Bergambar bersama Al Ustaz Muhammad Husni
Al Akh Anwar sahabat lama saya. Dahulunya ketika belajar di UIA (jurusan engineering) dia selalu bertandang ke rumah saya untuk membaca kitab turath. Kini dia tinggal di Kajang dan baru berkahwin. Dia menelepon untuk datang berziarah. Saya mengalu-alukan kerana ingat dia akan bawa isterinya sekali. Petang itu saya meneleponnya untuk mendapatkan kepastian adakah dia akan datang. Dia kata dia berada di Seri Gombak dan boleh sampai dalam waktu yang terdekat. Dia meminta izin untuk membawa bersama seorang ustaz pengumpul sanad hadith ulama nusantara dari Indonesia. Saya agak terkejut kerana lain yang disangka lain yang berlaku.
Itulah Sheikh Muhammad Husni Ginting bin Muhammad Hayat ginting Al Langkati Al Azhari seperti Sheikh Muhammad Daniel Londoni. Beliau belajar di Azhar selama 12 tahun. BA dalam Syariah dan mengambil pula BA dalam bidang hadith. Beliau banyak mengembara untuk mengumpulkan sanad hadis. Saya hanya memiliki sanad hadith sheikh-sheikh di Deoband yang kebanyakan berpada dengan sanad Shah Waliyullah. Sheikh meminta ijazah hadith yang saya miliki untuk dibukukan dalam sanad-sanad hadith ulama nusantara yang beliau sedang usahakan atas nasihat gurunya di Mesir, Sheikh Mamduh. Saya mengijazahkan kepadanya keselurahan marwiyaat yang saya miliki. Begitu juga saya mengambil kesempatan untuk mengambil sanad beliau. Semoga usaha murni beliau dipermudahkan oleh Allah.http://basooir.com/
No comments:
Post a Comment