Pengasas Darul Uloom Maulana Qasim Nanutawi belajar ilmu hadith dengan Shah Abdul Ghani Mujaddidi Dehlawi dan tamat daurah hadith pada tahun 1849 ketika berumur 17 tahun. Pekerjaan pertama yg dilakukan oleh beliau ialah menjadi editor kpd Sahih Bukhari yg baru hendak dicetak oleh Muhaddith Maulana Ahmad Ali Saharanpuri dibawah percetakan Ahmadi miliknya. Waktu itu naskhah kitab Bukhari sukar didapati. Yang ada hanya dalam bentuk tulisan tangan. Pemilihan beliau sebagai editor sudah tentu mendapat rungutan drp ramai orang kerana umurnya yg masih muda tetapi Maulana Ahmad Ali mengetahui kedudukan ilmu dan keupayaan Maulana Nanutawi melakukan pekerjaan tersebut terutama dalam menyempurnakan hasiyah yang telah ditinggalkan oleh Maulana Ahmad sendiri kerana kesibukannya.
Sebelum itu Maulana Qasim hanya tinggal di rumah setelah habis belajar. Dia tidak bekerja. Ayahnya sangat rungsing kerana dialah satu-satunya anak lelaki yang diharapkan dapat membantu keluarga. Begitulah harapan ayahnya yang sebelum ini telah menghantar Maulana untuk belajar di kolej di Delhi. Setelah lama belajar di situ akhirnya Maulana meninggalkan kolej tersebut tanpa mengambil peperiksaan walaupun beliau adalah pelajar yang paling cerdas dan gemilang di situ. Walaupun belajar subjek kolej tetapi Maulana tetap belajar kitab agama dengan Maulana Mamluk yang menjaganya di kolej tersebut.
Ayahnya mengadu hal Maulana Qasim kepada Maulana Imdadullah yang dianggap sebagai sheikh dan pakar rujuk rohani pada waktu itu. Dikatakan Maulana Imdadullah Muhajir Makki tersenyum lebar dan mengatakan orang yang tidak bekerja ini akan menjadi terkenal dan akan memiliki ramai pembantu yang akan bekerja membantunya. Namanya akan dipsebut-sebut dan dijulang-julang. Allah akan memberikan pekerjaan kpdnya di mana orang gajinya akan bertambah dari sehari ke sehari.
(Maulana Qasim Nanutawi Hayat aur Karname) http://basooir.com/
No comments:
Post a Comment