Satu masalah besar tinggal di Deoband ialah tentang kehadiran anai-anai. Kebanyakan rumah dan bangunan masih dalam binaan asal. Plaster untuk menampal bata hanyalah daripada tanah. Kayu yang digunakan tidak berkualiti. Oleh itu ia mudah dijadikan sarang dan tempat persembunyian anai-anai. Amat sukar untuk menyimpan buku. Almari yang disediakan oleh tuan rumah nampak sahaja elok. Jika tidak kerap dilakukan pemeriksaan maka barang simpanan akan dimakan oleh anai-anai. Toko-toko buku kerap kali dilihat membersihkan rak-rak buku mereka kerana telah diserang oleh anai-anai. Banyak buku mereka dijadikan saluran lebuh raya. Banyak juga kerugian yang mereka tanggung dek kealpaan mereka terhadap serangan senyap-senyap anai-anai.
Saya memiliki kitab yang agak banyak jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain. Oleh itu saya menghadapi masalah untuk menjaga kitab-kitab tersebut. Hampir setiap hari saya akan memastikan bahan bacaan saya itu tidak dimakan oleh anai-anai. Saya sangat berharap agar mendapat sebuah bilik yang bebas anai-anai. Bilik No 7 Ihata Bagh dalam Darul Uloom agak selesa jika dibandingkan dengan bilik-bilik lain. Ia memilki rak buku yang dibina dengan kayu yang agak mahal. Ia di paku di dinding dengan kemas. Bilik ini dibina oleh orang India warga negara British yang pernah belajar di situ. Dari turun temurun mereka mewarisi bilik itu. Apabila populasi mereka sudah tiada saya mewarisinya daripada orang yang terakhir di kalangan mereka iaitu Abdullah Patel (kini menjadi Mufti di sebuah madrasah di England), pelajar keturunan Gujerat ynag menetap di England, yang juga kawan baik saya. Abdullah seorang pelajar yang sangat humble. Dia berada di Deoband lebih kurang dua tahun. Setahun Daurah dan setahun lagi pengajian takhasus Fekah. Pelajar-pelajar kelas ini biasanya digelarMufti walaupun bukan mufti yang hakiki.
Kini saya selamat. Selamat daripada memikirkan tentang keselamatan kitab. Saya gembira kerana dapat menempatkan kitab-kitab saya di tempat yang sepatutnya. Yang selebihnya saya masukkan ke dalam kotak besi yang besar. Kotak besi amat penting khususnya di Deoband dan di India amnya untuk menyimpan barang-barang yang berharga. Ia selamat daripada serangan anai-anai. Banyak kotak-kotak besi dijual dengan berbagai-bagai saiz. Malah almari tidaklah sepenting kotak besi.
Di belakang bilik saya ada ruangan kosong untuk diletakkan peti-peti itu. Ruangan itu ruangan stor. Ada rak lebihan juga di situ. Saya meletakkan beberapa buah kitab di situ walaupun agak membimbangkan. Ruangan itu gelap jka tidak dipasang lampu. Suara hati membisik-bisik mengatakan keadaan semacam ini sesuai untuk anai-anai beroperasi dari dalam.
Saya tidur di atas katil yang sememangya telah diwakafkan oleh pelajar-pelajar dahulu. Sebelum ini bilik saya tidak berkatil. Katil saya rapat dengan dinding yang diletakkan rak buku. Oleh itu saya hanya belajar di atas katil supaya mudah mengambil dan meletakkan kitab. Bila tidur mata saya akan memandang kitab-kitab saya yang tersusun rapi dalam rak. Saya sudah hafal kitab mana duduk di mana. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Suatu hari, seperti biasa saya tidur dalam dakapan buku. Kali ini tidur saya didatangi oleh suatu mimpi ngeri. Anai-anai menyerang dan memakan kitab-kitab saya yang tersusun dalam rak!!!. Saya menjadi panik lalu tersedar dari tidur. Degupan jantung masih kencang. Nafas tercungap-cungap. Mata terpinga-pinga. Ya Allah! apakah benar mimpi ini?. Saya menoleh kepada kitab, kepada rak. Saya ketakutan. Takut untuk memegang kitab-kitab itu. Takut menghadapi realiti kalau-kalu ianya benar. Namun akhirnya saya memberanikan diri. Saya menyelak tempat anai-anai itu meratah buku saya dalam mimpi. Ya Allah, rupa-rupanya mimpi saya itu benar. Saya bergegas mengeluarkan semua kitab yang berada di atas rak. Beberapa kitab telah dimakan oleh anai-anai. Ada yang tidak boleh digunakan lagi dan ada yang masih boleh digunakan.

Kitab Hashiah Tafsir Baidhawi oleh Sheikh Zadeh ditebuk oleh anai-anai dari kulit ke kulit
tetapi di bahagian tepi sahaja. Oleh itu kitab ini masih dalam simpanan saya.
Alhamdulillah, tak banyak buku yang dirosakkan. Hanya sebiji dua. Kalaulah tidak kerana petunjuk Allah melalui mimpi sudah tentu saya akan berasa aman dengan faktor keselamatan zahir. Bilik yang selesa. Rak yang segak di bawah jagaan pelajar dari western countries. Suda tentu tiada anai-anai. Tafsir Ma`ariful Quran sebanyak enam jilid kini tinggal 5 jilid. Tiada pengantinya. Itulah satu-satunya kitab yang hancur di bahagian dalam kerana dijadikan lingkaran lebuhraya oleh sang anai-anai.tetapi di bahagian tepi sahaja. Oleh itu kitab ini masih dalam simpanan saya.
1 comment:
Salam,maulana,apa maksud maulana tentang ayat yang maulana tulis nie.
"Pelajar-pelajar kelas ini biasanya digelarMufti walaupun bukan mufti yang hakiki."
Jika mereka yang lepasan Daurah Hadith,mereka memasuki kelas takhasus ,adakah mereka layak di gelar Mufti,atau mereka perlu memasuki kelas Darul Ifta.?
Post a Comment