafi lebih sunnah drp Syafie. Ikutilah pendapat sarih yg muwafaqah dgn sunnah (bagi muhaqqiq yg alim dan mahir ttg sanad dan matan hadith)
5.Jauhilah drp mentarjihkan mana-mana tariqat ke atas yg lain spt tariqat Naqshabandi lebih dekat kpd sunnah jika dibandingkan dgn tariqat2 lain, tariqat anu lebih afdhal drp tariqat anu dsb

(Al Qaul Al Jamil dgn syarah Syifa Al Alil )

2 comments:

Anonymous said...

sy dapati jika di india/pakistan ulamak mereka akan terlibat sama dgn ajaran tarikat tetapi di malaysia ajaran tarikat kurang dibawa oleh ulamak.bole ust terangkan?

Zaharudin Nawi/Aji said...

Byk sebab. Antaranya:
1-Ulama Malaysia yg belajar di India peringkat awal (sebelum merdeka dan seterusnya) belajar di India atas dorongan ingin mempelajari ilmu hadith atau batu lompatan utk ke Timur Tengah kerana kebykan yg pergi sudahpun alim. Fokus mereka hadith atau ke Timur Tengah bukan mencari guru tasawwuf.
2-Ulama Malaysia tahun 80an-90an yg belajar di India atas dorongan kesedaran ingin mendalami ilmu agama krn pengaruh "harakah Islamiyah" spt Abim, Pas, Irc, Tabilgh etc. Mereka menerima isi tasawwuf bukan mekanisma dlm tasawwuf spt baih, sheikh dsb.
3-Ulama India/Pakistan membawa aliran Deobandi. Deobandi mempunyai sikap yg tersendiri terhadap isu Aqidah, Fekah, Hadith dan tasawwuf. Sukar ulama Malaysia menerima kesemua pembawaan Deobandi krn pengaruh "regional" menyebabkan pembawaan mereka tidak seratus peratus Deobandi.