Shah Waliyullah merakamkan 40 buah mimpi pertemuan denagan Nabi saw dlm sebuah risalah yang dinamakannya sebagai Al Durru Al Thamin fi Mubassyiraat Al Nabiy Al Amin. Mimpi pertemuan dengan Rasulullah saw ialah apa yang dialaminya sendiri berserta dengan apa yang didengari daripada ayahndanya, gurunya Abu Tahir dan mereka yang solih yang mempunyai hubungan yang rapat dengan beliau. Antara mimpi tersebut ialah tentang penjelasan Rasulullah saw berkenaan dengan Syiah. Mimpi yang dirakam itu ialah mimpi yang ke sembilan iaitu:
"Aku bertanya Rasulullah saw satu soalan rohani berkenaan dengan Syiah. Baginda mengisyaratkan kepadaku bahawa mazahab mereka batil. Kebatilan mazhab mereka boleh dilihat menerusi lafaz Imam. Apabila aku sedar aku mengetahui bahawa Imam di sisi mereka adalah maksum, wajib ditaati dan seorang yang diwahyukan secara wahyu batin. Ini semua makna Nabi. Fahaman mereka ini sudah tentu membawa kepada pengingkaran terhadap khatam nubuwwah (Finality of Prophethood). Semoga Allah memburukkan hal mereka". [Perhatian: Ini bukan bermakna Shah Waliyullah menjadikan mimpi sebagai dalil. Shah Waliyullah tidak menjadikan mimpi sebagai hujah syari`]
(Petikan: Al Rasail Al Thalath, Al Fadhl Al Mubin fi Al Musalsal min Hadith Al Nabiy Al Amin, karangan Shah Waliyullah Dehlawi, cetakan Darul Kitab Deoband, m/s 158).
4 comments:
benarkah aliran deobandi berpegang kepada firasat atau mengambil iktibar dari mimpi sebagai satu perkara yg benar?
1-Mimpi bukan hujah syariat. Tidak dibenarkan dijadikan sandaran dlm apa jua masail.
2-Mimpi walubagaimanapun kdg2 mempunyai daya istisyhad, istibsyar, ithminan dan imtihal jika mufaqah dgn dalil dan qarinah.
(Daul Uloom Deoband: Oleh Muhammad Abdullah Asadi Qasimi, m/s 691 Mimpi dan hubungannya dgn realiti dan hukum hakam (المنامات وصلتها بالخارج من الوقائع والأحكام)
ustaz, ada sesetengah pihak yg menolak aliran deobandi dan mengambil kisah kisah mimpi seperti yg dialami oleh ulama2 deobandi ini sebagai modal mereka utk menolak keilmuaan ulama dr benua hind ini...
Biasalah bila wujud firqah yang berlainan manhaj mereka saling mengintai-gintai sudut yang boleh menjatuhkan pihak yang satu lagi.
Post a Comment