Sakit dalam perut belum lagi sembuh tiba-tiba saya diserang oleh penyakit kencing yang tidak berhenti-henti. Hampir setiap saat hendak kencing. Bukan lagi hendak tetapi perlu kencing. Untuk menemui doktor juga amat sukar. Saya terpaks menahan kencing untuk ke klinik. Klinik pula penuh dengan pesakit dan tidak ada kemudahan tandas. Doktor tidak dapat menjelaskan dengan jelas apakah nama dan punca penyakit saya itu. Dia hanya memberikan ubat. Saya rasa ekoran masalah perut..menjangkiti pundi-pundi kencing. Saya bertambah bimbang kerana tahun itu ialah tahun Daurah Hadith, iaitu tahun akhir saya. Belumpun selesai penyakit kencing satu lagi penyakit ganjil menyerang saya. Tubuh saya akan terasa pedih jika terkena angin kipas. Saya sentiasa berasa sejuk walaupun di musim panas. Saya perlu berselimut ataupun memakai baju sejuk untuk mengurangkan rasa sejuk itu. Kemudian saya diserang oleh penyakit mata. Saya tidak mampu untuk tinggal dalam bilik kerana faktor mata saya memerlukan tahap kecerahan tertentu. Bilik saya cukup cerah tetapi mata saya akan berasa senak dengan keamatan cahayanya. Puas berubat tetapi tidak sembuh-sembuh. Akhirnya saya memasang enam buah lampu kalimantan padahal saiz bilik saya itu cukup dengan satu kalimantan sahaja. Lama-lama ia semakin baik. Dari emnam menjadi lima, empat, tiga dan dua. Tak pernah turun kepada satu sehinggalah pulang. Saya membawa semua penyakit-penyakit itu pulang berserta dengan kitab-kitab. Kesemuanya masih ada tetapi semakin berkurangan. Saya amat kuat berpantang. Tidak memakan sebarang makan yang pedas-pedas. Ubat homoepathy masih saya makan tetapi tidak sekerap dahulu. Kadang berbulan-bulan saya tidak makan kerana rasa perut dah agak ok. Kadang terasa sunyi kalau tidak makan ubat kerana terlalu lama mengamalkannya. Berkat sakit saya belajar "berpantang" dan tak ikut nafsu makan. Bila terasa agak sembuh nafsu makan datang kembali. Maka berlakulah pertarungan antara keperitan sejarah lalu dengan keinginan mengecapi nikmat makan.
Catatan kekerapan kencing yang
saya rakamkan dlm buku catatan kecil
Pani=Air; Chai=Teh Susu (lembu); Ur=Urine
Pani=Air; Chai=Teh Susu (lembu); Ur=Urine
1 comment:
Salam ust. sekadar bertanya, sepanjang berada di india, adakah ust memilih salah satu cabang jalan kesufian/kerohanian???
Post a Comment