Maulana Anwar Shah Kashmiri, taqrir syarah Bukhari Fadhl al Bari, muhadith kebanggaan Darul Uloom Deoband. Tak tahu sejauh mana kebenaran photo ini.
Maulana Ashraf Ali Thanawi, ulama paling masyhur di benua kecil India.
Inilah gambar yg melata di kedai2 gambar Deoband.
Maulana Ghulamullah Khan, mufasir Quran Pakistan. Silsilah mereka yang belajar daurah Tafsir spt maulana abdul hadi dlm basooir
Maulana Hamidudin Farahi (1863–1930 , pengasas Darul Musannifin Shibli Academy, seorang yang masyhur dalam bidang tafsir terutama menyentuh bab coherence. Peminat setia ilmunya ialah Prof. Israr UIA.
Maulana Anzar Shah Kashmiri, anak Maulana Anwar Shah Kasmiri, orang yang pernah saya pertemukan Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan Dr Sayuthi dengannya semasa melawat Darul uloom Deoband semasa zaman pelajar mereka sebagai calon PHD di uia.
Maulana Husen Ahmad Madani sezaman dengan Maulana Anwar Shah Kashmiri, muhadith yang agak lama mengajar di Darul Uloom Deoband. kebanyakan pelajar Malaysia zaman dahulu sempat belajar dengannya termasuklah TGNA Menteri besar Kelantan.
Maulana Asad Madani anak kpd maulana Husein Ahmad Madani. Seorg politikus yg banyak menghabiskan masa mempertahankan kebajikan umat Islam di India. Semasa hayatnya dan sepanjang pengajian saya di sana beliau menjadi penaung kpd Darul Uloom deoband dan Jamiat Ulama Hind. Meninggal dunia 6 Feb 2006 dalam usia 78 tahun.
Maulana Marghuburahman, guru besar Darul Uloom daripada awal pengajian saya sehinggalah saya tamat belajar 15 tahun. Meninggal 8 Dec 2010 dalam usia 96 tahun.
Maulana Nasir Ahmad Khan, guru Bukhari saya, orang yang pernah saya pertemukan Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan Dr Sayuthi dengannya semasa melawat Darul Uloom Deoband semasa zaman pelajar mereka sebagai calon PHD di uia. Meninggal pd 4 Feb 2010 pada usia 92 tahun.
Mufti Zafirudin Miftahi, salah seorang mufti Darul Uloom semasa saya berada di sana. Beliau bertangungjawab mengumpulkan fatwa Darul Uloom Deoband dalam bentuk kitab fatwa. Beliau meninggal pada 31 march 2011.
Maulana Nikmatullah Azami, guru Abu Daud dan tafsir Baidhawi saya
Maulana Qari Usman Mansupuri, guru saya mengajar kitab Muwatta Malik
Maulana Muhammad Salim Qasimi anak guru besar Darul Uloom yg paling lama dan terkenal Maulana Qari Tayyib, juga orang yang pernah saya pertemukan Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan Dr Sayuthi dengannya semasa melawat Darul uloom Deoband semasa zaman pelajar mereka sebagai calon PHD di uia.
Maulana Khurshid Alam Sheikhul Hadith Darul uloom Deoband wakaf. Meninggal pada 7/2/2012 dlm usia antara 78-80. Saya saban hari melihatnya berulang aling mengajar di Darul Uloom Waqaf drp zaman di masjid Jamek hinggalah bangunan baru di Eid Gah. Beliau adalah rakan seangkatan dengan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa belajar di deoband dahulu dan guru kepada Ustz Nik Muhammad Abduh.
Maulana Salman An Nadwi seorang yang fasih bertutur dan berpidato dalam bahasa Arab, guru di Darul Uloom Nadwatul Ulama. Emaknya adalah sepupu kepada Maulana Abul hasan Ali An Nadawi, tokoh pemikir Islam yang tidak asing
Maulana Syabbir Ahmad Usmani, pengarang kitab syarah hadith Muslim, Fath Al Mulhim
Maulana Taqi Usmani pengarang kitab syarah hadith Muslim, Takmilah Fath Al Mulhim, tesis yang sedang ditulis oleh isteri saya Zunaidah Marzuki. Kami pernah bertemu di Kuala Lumpur disebuah apartmen milik orang Pakistan ketika Sheikh dtg menghadiri seminar keewangan Islam.
Maulana Muhammad Yunus Jaunpuri Mazahiri Saharanpuri, muhadith India terkini, orang yang pernah saya pertemukan Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan Dr Sayuthi dengannya semasa melawat Mazahir uloom Saharanpur semasa zaman pelajar mereka sebagai calon PHD di uia.
maulana Zakariya Kandahlawi yang banyak mengarang kitab hadith
Maulana Mufti Syafi` pengarang tafsir Maariful Quran ayahanda Maulana Taqi Usmani pengarang syarah hadith Takmilah Fath Al Mulhim, syarah Muslim.
Maulana Abdul Khaliq Madrasi guru kitab Syamail Tirmizi atau Shamail Muhammadiah saya
Maulana Shibli Nu`mani
Maulana Syed Sulaiman Nadwi
Mufti Hilalurahman berkopiah putih duduk pertama dalam gambar adalah
cucu kpd Mufti Azizurahman, mufti pertama Darul uloom. Beliau menjadi mufti di Punjab India. Saya kerap berjumpa dengannya kerana rumah sewa saya duduk kepunyaan keluarganya.
Pertama dari kiri Maulana Mufti Abul Qasim Nu`mani ahli lembaga syura Darul uloom ketika saya berada di sana. Kini menjadi rektor Darul Uloom. Hujung sekali berkaca mata Maulana Mufti Salman cucu kepada Maulana Husein Ahmad Madani. Pernah mengajar di Darul Uloom ketika saya belajar di sana. Kemudian mengajar di madrasah Sahi Muradabad.
Maulana Naem, bekas Sheikhul Hadith Darul Uloom Waqf. Guru yang sangat baik
hubungannya dengan pelajar Malaysia. Meninggal di Chicago 23 Ogos 2007 dlm usia 92 tahun.
Almarhum disemadikan di Chicago.
3 comments:
Assalamualaikum Maulana,
Saya Hazarul Harun dari seksyen 13 Shah Alam. Saya ingin mengikuti kelas pengajian Maulana di sekitar Shah Alam sekiranya ada. Saya juga berminat sekiranya ada pengajian i'rab Quran dan bahasa urdu secara khusus. Email saya: HazarulHarun@gmail.com. Saya berharap untuk dapat berhubung dengan Maulana
Assalamualaikum ustaz. sy tinggal di seksyen 17 shah alam. sy pn teringin hendak belajar dgn ustaz. email saya saifudaullah@gmail.com.
Assalamualaikum ustaz. sy tinggal di seksyen 17 shah alam. sy juga berminat utk mengikuti kelas pengajian ustaz. email saya saifudaullah@gmail.com.
Post a Comment